Pages

Showing posts with label impian. Show all posts
Showing posts with label impian. Show all posts

Sunday, June 19, 2011

Indah.


 
Jimbron, Arai, Ikal

 
Zakyah Nurmala


"Kalian harus tahu,
Betapa kata-kata memiliki kekuatan yang luar biasa
Kalau kalian mampu menyusun kata-kata itu dengan indah,
Bukan saja kalian mampu membuat karya yang luar biasa,
Tapi kalian juga bisa membuat orang tergetar dengan apa yang kalian tulis atau kalian ucapkan.." 
~Bapak Balia

[PART 3]

"Bercita-citalah yang tinggi,
Bermimpilah yang besar,
Reguklah madu ilmu sebanyak-banyaknya,
Belajarlah dari alam di sekitarmu,
Resapi kehidupan,
Jelajahi Indonesiamu yang luas,
Jengkali Afrika yang ekzotis,
Jelajahi Eropah yang megah,
Lalu berhentilah,
Di altara ilmu,
Di Sorbone,
PARIS.."
~Bapak Balia

"Dan ingat, yang paling penting bukanlah seberapa besar mimpi kalian,
Tapi, seberapa besar kalian untuk mimpi itu." ~Bapak Balia

"Kalau kau terus bebas dengan imaginasi kau,
Suatu saat, kau akan jadi penulis besar!" ~Bapak Balia

[PART 4]

"Tapi hari itu juga aku belajar
dari keteguhan senyumnya, 
keteguhan dan keyakinan hatinya,
hati-ayah-juara-satu-seluruh-dunia.." ~Ikal

"Bermimpilah!
Maka Tuhan akan memeluk mimpi-mimpimu.." ~Arai

[PART 9]


"Jangan lupa ngaji, sebelum nyanyi.." ~Bang Zaitun

[PART 10] 

"Izinkan aku mencoba ke Paris sendiri, kawan!
Atas nama mimpi dan semangat kita!" ~Ikal


[PART 11]

"Tapi..aku yakin,
Kau pasti akhirnya sadar,
Bahawa bermimpi adalah sesuatu yang indah.
Aku kenal betul kau, Boy!" ~Arai
  
[PART 12]





 ps:


*petikan dari filem Sang Pengimpi, adaptasi dari novel Andrea Hirata.

*semua rasa ada; ketawa. senyum. semangat. dan.. banjir juga! T_T 

*kalau Laskar Pelangi mengenengahkan kehidupan keanak-anakan secara jujur, Sang Pengimpi membuka cerita awal remaja secara telus!

*rasa macam nak salin semua je kata-kata dalam tu. SENI itu INDAH. huhu.  ^^v



Friday, June 17, 2011

POWER.


 

"before a person thinks about obedience, the greatness of who he or she should obey must first enter the heart.." ~Sheikh Yawar Baig


"Ada seorang budak kecil, dalam lingkungan 5 tahun. Sedang asyik bermain-main di satu kawasan. Bila dilarang keras oleh seorang pengawal yang bertugas di situ, dia masih lagi tetap bermain, tanpa peduli walau sedikit. 

Namun, keadaan berubah bila mana emaknya datang dengan hanya memberikan isyarat tangan, lalu dia lari terkocoh-kocoh, dan pulang ke rumah." 

Kalu ikutkan hak kuasa, siapa yang paling berkuasa di kawasan tu? Ya, sepatutnya pengawal tu!

Tapi, siapa yang budak tu rasa lebih power?

Hmmmm.


PS: Lalu, siapa yang lebih POWER di hati kita? ALLAH..atau manusia?

"The issue is not who is more powerful, the issue is who is more powerful in your heart!"~ Sheikh Yawar Baig.

++++




*rasa lawak bila translate ke bm. hehe. english saya tak bagus. so, untuk elak lagi hancussss, saya tulis dalam bm. :) sekadar nak kongsikan part yang saya rasa best. btw, better dengar lectures untuk dapatkan effect & manfaat yang lebih baik. xD

*lagi satu, bleh try dengar nie; NOUMAN. best jugak. explanation dia, subhanallah! bleh buat kita tiba-tiba menangis. menariknya, dia kaitkan hidup kita dengan Al-Quran. solution pada setiap problem pun, dia bagi dari Al-Quran.  great kan? :)

*SHARING is LOVING. 

