Pages

Thursday, December 30, 2010

Biar.


kredit: hikari.


Biar. Oh Biar.
Biar hati terluka.
Biar hati terseksa.

Biar. Biar oh biar.
Hakku ke atasmu lebih tinggi
Dari luka ini
Dari seksa ini.

Cintaku padamu lebih dalam.
Dari luka ini.
Dari seksa ini.

Masih menanti,
Dalam bukaan tangan sedepa,
Menanti
Satu pelukan mesra.

Dik, Akak tunggu.
Akak tunggu, dik. 
Sentiasa!

"Ya Allah, sampaikan sayangku, rinduku, cintaku pada mereka dengan caraMu yang terindah! Aku..sesungguhnya sayang."

Salam dari jauh, 
Akak.

_____
ps: cinta yang ikhlas punya kuasa. sesungguhnya percaya. ikhlaslah mencintai!


Impian.


"ya Allah, jadikan wajahMu..
impianku, 
keinginanku, 
harapanku, 
dan kerinduanku."

mohon dengan sangat.
amin.

_______
pagi yang sunyi.
hamba. sehambanya.



Edmeth=أ-د-م-ت

=.='




______
macam addmath je rasanyaa!
argghh.

Tuesday, December 28, 2010

Hujan.



Tangis awan bagai memahami. Saya bukan sedih. Tak. Bukan. Bukan. 

Ya Allah. 

Saya.. memang sangat sebak. Langit memberikan saya teduhan paling nyaman. Sangat nyaman. Dan...tentunya, kuasa meneduhkan itu, datangnya dari Dia, punca segala cinta. Sumber segala kasih sayang. 

Tenang. 

Hati ini adakalanya sakit. Mahu marah. Tidak tenteram. Jiwa berkocak. Tapi, Dia hadirkan dengan rasa kecukupan. Kecukupan dengan hanya mengharap kasihNya. Dengan hanya cintaNya. Maka, Dia balut hati, jiwa, jasad ini dengan segenap kesabaran. Kesabaran yang bukan datang dari kekuatan diri, tapi dari Dia. Sesungguhnya Dia. 

Kalau diikutkan hati, saya bagai mahu mengalah dengan perasaan dan emosi sendiri. 

Memang. 
Subhanallah. 

Saya.. 

Sem ini banyak menduga. Nilai kasih sayang sesama saudara. Nilai cinta sesama makhluk. Nilai rindu yang tak berkesudah. Nilai pasrah dan redha pada takdir. Nilai yakin pada Yang Maha Memberi. Nilai ikhlas untuk memberi. 

Maha Suci Allah. 

Maha Suci Dia yang menghadiahkan anugerah terindah. Tak tergambar rasa haru. Sedalam ini. Sejujurnya, ya Allah..sesungguhnya kalian ada dalam rintihan dan doa-doa saban hari. Ada dalam hati. 

Kepenatan. Kelelahan hari ini, macam tiada apa-apa. Saya senyum dalam diam. Dan..menangis dalam senyap. 

Sesungguhnya gembira walau sengal-sengal masih ada. Terima kasih yang tolong angkatkan baju, dan keringkan pula dalam bilik. Sebab tadi, hujan. 

Terima kasih yang sudi melapangkan masa, dan ajar saya kembali sepatah demi sepatah, huruf demi huruf, perkataan demi perkataan. Dan..akhirnya apa yang kelam, mula terang. Sebab saya terpaksa "ponteng" kelas atas sebab tertentu. 

Terima kasih pada yang hantar secebis nota, disisipkan atas meja studi. Terkandung lengkap segala isi ta'lim minggu lepas. Dan.. berserta dengan nota berwarna-warni itu, ada kata-kata yang cukup menyentuh jiwa. 

"Semoga Allah menyatukan hati kita untuk berhimpun dalam naungan cintaNya. Kita bersatu dalam ketaatan dan perjuangan untuk menegakkan ISLAM." 

Terima kasih pada yang masih setia melapangkan masa. Memahami seorang kakak yang penuh kekurangan. Ikhlas mendengar sepenuh jiwa, hingga terbit tangis cinta. Terima kasih atas pelukan yang cukup erat itu. Terima kasih kerana mahu sama-sama berubah dan mencari cinta Allah. 

Subhanallah. 
Rahmat kasih Allah begitu meluas. 

Alhamdulillah. 
Jadikan aku hamba yang bersyukur! 

Uhibbukum fillah. 
Sangat-sangat sayang kerana Allah! 

Moga limpahan kasih Allah terus menerangi hati-hati kita. 
Hingga tak ada lagi cinta lain mendahului, selain cintaNya. 

Amin. Amin. Amin. 
Allahhu Allah. 

Dan..oh! 
Keyboardku kehujanan. 


