Pages

Showing posts with label dnt. Show all posts
Showing posts with label dnt. Show all posts

Sunday, February 23, 2014

untuk Kak Ramlah.

bismillah

"umy, kita mesti selalu bercakap dan berfikir tentangnya, selalu berkorban untuknya, selalu merindukannya, selalu berbuat untuknya, barulah kita akan mencintainya!"

ini adalah jawapan kepada pertanyaan aku kepadanya suatu ketika dulu; "bagaimana untuk mencintai dakwah?"
dan tersedar aku, kau pula kini menjadi subjek yang kebelakangan, aku sering ulang sebut, ulang cakap, dan ulang fikir.
rawwrr!

Saturday, June 18, 2011

Testimoni.


Sungguh! 

Saya bukan jenis orang yang menghafal. Sangat susah untuk menghafal. Boleh dikatakan setiap tahun, azam baru saya ialah: pertingkatkan hafalan Al-Quran. Rasa perlu sangat-sangat. Pertamanya, untuk diri sendiri. Kewajipan sebagai Muslim, untuk membaca, menghafal dan mengamalkan. Kedua, saya pernah juga terfikir-fikir. Yalah, bila dah jadi ibu nanti, kalau nak mengajar anak supaya menghafal Al-Quran dan hadis, bukankah si ibu tu dulu yang harus membudayakan hafalan? Kalau tak, TAK JADI juga, kan? Dan, dialah yang akan jadi imamah di rumah nanti. Sangat mengecewakan kalau diri tak mampu untuk berbuat itu. T_T 

Dan, saya perlukan PEMBACAAN dan PEMBELAJARAN yang lebih dan semaksimum  mungkin untuk menjadikan anak-anak kelak, sehebat ini. Subhanallah! Harapnya, "ayah" mereka juga sedang belajar memperbaiki diri. Saat ini. Ketika ini. Dan, walau di bumi mana pun, "dia" berada. Amin ya Allah. Amin.

Walaupun sebenarnya, untuk jadi sosok tubuh yang sebegitu, perlu pembelajaran yang saya rasa, menuntut banyak sekali PENGORBANAN. Pengorbanan dari SEKARANG. Serius, proses pembelajaran bagi saya, agak PAHIT. Hah, mungkin untuk seorang SAYA saja? Tapi, saya  akan cuba. Cuba semampu dan sekudrat yang ada, walaupun agak merangkak-rangkak. Dan..err PERLAHAN juga! 

Syukur, halaqah menyediakan agenda HAFALAN. Setiap orang ada partner masing-masing, dan wajib tasmi' setiap kali seminggu. Bila semakin lama berada di dalam halaqah, surahnya akan bertambah dan makin panjang.  Hakikatnya, saya tak rasa terbeban malah jadi booster untuk sentiasa bersemangat menghafal. Seronok juga! Dan keupayaan menghafal yang dulu saya rasa tak mampu, sebenarnya boleh saja dihadapi asalkan ada kemahuan.

Kalau saya yang agak lembab ini boleh, saya yakin semua orang pasti boleh lakukan hal yang sama. Jomlah kita menghafal sama-sama. Oleh sebab Ramadhan nanti sambutannya di rumah, mungkin kita boleh tambahkan satu lagi mutabaah ibadah: HAFALAN. Jadi, bagi sisters, bila tibanya waktu uzur, kita boleh mengulang hafalan. Saya pernah cuba, dan rasa tenang yang amat. Bila rasa kosong saja, terus saja ambil Al-Quran, dan mengulang hafalan. Rasanya: 

N-I-K-M-A-T! 

++++


Bak kata Kak Syida, "AKU TAK SEMPURNA." Dan bagi saya, adalah sesuatu yang SANGAT INDAH, andai dapat  menelusuri KETIDAKSEMPURNAAN bersama-sama. Belajar bersama-sama. Memperbaiki bersama-sama. Menampung kekurangan dan kelebihan bersama-sama. 

Hidup kita adalah untuk MEMBERI. Hidup kita TANPA MENJANGKAKAN apa-apa dari seseorang atau sesiapa. Kita akan BAHAGIA. Percayalah! InsyaALLAH.   


Ini cara saya. Gol saya. Impian saya.  

Amin. 

++++ 

*kamus:

tasmi': memperdengarkan
mutabaah ibadah: ibadah wajib yang berturutan setiap hari 


*ps: 

entri nie macam agak skemalah! heh. sharing is loving. 
pesanan & motivasi untuk diri sendiri. :)  
keep learning, yo!

*saya suka page nie! ^_^





PROMO.











 



 ps: 

*sama-sama mengimarahkan rejab & sya'aban sebagai persediaan melangkah ke ramadhan. :D

*key performance indicator boleh dapatkan di SINI. :) boleh download, print & tandakan setiap hari!