* moga bermanfaat. wallahhua'lam. 














Wednesday, May 18, 2011

Saya tak sempurna!




Sem ini terlalu banyak mengajar diri. Meski hanya satu subjek, tapi masa-masa dan detik-detik adalah ruang paling berharga untuk saya makin kenal diri sendiri. Saya banyak buat salah. Saya banyak kekurangan. Saya kaya kejahilan. Saya lemas dalam alpa. Saya tak beringat. Saya attach pada orang dan perasaan yang salah.

Dan.. bukan pada Allah! 
Saya..saya..dan saya.  

Makin banyak merenung, makin terasa banyak yang perlu diperbaiki. Dan, kadang-kadang, saya lost. Tak tahu nak melangkah dengan gerak dan cara yang macam mana. Saya pernah terfikir nak delete dan deactivate facebook, sebab kadang-kadang diri merasakan tak mampu nak mengawal "kealpaan" yang timbulnya dari situ. Saya tak boleh nak selalu menjaga "taqwa" supaya sentiasa mengeluarkan perkataan yang baik-baik.

Hanya Allah yang tahu. Kalaulah dosa ini dikumpulkan menggunung, membusuklah dunia. Sayalah bangkai itu! Ya Allah.

Terfikir juga untuk delete blog, biar saya menjauh seketika. Adanya rasa malu menjengah, bila diri sekadar melontarkan luahan hati yang entah apa-apa, melekakan pembaca dan sebagainya. Main-main, tak serius, dan entah diri ini dicampakkan ke dalam golongan yang mana? Saya tak mampu mengawal hati dan perasaan supaya cenderung untuk menjaga mata, hati dan lain-lain. Lemah! Totally!

Hmm.

Bila akhlak tak terjaga, iman pun perlahan-lahan akan jatuh. Kesannya pada amal. Seruan kebaikan kita tak diendahkan, kata-kata kita tak dirasai ke hati, gerak kerja lambat, solat tak khusyuk, qiyam tak konsisten, zikir tak terasa, dan sebagainya.

Sedangkan makin dekat seseorang dengan Allah, makin dia jaga taqwanya. Berhati-hati dan sensitif agar tak mengeluarkan sesuatu yang tak bermanfaat. Dia jaga hatinya. Mujahadah ini ternyata perlukan pengorbanan luar biasa. Makin hari, makin rasa sukar. Makin rasa payah, dan payah.. 

Allahhu Allah.

Dan, saya mulai sedar proses ini ada tingkatan atau level.

Sungguh-sungguh, banyak sangat kelemahan diri. Kadang-kadang, sampai tak tahu nak betulkan yang mana satu dulu. Berlawan dengan kehendak hati, dan sungguh proses memperbaiki diri sangat menyakitkan. Pedih. Kena lawan yang sungguh-sungguh! Harus kuat. Cekal. Paling penting, berani untuk berbuat.

Saya cemburu. Cemburu pada mereka yang kuat.
Sungguh-sungguh!
Pada anda yang berbuat.
Pada anda yang jujur dengan diri sendiri.
Pada anda yang ikhlas.

Pada anda yang cekal. 

Kuatkanlah aku dengan kekuatanmu. 
Tampunglah kelemahanku, dengan segenap kelebihanmu.  

Yakinkan aku, kita sentiasa ada Allah.
Doa kita dimakbulkan, tapi dengan cara Dia yang terindah.

Saya perlu.
Perlukan awak.

Selalu!
Untuk mencintai saya, supaya mencintai Allah! 

Menelusuri ketidaksempurnaan bersama-sama itu, INDAH..!
hujan.

Gombak.

 

Thursday, December 30, 2010

Impian.


"ya Allah, jadikan wajahMu..
impianku, 
keinginanku, 
harapanku, 
dan kerinduanku."

mohon dengan sangat.
amin.

_______
pagi yang sunyi.
hamba. sehambanya.



Sunday, December 26, 2010

Niat.

kenyataan hari esok, adalah mimpi hari ini.


"..Jika niatmu benar, pasti Allah membenarkanmu..".
Maka, mustahaknya adalah,
BETULKAN NIAT.