_______
masih berbaju kurung. 
apakah maknanya? 
tenenenet
:D

Monday, December 27, 2010

Awak..awak tau tak awak tu sebenarnya lawa dan hensem?



"Pedulikan semua mehnah atau tribulasi. Itu semua ujian-ujian menjadikan diri lebih matang dan dewasa. Cukup hanya dengan YAKIN, SEMANGAT dan IKHLAS, lalu rentaslah kembara ini. Ingatlah bahawa, Allah bersama orang-orang yang berbuat kebaikan. Bukan dilihatnya NATIJAH, tapi dinilainya USAHA." 


 "Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan Kami), benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar berserta orang-orang yang berbuat baik." 


(Al-Ankabut: 69)








____
*nota: oh..ok! dah semangat wat keja. :)
salah satu daripada hobi: motivate diri sendiri. perh! :)

Rindu.




Saya cuma rasa selamat. Bila bersama-sama dengan dia dalam kelas itu, cukup "tenang" gambaran hati. Tiada rasa-rasa lain. Tambah-tambah bila dia sering kali guna perkataan, "ya banati-wahai anakku".

Subhanallah. 

Lembut dan memikat hati.
Halus dan menyentuh jiwa.

Kalau dalam kelas dia, kadang-kadang saya macam nak menangis saja. Perasaan kasih dia, sayang dia, cinta dia, pada kaum hawa begitu hangat. Serius. Walaupun dia sepenuhnya menggunakan bahasa yang bukan bahasa ibunda, tapi kata-kata itu begitu memikat hati. Entah kenapa. Walaupun adakalanya perkataan dia, saya tak faham. Walaupun kadangkala, saya hanya faham bicaranya dari senyum manis seulas itu. Dari anak mata yang dalam, dan penuh kasih sayang.

Subhanallah.

Nasihat dia, buat saya rasa sayang. Sangat-sangat. Kalaulah tak ditahan dengan sungguh-sungguh, saya rasa air mata mampu menitis. Betulkan, orang selalu kata, bila kita mengajar dengan hati, akan sampai ke hati jua. Dia benar seorang murabbi. Seorang pendidik, dan bukan seorang pengajar semata-mata.

Anugerah terindah mana lagi, pada kaum wanita, melainkan kasih sayang sedalam ini? Saya tak nampak bahawa kekayaan, material, emas, kereta mewah, ketampanan seorang lelaki, melainkan cinta yang hangat dan ikhlas. Menyayangi sepenuh jiwa, menerima kehadiran wanita dan menghargainya sepenuh jiwa.

Tulus. Hanya itu.

Ustaz memang baik. Saya benar-benar tak tahu nak gambarkan macam mana.

Tapi, sungguh. Saya akui, saya jatuh cinta dengan didikan ustaz.

Kalau dunia ini penuh dengan lelaki seperti ini, tak mustahil wanita akan lebih menghargai dirinya, dan sentiasa percaya, bahawa dia adalah benar-benar seorang anak perempuan. Seorang isteri. Seorang ibu. Seorang kekasih. Dan..saya yakin, wanita itu akan berusaha menjadi yang sebaik-baiknya.

Hmmmh.

Dan..saya wonder. Tertanya-tanya.

Saya rindu.
Macam mana agaknya Rasulullah layan anak perempuan baginda? Isterinya? Kaum hawa?
Mesti lagi-lagi indah. Dan..tentunya sangat menakjubkan, kan?

Allahhumma Solli 'Ala Saidina Muhammad.

Saya..rindu kasih dan cinta itu.
:'(

Barokallahhulak.
Ent fi 'amiqil qalbi.


Dia ada.




kadang-kadang, kita tak sabar menanti satu kepastian,
sebab kata-kata, perbuatan, pandangan, dan celaan terlalu banyak menduga,
hingga satu masa, kita mungkin hilang percaya..
dan mahu segera lari dari trek mengharap.

tapi, Allah kata..

"mohonlah pertolongan dengan sabar dan solat.." 

(al-baqarah : 153)

Allah kata juga,
"yang kita benci, amat baik untuk kita..
yang kita suka, amat buruk untuk kita.. 
dan Dia Maha Tahu segalanya.." 
(al-baqarah : 216)

saya yakin, sabar itu indah.
saya yakin juga, bila kita percaya pada Dia,
Dia akan kembali yakinkan kita dengan apa yang kita percaya,

percaya bahawa doa itu senjata mukmin.
percaya Dia takkan sesekali menzalimi hambanya.
percaya Dia akan sentiasa memberikan yang terbaik.
percaya bahawa Dia sentiasa ada..

SENTIASA ADA.

wahai dunia,
aku yakin.
sungguh-sungguh yakin.

sangkaku padaMu, ya Ilahi Rabbi..
indah-indah.
perindahkanlah segalanya,
wahai Yang Maha Mengasihi.

ya Allah.