*contoh untuk rejab:

tilawah: 1/2 juz sehari
qiyam: 3 kali seminggu
rawatib (solat sunat sebelum dan selepas solat fardhu) : 12 rakaat sehari
mathurat: sekali sehari
dhuha: 3 kali seminggu
puasa: 2 kali seminggu
bacaan: *pilih mana-mana bahan bacaan untuk dibaca dalam rejab. contoh buku: riyadhus solihin (taman orang-orang soleh)
hafazan: *juz 30/mana-mana surah pilihan
istighfar: 50 kali sehari
selawat: 10 kali sehari
infaq: RM2/ seminggu

*contoh untuk syaaban:

tilawah: 1 juzuk sehari
qiyam: 4 kali seminggu
rawatib: 12 rakaat sehari
mathurat: sekali seminggu
dhuha: 4 kali seminggu
puasa: 2 kali seminggu+ ayyamul bidh (13,14,15 hb)
bacaan: *pilih mana-mana bahan bacaan 
hafazan: *mana-mana surah pilihan
istighfar: 100x sehari
selawat: 50x sehari
infaq: RM2/seminggu

*kalau terasa berat, boleh buat target sendiri okai. ;)

*pesanan untuk diri,diri, diri, dan sisters: pastikan kita dah sediakan KPI untuk masa-masa uzur (cuti solat) juga ya! agar semangat konsisten, tak jatuh. moga sama-sama kuat, amin ya Allah, amin! ^^

*peace! moga manfaat. wallahhua'lam. xD










Thursday, June 16, 2011

Ketika.



Andai merasakan UKHWAH itu kering, bukan menjauh jalannya. Kerana TARBIYAH mengajar, "Biarlah aku penyambungnya!"

Sunnah manusia pencinta. 
Hakikat dunia bercinta, 
"Yang satu harus mencintai, LEBIH dari yang satu lagi".

Demikian CINTA akan terbenih. 

Kita bercinta bukan kerana jasad. Bukan kerana budi. Bukan kerana ihsan.
Tapi, kerana Allah. 

Tiada hak untuk membenci, kerana Allah benci.
Tiada hak untuk memutuskan, kerana Allah benci seorang pemutus.

"Usahlah dikutuk kegelapan, berusahalah menjadi penerang."~ Anis Matta 

Ya Allah, jauhkan kami dari virus-virus ukhwah. 
Jauhkanlah.
Jauhkanlah.

Amin ya Allah.
Amin.



ps: my bad. my worst! T_T









Wednesday, June 15, 2011

MIMPI?

iium-library/jun 2011.

Satu talk, satu pagi, satu ketika. Saat pertanyaan bertalu-talu menjurus pada err.. pasangan hidup? Jodoh? Nikah? 

Dr. A: Ada seorang Ukhti pernah berkata: "Tak mengapa kalau tak ada jodoh di dunia. Bilal pun tak menikah di dunia. Aku mahu tunggu Bilal di Syurga saja!"   

Aku tersenyum meraikan kisah, lalu berbisik pada dia.

"Subhanallah! Tak pernah pun terfikir macam tu, kan? Sama-sama berkongsi terompah dengan Bilal. Best! Satu dia. Satu kita."
 

Allahhu Allah.
T_T

Rasulullah S.A.W. pernah memanggil Bilal, lalu bersabda:
"Hai Bilal, mengapa engkau mendahuluiku masuk Syurga? Sesungguhnya ketika aku masuk Syurga semalam (malam Isra'), aku mendengar suara terompahmu di hadapanmu".
Bilal menjawab : "Wahai Rasulullah, tidaklah sekali-kali aku menyerukan azan, melainkan terlebih dahulu aku melakukan solat dua rakaat dan tidak sekali-kali aku mengalami hadas, melainkan aku berwuduk. Sesudahnya, kemudian mengerjakan solat dua rakaat sebagai kewajipanku kepada Allah". 

Hati: Tapi..SIAPA kita pada Bilal? 

Kalau anda merasakan ini entri jodoh, YA! Padamkan angan-angan panjang, mulakanlah persiapan diri semampumu. Itu lebih baik, kerana jaminan Allah itu yang terbaik.

Kalau anda merasakan ini entri inspirasi, YA! Mungkin ada antara amalan kita, walaupun sedikit, itulah yang menjadi imbalan ke Syurga. Seperti Bilal yang istiqamah dengan amalan wuduknya. Siapa tahu dengan senyuman kita? Siapa tahu dengan istiqamahnya kita ke majlis ilmu saja? Dan siapa tahu dengan istighfar yang kita amalkan setiap hari? Siapa tahu dengan infaq RM2 setiap minggu? Hmm. Subhanallah! xD

Kalau anda merasakan ini entri motivasi, YA! Itqan-bersungguh-sungguh dengan amalan. Ikhlas- kerana Allah semata. Ihsan-yang terbaik di sisi Allah, seolah-olah Dia melihatmu! Berita buruk, kerana aku masih juga gagal itqan, ikhlas, dan ihsan. T_T


Gambatte!





ps:
update dari library. wah!  :) l-i-b-r-a-r-y? sungguh luar biasa! =,='





Thursday, June 9, 2011

Langit.