SELALU.

"..Mohon Allah jadikan keinginan dan kemahuan di hati, hanyalah untukNya. Mohon Allah tumbuhkan segala rasa dalam hati datang dan kembalinya hanya untukNya. Mohon Allah jadikan niat, fikrah, ibadah, tugas, tanggungjawab, bebanan, hanyalah untukNya. Mohon Allah letakkan cita-cita di hati, hanyalah untukNya, demiNya, dan keranaNya juga. Segala-galanya untukNya. Andai masih tak termampu, mohon Dialah yang akan selalu didik, ajar, dan bentukkan hati, akal, dan jasad, dengan cara apa sekalipun, dihalakan kesemuanya hanyalah untukNya.."

Amin.







uia- universiti ikhwah akhawat.

wah!
:)

Sebak.

Ustazah kata, jangan tipu. Kalau sayang seseorang, mesti terbawa-bawa sampai ke mimpi. Setiap minggu. Boleh jadi, setiap hari.

Bila satu satu masa, satu detik, satu ketika, satu saat..
Bangunan IRK itu..
Sebak itu..
Dan..
Dalam diam secara tiba-tiba itu, ustazah kata lagi..

"Take it as challenge. Sayang Rasulullah, mesti terbawa-bawa sampai ke mimpi. Buktikan, yang kamu betul-betul sayang Rasulullah.."

Sebak.
Ya.
Memang sangat-sangat.
Saya terdiam.

Hmmmh.
Nafas yang..cukup-cukup dalam.

Sesungguhnya, awak lebih tahu.
Dan, Dia Maha Tahu.

Allahhu Allah..





mengimpi sebelum bermimpi.

Thursday, December 16, 2010

Baik.




Uhh.

Bila ustaz kata, perempuan itu punca segala masalah, saya rasa dihargai. Rasa haru yang dalam. Betul-betul dan sungguh-sungguh. Ustaz, bicaranya dari hati. Mata dia pun tak menipu. Saya tenung lama-lama, agar saya dapat rasa "kasih sayang" yang cuba dialirkan dalam perasaan sedalam itu.

Dan..memang sama sekali tak mengecewakan.

Ustaz memang mendidik. Bukan mengajar semata-mata.

Bila ustaz kata, entah apa, dalam spelling arabnya saya tak dapat tangkap, tapi, tak pula nak tanya. Tapi, dalam hati nak saja tanya. Tapi, akhirnya saya tak tanya juga. Huhu.

Cumanya, saya hanya dapat tangkap beberapa butir. Butir yang ada bunyi lebih kurang "fat- tish..", huruf fa', ta' yang bertasyhdid, dan huruf syim yang kesemuanya bersambung. Entahlah, saya tak pasti apa betul yang saya tulis, atau tidak.

Ustaz kata, "fat-tish 'anil mar-ah". Atau apa yang saya faham dari penjelasan ustaz, maksudnya lebih kurang, “dari perempuanlah timbul segala masalah”.

Mahu tak terkejut.
Mestilah terpana seketika.

Ustaz?
Ustaz mengata kami, si kaum perempuan?
Sudahlah dalam kelas saja semua perempuan.
Biar betul, ustaz?

Tak.

Ustaz cakap dengan nada lembut lagi terbuka.
Macam seorang ayah yang sedang memberi nasihat pada anak-anak perempuannya.
Lembut, lembut, dan lembut. Tapi, ada ketegasan di dalam setiap patah katanya.

Kata ustaz, perempuan itulah yang akan melahirkan. Perempuan itu juga yang akan duduk di rumah, dan menjaga suami dan anak-anaknya. Perempuan itu juga yang akan memberi kasih sayang. Bukankah dari rahim perempuan itu juga, akan dikandungnya seorang anak? 


Dijaganya, dan dibelai sepenuh-penuh kasih dan perhatian.


Kuasa Allah itu Maha Agung. Perasaan halus yang kita sama sekali tak nampak, dan mendapnya dalam hati itu, hakikatnya mampu dialirkan pada anak yang dikandung. Sangat ajaib, bukan? Sebab itu, bayi rasa damai dan tenang dengan ibunya. Maka, kalaulah perasaan itu datangnya dari hati yang kotor, dan mani yang tidak baik, maka.. ermm..