_____
masjid level 2.
10.30 a.m

Kosong.










trust.
:)

Sunday, December 26, 2010

Pencerahan.




Malam ini cantik. Pernahkah ada satu malam yang tak cantik? Setiap malam cantik, walaupun gelap gelita, tak bercahaya.


Namun, malam ini lebih cantik.
Sangat cantik.
Tak puas mendongak sekali.
Mesti berkali-kali.

Kelip-kelip bintang itu, sesungguhnya mencerahkan kegelapan.
Moga "kegelapan" yang lama, kita mampu gantikan dengan "pencerahan" yang baru.

Dan..moga kita adalah bintang-bintang itu.


Usah dikutuk kegelapan, tapi berusahalah menjadi penerang.
[Anis Matta]



nota: sahabat, ingatkan aku pada bintang itu, andai satu saat nanti, aku lemah. dan..mungkin juga terlupa segala impian dan harapan kita.








never assume. never expect.
just..HOPE.

haishh. napa banyak semut sangat nih?
dushh.

Niat.

kenyataan hari esok, adalah mimpi hari ini.


"..Jika niatmu benar, pasti Allah membenarkanmu..".
Maka, mustahaknya adalah,
BETULKAN NIAT.

SELALU.

"..Mohon Allah jadikan keinginan dan kemahuan di hati, hanyalah untukNya. Mohon Allah tumbuhkan segala rasa dalam hati datang dan kembalinya hanya untukNya. Mohon Allah jadikan niat, fikrah, ibadah, tugas, tanggungjawab, bebanan, hanyalah untukNya. Mohon Allah letakkan cita-cita di hati, hanyalah untukNya, demiNya, dan keranaNya juga. Segala-galanya untukNya. Andai masih tak termampu, mohon Dialah yang akan selalu didik, ajar, dan bentukkan hati, akal, dan jasad, dengan cara apa sekalipun, dihalakan kesemuanya hanyalah untukNya.."

Amin.







uia- universiti ikhwah akhawat.

wah!
:)

Sebak.

Ustazah kata, jangan tipu. Kalau sayang seseorang, mesti terbawa-bawa sampai ke mimpi. Setiap minggu. Boleh jadi, setiap hari.

Bila satu satu masa, satu detik, satu ketika, satu saat..
Bangunan IRK itu..
Sebak itu..
Dan..
Dalam diam secara tiba-tiba itu, ustazah kata lagi..

"Take it as challenge. Sayang Rasulullah, mesti terbawa-bawa sampai ke mimpi. Buktikan, yang kamu betul-betul sayang Rasulullah.."

Sebak.
Ya.
Memang sangat-sangat.
Saya terdiam.

Hmmmh.
Nafas yang..cukup-cukup dalam.

Sesungguhnya, awak lebih tahu.
Dan, Dia Maha Tahu.

Allahhu Allah..





mengimpi sebelum bermimpi.

Friday, December 24, 2010

Wahai Pemuda.


sumber: sini





Saya..
Kelu. Penuh dengan tanda tanya dan persoalan yang pelbagai.
Hati saya tidak tenang.
Apa yang ada dalam fikiran saya, hanya satu.
Sesungguhnya, saat kita sedang membina dan merancang sesuatu.
Ya, mereka juga tidak terkecuali.
Kita "mentarbiyah" diri.
Mereka juga "mentarbiyah" diri.
Kita berusaha meninggikan kalimah Allah yang tinggi.
Mereka juga berusaha meninggikan segala fahaman mereka.
Kita bersungguh-sungguh mencari tenaga pemuda.
Mereka juga mencari jiwa-jiwa pemuda.
Tentunya tujuan dan matlamat kita,
Berbeza.
Ya Allah, betapa "kehancuran" sedang menyerak dan bersemarak hebat.
Ketika masa yang semakin cepat mengejar,
Tanpa sedar.
Andailah diri ini masih leka dan mahu bersenang-lenang lagi,
Masih mahu bersikap individualistik,
Masih tidak mahu merebut peluang mengutip ilmu sebanyak-banyaknya,
Masih tidak mahu bersungguh-sungguh membina iman, dan peribadi,
Masih tidak mahu kembali pada Al-Quran dan As-Sunnah,
Masih tidak mahu mengajak ke arah makruf, dan mencegah mungkar,
Masih menuding jari pada yang lain, kerana merasakan diri tidak mampu,
Masih merasakan diri belum cukup sempurna, dan tidak mahu memberi,
Masih..
Masih..
Masih..
Pendek kata, masih tidak mahu bergerak.
Dan..dalam kita masih berdolak-dalih,
Mereka sedang merancang.
Bergerak hebat, terus merekrut tenaga-tenaga kita,
Untuk digunakan demi mencapai matlamat mereka.
Bimbang sekali, kita yang jadi pelemah agama sendiri.
Bimbang sekali, kita jadi tali barut mereka.
Dalam diam.
Mohon Allah kuatkan diri.
Tiada masa lagi untuk bersantai.
Wahai Pemuda!
Pertingkatkan ilmu.
Sumbangkan segalanya,
Walau hanya sepotong ayat!
Allahhu Allah.
Ini salah satu daripadanya.
Entah apa lagi, cabang-cabang lain.
Fahaman-fahaman lain.
Teori-teori lain.
Perang-perang lain.
Agenda-agenda lain.
Sahabat yang disayangi,
Akhowat fillah yang dicintai,
Teman seperjuangan,
Roomates,
Coursemate,
Schoolmates,
Dan, kesemuanya..
Peringatkanlah aku andai aku terlupa.
Tegurlah aku andai aku tersalah.
Bimbinglah aku andai aku tersesat.
Ajarkanlah aku andai aku jahil.
Teguhkanlah aku andai aku lemah.
Mahu aku jadi pemuda,
Kerehatan di dunia tiada,
Kerehatan di Syurga selamanya,
Allah sayang, Allah redha.
Bantulah aku jadi pemuda itu.
Bantulah.
Amin.