 


Sinar cemerlang di kaki bukit masih belum muncul. Pagi masih dingin yang nyaman. Kebiasaan hari, saya buka tingkap luas-luas, biar udaranya menerjah masuk ke sekitar ruang bilik. Kesegaran yang memberikan energi untuk memulakan hari baru. 

Lampu jalan masih belum padam. Walaupun dalam samar-samar, bunyi kenderaan masih kedengaran hingga ke sini. Yang jelas, suara unggas tanpa henti terus mengalunkan berzikir. Mereka pun "ber-al-ma'-thu-rat" juga, mungkin? :')

Pagi ini, memori saya terimbas diari lalu. Saya tersengih sendiri. Perasaan "entah-apa-apa" itu wujud. Entah berapa kali diulang, saya pernah mengatakan, "jangan main-main dengan tulisan". Walaupun sekadar contengan! Kerana saya merasakan sekarang ini doa-doa, dan azam-azam itu SEDANG dimakbulkan, dengan caraNya yang penuh hikmah. Tersusun, meski prosesnya sungguh lama dan panjang.


Entah bila, saya tidak pasti. Sekitar tahun 2007. Terconteng penuh di halaman belakang diari, "empat-kategori-solehah". Pertama, calon anak dan kakak solehah. Kedua, sahabat solehah. Ketiga, isteri solehah. Dan yang terakhir, ibu yang solehah. Dan untuk setiap kategori, saya cirikan beberapa perkara yang WAJIB saya pelajari, serta praktikkan setiap persatu. Dan untuk kesetiap ciri juga, ada kotak kecil di sebelah, untuk saya tanda, sama ada DONE atau UNDONE.

Ternyata, ciri-ciri yang saya tuliskan bukan calang-calang. Bukan calang-calang untuk seorang saya yang biasa-biasa. Sukar sekali untuk dipenuhi. Sukar sekali mahu jadi SESEMPURNA itu. Hmmm, saya pun tak pernah mahu jadi SEMPURNA, sekadar enjoy BELAJAR. Menelusuri ketidaksempurnaan bersama-sama itu, sangat indah bukan? Banyak sekali sisi-sisi kelemahan untuk diperbaiki, dan saya tidak mengatakan prosesnya MUDAH. Sangat bukan mudah.

Beberapa saja yang bertanda "DONE". Selebihnya, tidak bertanda. Langsung-langsung, sampai sekarang! Saya pun sudah agak lama tidak membelek diari, hinggalah entah macam mana terkenang-kenang pula saat ini. Detik ini. 

2007; bermakna 4 tahun sudah berlalu. Sungguh, saya terkesan dengan Surah Al-Ankabut, ayat ke-69

"Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan Kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik." (Al-Ankabut:69)

Sesungguhnya, Dia tak bagi "ZUPPPP! Nah, kau ambik pandai masak." atau "Nah, sekarang kau jadi penghafal yang baik" atau  "Nah, organizer yang bagus" atau "Nah, driver yang cekap", atau "Nah, leader yang hebat!".

Hakikat, semuanya melalui KEMAHUAN dan KESEDIAAN melalui proses yang panjang. Kemahuan untuk mencapai cita-cita. Dan, kesediaan untuk melalui apa saja cabaran bagi mencapai cita-cita. JIHAD melalui detik-detik serta saat-saat yang perih dalam tempoh pembelajaran dan pendidikan. 

Belajar ditarbiyah untuk mentarbiyah.

Subhanallah, tarbiyah menemukan segalanya! Kunci kepada segala pembaikan. Kau bercita-cita mahu jadi anak yang solehah? Kakak yang solehah? Sahabat yang solehah? Isteri dan ibu yang solehah? Murabbi solehah dan muslehah? Daieyah nafi'ah

Tanpa sedikitpun ragu, TARBIYAH adalah kuncinya. Allah menganugerahkan nikmat tarbiyah yang tak terungkap dengan kata-kata.

Saya rasa seperti sedang melalui fasa-fasa itu. Sedikit demi sedikit. Fasa-fasa untuk melengkapkan diri dengan segalanya. Fasa iman sedang dibentuk, dan fikrah sedang dijana. Mendasari segala ilmu dengan Al-Quran dan As-Sunnah. Menjiwai keperibadian Rasulullah, para sahabat dan salafussoleh. Menyelak akhbar-akhbar dan tabir dunia dengan kaca mata Islam. Meneliti serangan-serangan pemikiran Barat; sekularisme, hedeonisme dan segala -isme yang lain. Melengkapkan diri dengan kemahiran yang diperlukan masa kini.