Uhh. Memang terlentok seketika mendengar luahan perasaan Ustaz dari Libya ini. Maka, perempuan memang berperanan besar. Kalau rosak perempuan tadi, rosak segalanya. Rosak anaknya. Binasa rumahnya yang harusnya tadi ada kasih sayang, cinta dan semuanya.Hermm. 



Ustaz tambah lagi, tanggungjawab seorang lelaki untuk memilih "mani" yang baik. Macam pesan Rasulullah s.a.w. Hakikatnya, saya tak berapa ingat juga. Tapi, setakat yang saya mampu tangkap:"Takhaiyyaruu Nuthafak", atau maksud asalnya, "Pilihlah Manimu." 


Yang pertama, dan harus jadi pilihan bukan cantik. Bukan jua keturunan. Bukan juga harta yang banyak. Tapi, agamanya. Tiba-tiba rasa sebak pula. Huuu. Dan..mulalah cepat-cepat memasang azam,"Sesungguhnya saya belum jadi perempuan yang cukup baik. Dan..saya mahu berusaha jadi perempuan yang baik. Hati, akal dan jasad." :) 


Amin ya Allah.






Monday, December 13, 2010

Dua tahun.




2 TAHUN.
"Be a strong Muslim that have confidence, trust in Allah, and never loose hope."






***
Sem baru.


Sem ini, perasaannya lain sikit. Entahlah. Banyak yang lain. Hakikatnya, saya tak berapa selesa dengan "rasa" yang lain ini. Sem yang baru, biasanya dikaitkan dengan azam dan semangat baru. Semangat untuk belajar sungguh-sungguh. Semangat dapatkan dean's list. Semangat nak libatkan diri dalam aktiviti ini, aktiviti itu dan sebagainya.


Banyak. Memang lumrah semangat membugar awal sem. Banyak perancangan. Banyak persediaan.


Saya juga. Tak ketinggalan.


Cumanya, kali ini semangat itu mungkin lebih kepada membentuk yang dalam terlebih dulu. Ya, orang selalu cakap dari mata turun ke hati. Tapi, untuk kebanyakan kes,saya rasa segalanya bermula dari hati. Dari hati, ada rasional dan pertimbangan akal. Dari hati, datangnya pergerakan jasad yang tepat dan betul. Dari hati, semuanya mendasar. Maka, yang dalam itulah harus dibina, dibina, dan dibina.


Ilmu dan Iman.

Saya sesungguhnya sangat yakin dengan itu. 
Maka, hati perlu kuat untuk menguatkan yang lain-lain.


Pengendalian emosi dan sebagainya. Inner motivation memang sangat mempengaruhi kehidupan. Kehidupan saya.


Harap dengan sangat-sangat, hubungan dengan Allah makin baik. Penataan mutaba'ah ibadah makin baik.


Hmmmh.


Ulat beluncas tak pernah tahu dia akan jadi rama-rama satu hari nanti. Fasanya untuk menjadi sang rama-rama yang cantik saja sudah terlalu panjang. Tapi, ia cekal. Berubah, berubah, dan berubah lagi. Dari ulat, kemudian kepompong, kemudian jadilah rama-rama yang cantik. Sebab apa? Sebab ia sentiasa sedar yang dirinya ada potensi untuk berubah. Ia yakin dan sungguh-sungguh percaya.


Tapi, ulat tak ada pilihan untuk ia jadi singa atau tupai. Tak ada pilihan untuk ia jadi kancil atau beruang. Sebab itulah sunnatullah yang ditetapkan Yang Maha Kuasa. Ia hanya akan jadi rama-rama satu hari nanti.


Tapi, manusia lain. Manusia diberi pilihan untuk jadi baik atau jahat. Untuk jadi apa dan siapa.

Kan?


Mohon Allah sentiasa lorongkan hati, halakan langkah, gerakkan akal, hanya untuk Dia semata-mata. Di jalanNya saja.

Amin.


Allahhu Allah.

Serius!



nota: mabruk eleik yang jari dah memerah. waahh..makin berseri-seri kot. hehe. :)