"Mereka merancang, dan Allah juga merancang. Dan Allah sebaik-baik perancang." 
(Al-Anfal: 30)



Wednesday, December 22, 2010

Manis.


"..betapa indahnya andai anda manis, kendati dunia pahit,
alangkah enaknya anda redha, kendati manusia marah,
alangkah indahnya kalau ada pembangun antara saya dan anda,
kendati ada perusak di antara saya dengan seluruh dunia,
jika cinta anda jujur, maka segalanya menjadi ringan,
dan semua yang ada di atas tanah itu sebenarnya, adalah tanah juga.."

[penyair]



-Hatta Ya'lama Asy-Syabab, Abdullah Nashih Ulwan.
-5 Slogan Pemuda Muslim Impian, penterjemah: Fadhli Bahri.

Tuesday, December 21, 2010

Perang.

field of dreams.


Salam dearest.

Umairah,

Asas iman, hati yang terang.
Asas ikhlas, jiwa yang bersih.
Asas semangat, perasaan yang mantap.
Asas amal, azam yang kuat.

Nak dapatkan semua ni, awak harus tau, dan selalu tau, apa yang harus awak buat.

Tiada kompromi.

Noktah.





perang.

Sunday, December 19, 2010

Ikhlas.




Saya nak..

Hati yang bersih. Ikhlas. Saya nak sangat-sangat. Sebab, saya rasa tenang kalau hati ikhlas. Jujur. Lapang. Rasa bahagia sepanjang masa.

Kalau kita ada ilmu, kita nak kongsi. Kalau kita berubah jadi lebih baik, kita nak orang jadi lebih baik dari kita. Kita tarik dia ke arah kebaikan, bukan sebab nak tambahkan bilangan ahli, atau nak meramaikan, tapi sebab kita nak bersaudara dengan dia. Nak sama-sama jadi baik, dan ke Syurga dengan dia. Nak tautkan hati kita dengan hati dia. Nak sayang dia kerana Allah. Nak baiki diri sama-sama, dan berjaya sama-sama. Bukan kejar kenikmatan dunia semata-mata, tapi bersungguh-sungguh cari kerehatan di akhirat.

Saya tak nak pandang kelemahan dia. Saya nak pandang potensi yang dia ada. Sekalipun kelemahan dan cacat cela itu ada, saya tak nak itu jadi peresah hati. Tak. Saya nak sangat-sangat hati lapang yang akan selalu rasa nak membantu orang mengurangkan kelemahan dia, dengan apa yang terdaya. Dengan apa yang saya mampu.

Sekalipun hanya jadi pendengar bisu, saya nak sangat.

Ya Allah, best kalau ada hati super duper ikhlas macam ni.

Kalau bab belajar, saya nak hati yang jujur. Kalau tak tahu, cakap tak tahu. Walaupun perkara simple. Biar belajar dari salah silap. Saya nak sangat-sangat, mampu meluahkan bila saya rasa tak selamat, rasa tak senang, rasa tak hebat, rasa lemah dan sebagainya. Biar orang tahu kelemahan saya, dan mereka mampu tolong saya untuk baiki perlahan-lahan. Indahnya kalau ada hati ikhlas dan jujur macam ni.

Hermmm.

Saya nak hati ikhlas. Biar macam mana pun sahabat saya, saya nak raih dia seadanya. Saya nak sayang dia, cinta dia, kasih dia sepenuh hati kerana Allah. Kelemahan dia, kelebihan dia, kekurangan dia, segalanya dia. Sebab saya tak mahu bersahabat kerana siapa dia, atau macam mana dia, tapi atas sebab Allah amanahkan dalam hati saya, kasih dan sayang yang perlu diberi haknya pada mereka yang selayaknya.