Tarbiyah mengajar seorang perempuan Muslimah untuk beraksi selincah dan semilitan itu. 

Walaupun, yahhh..kadang-kadang laju. Dan, kadang-kadang lambat. Kadang-kadang, errr.. terpancit juga di tengah jalan! Tapi, kita bakal ada sahabat yang akan sentiasa mengingatkan tentang tujuan hidup. Tentang tanggungjawab sebagai 'abid dan khalifah. Yang akan menguatkan kala iman lemah, dan semangat kendur.

Sungguh, banyak sekali figur teladan yang menjadi angan-angan saya! Mereka-mereka yang ikhlas dalam dakwah, tanpa jemu memperbaiki diri, dan meng-islah umat. Rumah tangga yang tidak kurang hebatnya. Beraksi hebat membantu suami, dan mendidik anak-anak dengan penuh santun halus dan tentunya berjiwa Islami.

Hmm, walaupun untuk saya, masih terlalu dan sangat-sangat jauh. =.=' Tapi, tidak salahkan untuk bercita-cita sejauh itu? 

Syurga Firdaus yang paling tinggi saja, Rasulullah minta kita berdoa dan bercita-cita untuk mencapainya. Apatah lagi mengharapkan kebaikan dalam diri, dan bercita-cita untuk menjadi agen pembaikan bagi orang lain. 

Tiada yang MUSTAHIL
Didiklah saya. Doakanlah saya.

Allahhumma Ameen. 
 




full-time-learner.





ps:  
erm, mungkin patut tambah lagi satu kategori solehah.. ;)
Allah loves us. jom sahabat, mulakan dengan jejak kita ke usrah/halaqah!  ^_^


++++




kamus:

al-mathurat: zikir pagi petang yang disusun oleh Imam Hasan Al-Banna.
tarbiyah: rabba-yurabbi: didik/mendidik
fikrah: pemikiran 
murabbi: pendidik
solehah dan muslehah: baik dan memperbaiki orang lain
da'ieyah nafi'ah: pendakwah yang bermanfaat
'abid: hamba
khalifah: pentadbir 





Wednesday, January 5, 2011

Cinta Hati.


Masjid SHAS mulai kosong. Burung-burung masih bebas berterbangan, sebelum masuk ke sarang masing-masing. Warna langit kian berubah, mendung. Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa, cukup mendamaikan jiwa.

Dia sesungguhnya keletihan yang amat. Berkejar ke sana ke mari. Hari ini terlalu padat. Perut dari tadi berkeroncong pinta diisi. Tenaga rasanya makin susut. Belum sempat menjamah apapun melainkan hanya dua bungkus roti sejak pagi tadi. Sebotol air mineral sudah pun suku bakinya.

Hampir saja pertemuan hari ini dibatalkan. Hanya semata-mata kerana merasakan diri tak bersedia. Mungkin saja perancangan masa yang tidak tepat, maka urusan jadinya berterabur. Jenuh otak berfikir, pengisian apa pula bakal dibincangkan hari ini.

"Ya Allah, mohon dipermudahkan."

Kali ketiga pertemuan. Debar tetap juga mengusik rasa. Bimbang tiada mampu dia memberikan yang terbaik. Melitar sekeliling bangunan admin. Tiada yang kosong. Hampa.

"Kena tukar venue lagilah nampaknya.." Hati berbisik.

--

15 minit lagi, jarum bakal menginjak ke angka 6.

Dan, sekarang..

6.00 petang.

Seorang dah sampai. Alhamdulillah.

Berbaki lagi lima.

Lima minit kemudian..

Dua.

Tiga pula.

Empat terlambat.

Seiringan ke SR, penuh harapan agar kosong tak berorang.

Ibnu Khaldun pun diguna.

"Ok. Takpe. Kita pindah masjid saja ye."

--

Satu persatu anak mata ditatap. Menjiwai rasa sepenuh-penuhnya. Betapa mohon Allah alirkan kasih sayang yang di dalam ini, pada jiwa-jiwa yang masih suci bersih ini. Yang masih tidak mahu mengalah. Yang masih meluangkan masa, dan memberikan kesempatan pada pengisian hati. Setiap minggu.

Nafas ditarik dalam-dalam. Senyum seulas diberi, penuh mesra.

"Dekat sikit dik. Kita rapat-rapat."

"Semua sihat? Minggu nie, ada masalah apa-apa? Banyak kerja? Semua ok?"

