Pages

Wednesday, December 15, 2010

Alarm.

Herm.

Awal-awal lagi dah berdehem.
Moleklah. Lebih kurang macam bercakap juga.

Bila agak lama di rumah, saya rasa ada perasaan ganjil pula bila melangkah ke sini.



Ceh, macam tak biasa saja.


Dulu, rasa-rasanya taklah seganjil ini. Kali ini, rasa macam luar biasa.


Mungkin dulu, saya tak perasan. Mungkin juga, dulu saya tak pernah ambil kisah. Mungkin juga saya lalai. Alpa. Leka, tak pernah sedar.


Bila di rumah, kenyamanan itu terasa. Rasa selesa. Damai. Hati tak mudah berbolak balik. Mungkin, ini adalah salah satu alasan, kenapa perempuan digalakkan berada di rumah, melainkan ada urusan yang benar-benar penting. Ikut keadaan, waqi', zhuruf, dan bukan melepak sesuka hati di mana-mana.


Sebabnya, bila keluarnya seorang perempuan, banyak fitnah mendatang. Malah, syaitan akan mengiringi perjalanan seorang wanita, dan menjadikannya "bahan" untuk menganggu-gugat hati orang lain.


Saya yakin dengan ini. Biarpun, si perempuan ini tidak selawa dan secantik mana, pasti dicelaknya si syaitan. Dibubuhkan bedak. Digincu biar nampak bibir yang tak berapa nak merah pun jadi merekah bak delima.


Fuuh. Lawa.
Kan?


****


Kadang-kadang, rasanya seperti mahu berjalan setempat saja. Tak perlu ke sini, ke sana, ke sinun. Bukan malas. Tapi, dalam keadaan yang "ramai-ramai", rasa sesak. Tak selesa. Nak dikatakan berpenyakit takut jumpa orang, tidaklah sampai ke tahap itu.


Cuma hati rasa tak selesa. Tak tenang. Mungkin saja, pandangan susah betul nak dijaga. Sekalipun tak meliar ke arah pada yang bukan sama gender, jangan silap telah. Pada yang sama gender pun boleh menganggu hati juga. Kalau perihal semua orang kita nak sibuk, boleh mendatangkan suuzhon atau buruk sangka. Kadangkala.


Inilah yang buat hati sakit sebenarnya. Hati tak tenang. Meracau saja kerjanya.


Sesampainya di bilik, hati rasa lapang. Macam semuanya yang melekat di hati, bagai terlepas perlahan-lahan. Rasa lega. Pernah rasa tak keadaan ini? Ataupun, lepas pujuk hati yang gelisah itu dengan Al-Quran. Ya Allah.


Beban di hati yang kita tak nampak tu, rasa macam beratnya dah turun. Hahhhh.. lega yang amat.




****


Lumrah. Manusia mudah lupa. Waktu tengah bergembira sakan, atau kurangnya muhasabah, memang macam-macam akan jadi. Perkara dosa kita nampak biasa. Malah, iman pun tak berdenyut, hati tak rasa apa-apa. "Alarm" tak sampai. Siren tak berbunyi. Kita pun terus jadi leka dan alpa.


Astgahfirullah.



Kadang, balik bilik barulah termuhasabah kerja seharian. Ya Allah, kalaulah dihitung dosa diri dalam sehari-hari.. *kelu*



Tak.


Memang kita dianjurkan bermusafir. Jalan mengembara jauh-jauh. Saya sama sekali tak membangkang. Pemerhatian banyak mengajar. Tambah-tambah kalau diselangi dengan zikir dan fikir.


Cumanya, masalah bila hati tak berada di tempat yang sepatutnya. Pandangan tak terjaga.
Lemah sungguh-sungguh.


Ya Allah, pelihara hatiku. Akalku. Jasadku. Lindungilah, bimbinglah dan didiklah aku.


Amin.

1 comment:

Wan Collection's said...

Lindung lah jiwa, hati dan fikiran dari segala cubaan2 yg dtg. Moga hati sentiasa teguh. Ditolak,dikali,dicampur..byk fitnah yg gugur dr kata2 org akibat wanita berada di luar rumah. Namun, suasana hari ini..mana mungkin wanita jadi org dapur? Melainkan ekonomi kukuh. Terselit di hati..brp byk dosa ku himpun dr pegi-pulang kerja berbanding pahala ku dpt demi ringankan beban suami?Nauzubillah!