Ya Allah.

Herm.

Kalau orang di sekeliling lebih hebat, saya nak ada rasa bangga dan kagum. Ikhlas dari hati. Saya nak tengok kejayaan orang lain. Saya nak berbangga dengan apa yang dia ada, agar saya boleh belajar dari dia. Kesemuanya.

Dan..

Saya sangat-sangat suka dipandang biasa-biasa, tak hebat, tak ada apa-apa, penuh kekurangan, dan banyak kesilapan. Dari situ, hati akan lebih merendah, lapang dan tenang. Dan, memang hanya itu pun yang saya ada.

Herm.

Ya Allah, sukanya dengan perasaan itu.

Saya suka bila saya jadi..

Saya yang very simple. Tak serabut. Tak terlalu skema. Dan, tak terlalu selekeh. Tak terlalu cantik, dan tak terlalu tak cantik. Tapi, pernah ke cantik? Apapun, itu subjektif kan? Cantik pada definisi hidup sendiri. Bila saya yakin diri dan enjoy meredah sesuka hati. "Bebas" ikut kamus saya. Tak melanggar syariat tentunya. InsyaAllah.

Macam blog-putih-hitam-kelabu-asap-tak-berkaler ni. Suka! Heh.

Biasa-biasa, tapi sentiasa berusaha dan belajar jadi luar biasa.

Ikhlas, huh?

Duhai hatiku, merendahlah.
Hamba. Sehambanya.



laaa..kenapa baca?
bebel je nih.
=='

Saturday, December 18, 2010

Duhai.


duhai hati,
merendahlah.
hamba.
sehambanya.



 


hati milik Tuhan.
bukan milik tuan. :(


Kuat.





Rasanya kena makan supplement atau vitamin banyak-banyak sikit. Nampak saja macam kuat, tapi baru saya sedar, yang saya ini hakikatnya lemah. Sungguh-sungguh.

Makan kena jaga. Bersenam kena selalu. Sakit, cepat-cepat pergi klinik. Ini tidak, bila dah sakit teruk baru nak terhegeh-hegeh buat medical check-up. Alasannya, sebab malas nak jumpa doktor. Makan pun ikut rasa hati. Kalau hati kata makan, baru makan. Redah waktu bila pun. Tak berkhasiat pulak tu. "Bagus" kan? Huhu. 

Buatnya sekali scan, dapat penyakit yang entah merbahaya, tak ke haru?

Ya Allah, naudzubillah. 

Cepat letih, sedangkan masa muda macam sekarang, tak seharusnya macam ini. Lembik. Tak bertenaga. 

Kewajipan saja semakin bertambah dari hari ke hari. Masa yang ada harusnya diperuntukkan semaksimum mungkin. Kuat dan bertenaga sepanjang hari. Kalau boleh dari pagi sampai ke malam, kekal bertenaga. Siang bagai singa kelaparan. Malam bagai rahib dengan TuhanNya. 

Allahhu Allah.

Ini tidak. Buat kerja sikit, dah mengeluh letih. Diberi bebanan sikit, dah mengaduh nak rehat.

Sebab tu, baru tersedar, pentingnya tubuh badan yang sihat. Cergas sepanjang masa. Tenaga yang ada biar diinfakkan pada kerja-kerja berfaedah tentunya. Sebab tujuan hidup ini, tak lain tak bukan hanya dua saja tujuan utama. Pertama, sebagai hamba Allah, dan beribadah kepadaNya. (Adz-Zariyat: 56) Kedua, memakmurkan bumi Allah, sebagai khalifah atas muka bumi. (Al-Baqarah:30) 

Maka, masa yang optimum, sepatutnya hanya untuk dua tugas utama ini. Lain-lain yang menyimpang tertolak ke tepi. 

Dulu, saya hanya faham sekali imbas saja, bahawa antara empat perkara yang akan mula-mula ditanya, adalah MASA MUDAnya, ke mana dimanfaatkan? Sekarang, bila fikir-fikir, rasa takut. Sebab saya macam tak buat apa-apa pun untuk ISLAM!

Ya Allah.

Dan sekarang.. baru sedar sikit-sikit. Sedang belajar mengurus masa seoptimum mungkin. Ya, diakui. Bab pengurusan masa antara titik terlemah dalam hidup saya. Sangat-sangat. 

Huu. 

Mohon Allah selalu rendah dan bukakan hati untuk sentiasa belajar. Lapangkan dada. Tenangkan jiwa. Dan..beri tubuh badan yang sihat, cergas sepanjang masa. Kuat jasmani dan rohani untuk terus memperbaiki diri, tanpa henti. Sampai mati! 