Tergelak tersenyum kesemuanya. 

Alhamdulillah.

2 messages sent.

"Salam dik. X sihat? Adik boleh datang hari nie? Banyak keja ye?"
"Salam dik. Y sihat? Adik boleh datang hari nie? Banyak keja ye?"

Lima masih juga belum sampai. Meeting katanya.

Dan enam,
"Akak, mintak maaf. Tak dapat datang. Sedih. :("

--

Ketenangan luar biasa menusuk hati. Kali pertama dan kedua, meski lancar, namun masih kekok juga untuk berbicara. Kali ini, hubungan dirasakan makin rapat dan mesra. Subhanallah, pada Dia yang mengikat hati-hati, melembutkan hati, melancarkan tutur kata, mengurniakan semangat dan kekuatan. Memberikan hidayah, pedoman dan tunjuk ajar. Melapangkan masa, serta memudahkan urusan.

Allahu Allah.

Tingkat tiga. Hujung sudut itu.

"Subhanallah, pada Dia yang masih melembutkan hati-hati kita untuk sama-sama membersihkan hati. Hati kita sesungguhnya macam gelas yang kotor. Berhari-hari, tanpa sedar kita melakukan dosa. Banyak dosa, makin hitamlah sang hati." 

Terhenti, menarik nafas seketika.

"Ermm..kalau gelas kotor, apa kita buat? Macam mana nak bersihkan?"

Anak mata itu memandang, dan menyahut laju: "Kita basuh dengan air."

"Ye dik. Kita basuh dengan air. Tapi, Allah beri kita pilihan. Sama ada nak basuh dengan air yang laju, atau air yang perlahan. Bila air yang digunakan, laju dan cepat, maka cepatlah gelas itu bersih. Namun adik-adik, kalau kita gunakan air yang perlahan, setitik demi setitik, maka lambatlah gelas itu bersih."

Berkerut dahi kesemuanya. Sunyi sejeda.

Sama-sama mengajak akal untuk berfikir sejenak.

"Dan, macam itu jugalah hati kita ye dik. Mesti dibersihkan selalu. Sebab dalam sehari, dalam seminggu terlalu banyak dosa yang kita buat. Tanpa sedar, hati kita makin hitam kerananya. Dan, untuk membersihkannya, kita kena isi dengan majlis-majlis ilmu macam ni. Kita berkumpul dan berbincang tentang soal umat. Kita refresh iman, dan topup kasih sayang. Kalau tiap-tiap minggu macam ni, tiap-tiap hari ada pembersihan jiwa, maka cepatlah hati kita bersih. Kalau lambat bergerak, maka lambatlah."

Mata sepertinya berkaca-kaca. Suasana jadi sunyi seketika. Meraih syukur, kerana masih diberikan Allah kesempatan untuk bertemu. 

"Bila hati tergerak untuk berbuat kebaikan, sesungguhnya itu hidayah dari Allah. Nak datang ke sini juga, ada gerakan dari Allah. Dialah yang melembutkan hati. Maka, pada siapa yang tak grab secepat mungkin, hidayah itu mungkin akan berpindah pada orang lain. Sayang kan?"

"Dan..subhanallah. Dalam banyak-banyak orang di sini, adik-adiklah golongan yang terpilih itu. Walaupun sejam, walaupun sekali seminggu, tak mengapa. Sesungguhnya pertemuan macam ni ada rahmat Allah, kasih sayang Allah, malaikat menanungi dengan sayap-sayapnya, dan termasuk dalam taman-taman Syurga. Ya Allah, indahnya.."

Senyuman hinggap, menghias bibir. Kali ini sesungguhnya banyak pembaikan. Ya Allah, mohon dipermudahkan lagi dan lagi.

--

Pentarbiyahan hakikatnya mengajar. 

Subhanallah, pada dia yang memberikan kesempatan untuk belajar.

Belajar menumbuhkan iman dalam hati. Lagi dan lagi.

Belajar mengurangkan kemaksiatan baik zair atau tersembunyi.

Belajar membersihkan hati dan jiwa.

Dan, dengan lagi dan lagi itu, akan melonjaklah amal-amal yang datang dari ketakutan yang dibiarkan bebas. Lepas.

Tiada lagi terbelenggu dengan rasa tidak punya keyakinan, tidak bersemangat, tidak layak untuk memberi, tidak pandai, tidak hebat, dan kesemuanya yang pesimis.

Ya Allah.

Kata Imam Hasan Al-Basri:

“Iman itu bukanlah sekadar angan-angan dan bukan pula sekadar basa-basi dengan ucapan akan tetapi sesuatu keyakinan yang terpateri dalam hati dan dibuktikan dengan amal perbuatan.” 

Belajar.

Dan mahu belajar lagi.

Amin.


Monday, January 3, 2011

Hijrah.

"selamat menjadi kalangan thoyyibat ye!"
credit: hikari



Hmmmh.


Mohon sangat Allah lepaskan perlahan-lahan SEGALA PERASAAN yang tak sepatutnya hinggap di hati.
 
Dan.. halakan seluruh emosi, hati dan perasaan hanya untukNya.

Memang. Memang pun.

Bila pentarbiyahan sudah sebati dalam diri seseorang, pasti tiada lagi yang diharapkan. Melainkan kesemuanya hanya untuk Allah semata-mata. Emosi dia, harta dia, ilmu dia, kerja dia, pasangan dia, semuanya mesti dimanfaatkan di jalan Allah.

Sesungguhnya, kita sentiasa ada pilihan. Nak belajar dengan cara yang macam mana? Nak kerja apa? Nak jadi apa? Dan..even nak kawin dengan siapa. Kita selalu ada pilihan. Kita bebas memilih.

Namun, sampai satu saat, sampai satu ketika, sampai satu detik, perasaan dan emosi berunsur peribadi itu bukan lagi jadi ukuran atau hitungan. Sebab, saat itu emosi dan perasaan harus dikorbankan dan terkorban. Walaupun kita suka dan sayang cara yang itu, walaupun kita nak jadi itu dan ini, walaupun kita suka dan sayang orang itu.

Ilusi optik betul entri ini. Heh.
Mungkin ada yang kurang jelas. Maaf sangat.
Tapi, saya yakin, ada yang memahami.
:)

Entahlah.

Kedatangan tahun baru, baik Tahun Baru Islam, mahupun Masehi, saya cuma sesungguhnya mengharapkan satu.

"Seorang Umairah Shafei sentiasa jelas matlamat dan tujuan, kenapa dia hidup. Kenapa dia diciptakan. Dan bila telah faham dan jelas, dia akan bergerak menuju matlamat dan tujuan itu, dengan cara yang paling baik. Mohon Allah selalu tunjukkan jalan, arahkan hati, akal, dan jasadnya. Mohon Allah kuatkan hatinya untuk selalu bersungguh-sungguh, bersyukur dan redha dengan takdir Allah buatnya."

Selalu ingat nie, beb!
 
Az-Dzariyat: 56.
Al-Imran: 110

Amin.






baru lepas kena basuh.
fressshhh.
terima kasih pada yang tolong sental, gosok dan basuh.
mesin basuh anda best betullah..
ngehe.
:)

Thursday, December 30, 2010

Biar.


kredit: hikari.


Biar. Oh Biar.
Biar hati terluka.
Biar hati terseksa.

Biar. Biar oh biar.
Hakku ke atasmu lebih tinggi
Dari luka ini
Dari seksa ini.

Cintaku padamu lebih dalam.
Dari luka ini.
Dari seksa ini.

Masih menanti,
Dalam bukaan tangan sedepa,
Menanti
Satu pelukan mesra.

Dik, Akak tunggu.
Akak tunggu, dik. 
Sentiasa!

"Ya Allah, sampaikan sayangku, rinduku, cintaku pada mereka dengan caraMu yang terindah! Aku..sesungguhnya sayang."

Salam dari jauh, 
Akak.

_____
ps: cinta yang ikhlas punya kuasa. sesungguhnya percaya. ikhlaslah mencintai!


Tuesday, December 28, 2010

Hujan.



Tangis awan bagai memahami. Saya bukan sedih. Tak. Bukan. Bukan. 

Ya Allah. 

Saya.. memang sangat sebak. Langit memberikan saya teduhan paling nyaman. Sangat nyaman. Dan...tentunya, kuasa meneduhkan itu, datangnya dari Dia, punca segala cinta. Sumber segala kasih sayang. 

Tenang. 

Hati ini adakalanya sakit. Mahu marah. Tidak tenteram. Jiwa berkocak. Tapi, Dia hadirkan dengan rasa kecukupan. Kecukupan dengan hanya mengharap kasihNya. Dengan hanya cintaNya. Maka, Dia balut hati, jiwa, jasad ini dengan segenap kesabaran. Kesabaran yang bukan datang dari kekuatan diri, tapi dari Dia. Sesungguhnya Dia. 

Kalau diikutkan hati, saya bagai mahu mengalah dengan perasaan dan emosi sendiri. 

Memang. 
Subhanallah. 

Saya.. 

Sem ini banyak menduga. Nilai kasih sayang sesama saudara. Nilai cinta sesama makhluk. Nilai rindu yang tak berkesudah. Nilai pasrah dan redha pada takdir. Nilai yakin pada Yang Maha Memberi. Nilai ikhlas untuk memberi. 

Maha Suci Allah. 