Subhanallah.

Amin. 

“Orang mukmin yang kuat lebih baik di sisi Allah dan lebih dikasihi daripada orang mukmin yang lemah, sedangkan setiap seorang itu mempunyai kebaikannya (imannya); oleh itu hendaklah engkau bersungguh-sungguh berusaha memperoleh apa yang memberi manfaat kepadamu, serta hendaklah meminta pertolongan kepada Allah dan janganlah engkau bersikap segan dan malas; dan sekiranya engkau ditimpa sesuatu maka janganlah engkau berkata: “Kalaulah aku lakukan itu ini, tentulah akan terjadi begitu begini, tetapi katalah: “Allah telah takdirkan, dan apa yang dikehendaki oleh kebijaksanaanNya Dia lakukan, kerana perkataan ‘kalau’ itu membuka jalan kepada hasutan syaitan.”

(Hadis Riwayat Muslim)

______
jaga kesihatan okey.
be strong!

Zero ke Hero.


Ungkapan untuk mencirikan "tarbiyah", cukuplah sebagai "bekalan". Bekalan setiap detik. Setiap masa, dan ketika. Prosesnya panjang. Sebab setiap masa, adalah ruang untuk berubah. Setiap saat, adalah masa untuk memperbaiki diri. Dari segi apapun. Mencakupi segala aspek dalam hidup.

Sikap. Emosi. Cara fikir. Pendek kata, kehidupan kita keseluruhannya.

Sampai kita betul-betul jadi "baik", dan tentunya ikut penilaian "baik" di mata Allah. Sampai semua peraturan Allah, kita mampu ikut. LaranganNya, kita mampu cegah. Baik secara zahir atau sembunyi. Kesemua sunnah Rasulullah, kita mampu buat. Sampai sebati dalam diri, menjadi.. AKHLAK!

Dan..bukan atas nilaian "baik" pada ukuran mata manusia. Sebab nilaian "baik" manusia, adakalanya tak sama dengan nilaian "baik" di mata Allah.

Sebab apa?

Sebab nilaian manusia selalu terikut-ikut dengan kehendaknya, nafsunya, emosinya, perasannya. Maka, kita takkan dapat satu jawapan yang tepat. Malah, setiap ukuran, nilaian, dan hukuman dari manusia, sentiasa akan diperdebat dan diperbahas sesama manusia sendiri. Takkan pernah habis dan selesai. Tak ada jawapan spesifik.

Memang benar kata Imam Syafie: "Memuaskan hati semua manusia adalah perkara yang paling dan sangat-sangat MUSTAHIL."

Baik?
Macam mana?

Andai bab pergaulan belum selesai, kita usahakan semampu daya. Andai bab aurat belum sempurna, kita usahakan sebaik mungkin. Andai bab ibadah banyak lagi cacat cela, solat hujung waktu, lambat bangun subuh, jarang senyum, tak pandai berkawan, tak tepati masa, dan kesemuanya, kita usahakan yang terbaik.

Sampai kita mampu menjadikan diri kita "seseorang". Figura yang cantik di mata Allah, sedap dipandang juga di mata manusia.

Subhanallah.

Saya cuma mahu ada perasaan 'izzah dalam diri. Bangga andai mampu membawa ciri-ciri Muslimah dalam diri. Bangga dengan prinsip ini. Penuh yakin, dan sabar melaluinya.

Ya Allah..

Tarbiyah sesungguhnya mengajar kita untuk bercampur dan bergaul dengan semua orang, tetapi kita pada dasarnya berbeza.

"Mukhtalithun laakin Mutamayyizun."

Berbeza yang macam mana?

Andai yang lain belajar untuk dean's list, exam oriented, kita belajar sebab kita perlukan ilmu itu untuk memberi kelak. Untuk mengajar orang lain. Untuk membentuk orang lain pada masa kini, dan masa depan. Matlamat kita, membentuk generasi Islam. Kebangkitan Islam itu sesungguhnya pasti. Kita yang memilih untuk menjadi penggerak atau pelemah.

Andai orang berkorban masanya untuk kerehatan diri semata-mata, kita juga berkorban masa untuk diri, dan orang lain juga. Mengubah diri dengan ke halaqah atau usrah, majlis-majlis ilmu, daurah, mukhayyam, belajar teknik berdakwah, banyak membaca buku-buku agama dan fikrah, bersedia membahagikan masa untuk study dan dakwah, dan sebagainya.

Andai orang lain sibuk melayan perasaan, kita juga sibuk melayan perasaan. Tapi, perasaan yang bagaimana? Perasaan malas-mengubah-diri yang perlu dilawan. Perasaan mahu berehat dan bersenang-lenang. Perasaan penat, sedih, dan kecewa kerana pembaikan diri masih belum meningkat. Perasaan disakiti, dicemuh dan sebagainya yang perlu ditentang habis-habisan.