Maha Suci Dia yang menghadiahkan anugerah terindah. Tak tergambar rasa haru. Sedalam ini. Sejujurnya, ya Allah..sesungguhnya kalian ada dalam rintihan dan doa-doa saban hari. Ada dalam hati. 

Kepenatan. Kelelahan hari ini, macam tiada apa-apa. Saya senyum dalam diam. Dan..menangis dalam senyap. 

Sesungguhnya gembira walau sengal-sengal masih ada. Terima kasih yang tolong angkatkan baju, dan keringkan pula dalam bilik. Sebab tadi, hujan. 

Terima kasih yang sudi melapangkan masa, dan ajar saya kembali sepatah demi sepatah, huruf demi huruf, perkataan demi perkataan. Dan..akhirnya apa yang kelam, mula terang. Sebab saya terpaksa "ponteng" kelas atas sebab tertentu. 

Terima kasih pada yang hantar secebis nota, disisipkan atas meja studi. Terkandung lengkap segala isi ta'lim minggu lepas. Dan.. berserta dengan nota berwarna-warni itu, ada kata-kata yang cukup menyentuh jiwa. 

"Semoga Allah menyatukan hati kita untuk berhimpun dalam naungan cintaNya. Kita bersatu dalam ketaatan dan perjuangan untuk menegakkan ISLAM." 

Terima kasih pada yang masih setia melapangkan masa. Memahami seorang kakak yang penuh kekurangan. Ikhlas mendengar sepenuh jiwa, hingga terbit tangis cinta. Terima kasih atas pelukan yang cukup erat itu. Terima kasih kerana mahu sama-sama berubah dan mencari cinta Allah. 

Subhanallah. 
Rahmat kasih Allah begitu meluas. 

Alhamdulillah. 
Jadikan aku hamba yang bersyukur! 

Uhibbukum fillah. 
Sangat-sangat sayang kerana Allah! 

Moga limpahan kasih Allah terus menerangi hati-hati kita. 
Hingga tak ada lagi cinta lain mendahului, selain cintaNya. 

Amin. Amin. Amin. 
Allahhu Allah. 

Dan..oh! 
Keyboardku kehujanan. 


_______
masih berbaju kurung. 
apakah maknanya? 
tenenenet
:D

Thursday, December 9, 2010

Tempang.

Kalau sentiasa memikirkan hidup ini sentiasa sukar dan susah, rasanya sampai bila-bila pun kita tidak akan punya keyakinan untuk belajar. Hakikatnya, keberanian itu sememangnya telah ada, cuma masanya untuk menonjol hanya datang sekejap-sekejap, dan datangnya bukan selalu.

Entah. Betul ke? Heh.

Rasanya, ya lah kot. Untuk orang macam saya.

Saya rasa, bisikan dari dalam pun boleh jadi keyakinan juga. Cuma, belum sampai ke tahap maksimum, atau mungkin belum ada penyebab kukuh untuk dia betul-betul yakin dan bertindak.

Saya selalu ulang ayat yang sama. Siapa cakap mengubah diri suatu benda yang senang? Mudah? Sangat-sangat susah untuk menuju kesempurnaan. Saya rasa. Saya melaluinya. Kadang-kadang, rasa tidak sabar. Penat. Ada saja ruang yang perlu diperbaiki sebelum menuju kesempurnaan.

Macam sekarang. Macam hari ini. Masa ini. Detik ini. Ketika ini. Huu.

Nak berlawan dengan perasaan "takut", "tak reti", "susah", "payah", "apa orang kata", "penat", dan banyak hal lain yang menuntut diri untuk berkorban. Perasaan, persekitaran, pengalaman lampau, orang-orang sekeliling semuanya mainkan peranan.

Fuuuh.

Apapun, bila sama-sama belajar dalam suasana tarbiyah sebegini, saya rasa sedikit tenang. Dengan berpegang pada satu prinsip yang sama, "kita merelakan diri ditarbiyah, dan kita belajar mentarbiyah", itu buat hati rasa lapang sedikit. Tiada satu orang pun yang hebat dari semua sisi. Dia tetap memerlukan orang lain, untuk membantu dia mengubah diri. Dalam hal ini, tiada yang hebat. Tiada yang di atas, atau bawah. Kita sama-sama belajar. Kalau salah, ulang lagi, sampai berjaya. Hanya itu.

Kalaulah setiap daripada titis air sentiasa memikirkan yang dia takkan mampu jadi laut, manakan mungkin wujudnya laut saat ini. Kalaulah setiap dari butiran pasir asyik merasakan yang dia tak mampu jadi pantai, maka tiadalah pantai.

Kan?

Cumanya, harus ada keterbukaan hati untuk belajar. Lawan semua perasaan yang entah apa-apa dalam hati, lalu dengan ikhlas, reda, buka hatinya kita belajar balik, walaupun dari mula.