Allahu Allah..

Andai orang lain meluangkan masa dengan menonton filem, ya.. kita juga! Cuma cara kita berbeza. Kita melihat dengan sudut Islami. Andai orang lain tiada pernah menonton iklan-iklan, kita tidak. KIta kaji iklan-iklan yang sarat dengan ghozwatul fikr atau serangan pemikiran dari Barat. Kita keluarkan, kita bincangkan!

Andai orang lain berkahwin hanya atas dasar penghalal dan penerus cinta, kita berbeza. Selain meraih sakinah, mawaddah dan rahmah yang Allah janjikan, kita ada matlamat lain. Perkahwinan sebagai medan untuk melahirkan generasi soleh dan solehah. Kita didik mereka, dan seterusnya berkembang biak lagi. Subhanallah.

Andai orang lain bekerja untuk meraih gaji dan pendapatan bulanan, merasa mewah dapat mengecap segala nikmat dunia, kita bekerja untuk Allah. Kita memberi sebanyak-banyaknya. Harta yang ada disumbangkan di jalanNya. Ya Allah..seronoknya kalau kaya, dan boleh sumbang banyak-banyak! :)

Ya Allah, sesungguhnya banyak kecacatan dan kelompongan.
Terlalu jahilnya diri ini.
Terlalu.

Mohon diperteguh langkahku dan hatiku.
Menyusuri jalan ini.
Amin.

"Tarbiyah bukanlah segala-galanya. Tapi, segala-galanya bermula dengan tarbiyah".





transform!

Friday, December 17, 2010

Les Fleurs De Décembre.



kelopak bunga disember
tak gugur pun,
sebab titis-titis hujan tak pernah mencedera,

walau jatuhnya dari tempat
tinggi,
sangat-sangat tinggi,
nun jauh di atas sana.

duhai hati, merendahlah..
hamba.
sehambanya.










_____
Maha Suci Dia yang menjadikan hujan itu cantik.
hujan, gombak.


Thursday, December 16, 2010

Baik.




Uhh.

Bila ustaz kata, perempuan itu punca segala masalah, saya rasa dihargai. Rasa haru yang dalam. Betul-betul dan sungguh-sungguh. Ustaz, bicaranya dari hati. Mata dia pun tak menipu. Saya tenung lama-lama, agar saya dapat rasa "kasih sayang" yang cuba dialirkan dalam perasaan sedalam itu.

Dan..memang sama sekali tak mengecewakan.

Ustaz memang mendidik. Bukan mengajar semata-mata.

Bila ustaz kata, entah apa, dalam spelling arabnya saya tak dapat tangkap, tapi, tak pula nak tanya. Tapi, dalam hati nak saja tanya. Tapi, akhirnya saya tak tanya juga. Huhu.

Cumanya, saya hanya dapat tangkap beberapa butir. Butir yang ada bunyi lebih kurang "fat- tish..", huruf fa', ta' yang bertasyhdid, dan huruf syim yang kesemuanya bersambung. Entahlah, saya tak pasti apa betul yang saya tulis, atau tidak.

Ustaz kata, "fat-tish 'anil mar-ah". Atau apa yang saya faham dari penjelasan ustaz, maksudnya lebih kurang, “dari perempuanlah timbul segala masalah”.

Mahu tak terkejut.
Mestilah terpana seketika.

Ustaz?
Ustaz mengata kami, si kaum perempuan?
Sudahlah dalam kelas saja semua perempuan.
Biar betul, ustaz?

Tak.

Ustaz cakap dengan nada lembut lagi terbuka.
Macam seorang ayah yang sedang memberi nasihat pada anak-anak perempuannya.
Lembut, lembut, dan lembut. Tapi, ada ketegasan di dalam setiap patah katanya.

Kata ustaz, perempuan itulah yang akan melahirkan. Perempuan itu juga yang akan duduk di rumah, dan menjaga suami dan anak-anaknya. Perempuan itu juga yang akan memberi kasih sayang. Bukankah dari rahim perempuan itu juga, akan dikandungnya seorang anak? 


Dijaganya, dan dibelai sepenuh-penuh kasih dan perhatian.


Kuasa Allah itu Maha Agung. Perasaan halus yang kita sama sekali tak nampak, dan mendapnya dalam hati itu, hakikatnya mampu dialirkan pada anak yang dikandung. Sangat ajaib, bukan? Sebab itu, bayi rasa damai dan tenang dengan ibunya. Maka, kalaulah perasaan itu datangnya dari hati yang kotor, dan mani yang tidak baik, maka.. ermm..

Uhh. Memang terlentok seketika mendengar luahan perasaan Ustaz dari Libya ini. Maka, perempuan memang berperanan besar. Kalau rosak perempuan tadi, rosak segalanya. Rosak anaknya. Binasa rumahnya yang harusnya tadi ada kasih sayang, cinta dan semuanya.Hermm. 