Jujur. Saya kagum dengan akhowat. Sungguh-sungguh.

Apa yang tak boleh, pasti boleh. Apa yang susah, pasti mudah. Cakap saja apa saja. Dari bab masak-memasak di dapur, sampailah ke bab kelantangan bersuara dalam dewan setiap kali daurah, mukhayyam dan sebagainya. Saya belajar erti pengorbanan masa, tenaga, wang ringgit. Saya belajar erti senyuman yang setiap kali singgah di bibir. Saya belajar berlapang dada setiap kali ada saja perasaan yang menyesak dada. Saya belajar bersedia untuk belajar, dan sentiasa membuka diri dan hati untuk belajar. Walaupun perlahan-lahan, sikit demi sikit.

Subhanallah.

Belajar erti hidup, belajar ubah diri, belajar apa saja, hakikatnya indah. Nikmat. Cuma, prosesnya agak berat dan menuntut pengorbanan. Perlu kuat berlawan dengan hati dan perasaan. Dengan keeogan yang mencengkam diri. Dengan rasa cukup apa yang telah termiliki.

Hermm.

Kadang-kadang, memang. Memang ada gangguan. Ada sekatan. Ada apa saja halangan yang akan membantutkan perjalanan. Tak dinafikan, dan saya mungkin antara orang yang paling kerap mengalaminya. Jatuh, bangun balik. Terduduk, berdiri balik.

Hahh.

Mohon Allah kuatkan hati, lapangkan dada, jernihkan akal untuk terus belajar tanpa henti.

Learning is fun.

Jangan takut buat silap. Hilangkan rasa malu yang tak bertempat. Yakinkan diri. Optimis.

Terima kasih pada yang tak putus-putus memberi, saat saya sedang dahaga. Tak pernah mengutuk atau mengeji, tapi dengan hati seikhlasnya terus mengajar dan mendidik. Terima kasih kerana menerima diri ini seadanya.

Terima kasih.

Saya sesungguhnya belajar. Sedang belajar. Sentiasa akan belajar.

Allah itu ada. Sentiasa ada. (Al-Ankabut: 69)
:)




mukhayyam arabi

keramat.

Wednesday, November 24, 2010

Tergelincir.

Hati sebenarnya ada ruang kosong yang bersih. Tempat suara-suara kebaikan tak henti-henti melontarkan luahan dan rasa. Nurani namanya. Hanya bila mana dan ketika hati itu jernih dan bersih, suara-suara itu akan kedengaran. 

Memberontaknya tak kira masa, saat perintah Tuhan kita langgar. Saat rukuk dan sujud jadi ritual yang biasa-biasa, tanpa roh. Tanpa berlama-lamaan dengan Al-Quran, menjiwai setiap patah kata yang terkandung. Berlengah-lengah dengan ajakan dan perintah Tuhan. Tak bersungguh-sungguh. 

Hakikatnya, ketenangan itu datang dari semua itu. Bila hati dan jiwa terpasak hanya untuk Allah. Bila mana semua perintah Tuhan kita ikut kesemuanya. Ibadah pula jadi dos yang mengubat segala remuk-rendam, jiwa yang sakit dan semuanya. 

Huh.

Parah yang teramat. Rindu sungguh akhowat yang menyuburkan kesemua itu dengan nasihat-nasihat. Tazkiyatunnafs tanpa henti. Hakikatnya, saat ini memang tersangat memerlukan halaqoh hati. Halaqoh yang dibina sendiri. Saat inlah hakikatnya ujian yang menduga keimanan. Sejauh manakah keikhlasan?

Hahhh. Iman itu harusnya tetap bila dan di mana saja kita tercampak. Harus teguh dan kukuh.

Saya rasa..saya perlu lebih kuat. Berkata memang sungguh mudah. 

Rasa-rasa sebegini, tenang-tenang sebegini, datangnya bila jiwa diisi dengan Al-Quran. Tidak faham maksud sepatah pun tidak mengapa, kerana sentuhan ayat-ayatNya, kadang-kadang cukup meransang. Pendek kata, bila hati ingat Allah, walaupun sesaat. 

Teringat pesan Rasulullah. Kalau kita tak mampu untuk menangis ketika membaca Al-Quran, pura-puralah menangis. Mungkin juga dengan ini, perasaan itu akan datang. Menjiwai segenap hati, dan mungkin itulah titik untuk terbukanya hidayah daripada Allah.

Menangislah kerana ketidakmampuan untuk menangis.
Ya Allah, mohon kekuatan. Lindungi diri ini. 

Rupa-rupanya, bumi juga menangis! Lebat.
Melimpahlah rahmat dan kasih Tuhan.
Allahhu Allah.

Salam buat hati,
:'(