Ustaz tambah lagi, tanggungjawab seorang lelaki untuk memilih "mani" yang baik. Macam pesan Rasulullah s.a.w. Hakikatnya, saya tak berapa ingat juga. Tapi, setakat yang saya mampu tangkap:"Takhaiyyaruu Nuthafak", atau maksud asalnya, "Pilihlah Manimu." 


Yang pertama, dan harus jadi pilihan bukan cantik. Bukan jua keturunan. Bukan juga harta yang banyak. Tapi, agamanya. Tiba-tiba rasa sebak pula. Huuu. Dan..mulalah cepat-cepat memasang azam,"Sesungguhnya saya belum jadi perempuan yang cukup baik. Dan..saya mahu berusaha jadi perempuan yang baik. Hati, akal dan jasad." :) 


Amin ya Allah.






Wednesday, December 15, 2010

Alarm.

Herm.

Awal-awal lagi dah berdehem.
Moleklah. Lebih kurang macam bercakap juga.

Bila agak lama di rumah, saya rasa ada perasaan ganjil pula bila melangkah ke sini.



Ceh, macam tak biasa saja.


Dulu, rasa-rasanya taklah seganjil ini. Kali ini, rasa macam luar biasa.


Mungkin dulu, saya tak perasan. Mungkin juga, dulu saya tak pernah ambil kisah. Mungkin juga saya lalai. Alpa. Leka, tak pernah sedar.


Bila di rumah, kenyamanan itu terasa. Rasa selesa. Damai. Hati tak mudah berbolak balik. Mungkin, ini adalah salah satu alasan, kenapa perempuan digalakkan berada di rumah, melainkan ada urusan yang benar-benar penting. Ikut keadaan, waqi', zhuruf, dan bukan melepak sesuka hati di mana-mana.


Sebabnya, bila keluarnya seorang perempuan, banyak fitnah mendatang. Malah, syaitan akan mengiringi perjalanan seorang wanita, dan menjadikannya "bahan" untuk menganggu-gugat hati orang lain.


Saya yakin dengan ini. Biarpun, si perempuan ini tidak selawa dan secantik mana, pasti dicelaknya si syaitan. Dibubuhkan bedak. Digincu biar nampak bibir yang tak berapa nak merah pun jadi merekah bak delima.


Fuuh. Lawa.
Kan?


****


Kadang-kadang, rasanya seperti mahu berjalan setempat saja. Tak perlu ke sini, ke sana, ke sinun. Bukan malas. Tapi, dalam keadaan yang "ramai-ramai", rasa sesak. Tak selesa. Nak dikatakan berpenyakit takut jumpa orang, tidaklah sampai ke tahap itu.


Cuma hati rasa tak selesa. Tak tenang. Mungkin saja, pandangan susah betul nak dijaga. Sekalipun tak meliar ke arah pada yang bukan sama gender, jangan silap telah. Pada yang sama gender pun boleh menganggu hati juga. Kalau perihal semua orang kita nak sibuk, boleh mendatangkan suuzhon atau buruk sangka. Kadangkala.


Inilah yang buat hati sakit sebenarnya. Hati tak tenang. Meracau saja kerjanya.


Sesampainya di bilik, hati rasa lapang. Macam semuanya yang melekat di hati, bagai terlepas perlahan-lahan. Rasa lega. Pernah rasa tak keadaan ini? Ataupun, lepas pujuk hati yang gelisah itu dengan Al-Quran. Ya Allah.


Beban di hati yang kita tak nampak tu, rasa macam beratnya dah turun. Hahhhh.. lega yang amat.




****


Lumrah. Manusia mudah lupa. Waktu tengah bergembira sakan, atau kurangnya muhasabah, memang macam-macam akan jadi. Perkara dosa kita nampak biasa. Malah, iman pun tak berdenyut, hati tak rasa apa-apa. "Alarm" tak sampai. Siren tak berbunyi. Kita pun terus jadi leka dan alpa.


Astgahfirullah.



Kadang, balik bilik barulah termuhasabah kerja seharian. Ya Allah, kalaulah dihitung dosa diri dalam sehari-hari.. *kelu*



Tak.


Memang kita dianjurkan bermusafir. Jalan mengembara jauh-jauh. Saya sama sekali tak membangkang. Pemerhatian banyak mengajar. Tambah-tambah kalau diselangi dengan zikir dan fikir.


Cumanya, masalah bila hati tak berada di tempat yang sepatutnya. Pandangan tak terjaga.
Lemah sungguh-sungguh.


Ya Allah, pelihara hatiku. Akalku. Jasadku. Lindungilah, bimbinglah dan didiklah aku.


Amin.