Pages

Saturday, December 18, 2010

Zero ke Hero.


Ungkapan untuk mencirikan "tarbiyah", cukuplah sebagai "bekalan". Bekalan setiap detik. Setiap masa, dan ketika. Prosesnya panjang. Sebab setiap masa, adalah ruang untuk berubah. Setiap saat, adalah masa untuk memperbaiki diri. Dari segi apapun. Mencakupi segala aspek dalam hidup.

Sikap. Emosi. Cara fikir. Pendek kata, kehidupan kita keseluruhannya.

Sampai kita betul-betul jadi "baik", dan tentunya ikut penilaian "baik" di mata Allah. Sampai semua peraturan Allah, kita mampu ikut. LaranganNya, kita mampu cegah. Baik secara zahir atau sembunyi. Kesemua sunnah Rasulullah, kita mampu buat. Sampai sebati dalam diri, menjadi.. AKHLAK!

Dan..bukan atas nilaian "baik" pada ukuran mata manusia. Sebab nilaian "baik" manusia, adakalanya tak sama dengan nilaian "baik" di mata Allah.

Sebab apa?

Sebab nilaian manusia selalu terikut-ikut dengan kehendaknya, nafsunya, emosinya, perasannya. Maka, kita takkan dapat satu jawapan yang tepat. Malah, setiap ukuran, nilaian, dan hukuman dari manusia, sentiasa akan diperdebat dan diperbahas sesama manusia sendiri. Takkan pernah habis dan selesai. Tak ada jawapan spesifik.

Memang benar kata Imam Syafie: "Memuaskan hati semua manusia adalah perkara yang paling dan sangat-sangat MUSTAHIL."

Baik?
Macam mana?

Andai bab pergaulan belum selesai, kita usahakan semampu daya. Andai bab aurat belum sempurna, kita usahakan sebaik mungkin. Andai bab ibadah banyak lagi cacat cela, solat hujung waktu, lambat bangun subuh, jarang senyum, tak pandai berkawan, tak tepati masa, dan kesemuanya, kita usahakan yang terbaik.

Sampai kita mampu menjadikan diri kita "seseorang". Figura yang cantik di mata Allah, sedap dipandang juga di mata manusia.

Subhanallah.

Saya cuma mahu ada perasaan 'izzah dalam diri. Bangga andai mampu membawa ciri-ciri Muslimah dalam diri. Bangga dengan prinsip ini. Penuh yakin, dan sabar melaluinya.

Ya Allah..

Tarbiyah sesungguhnya mengajar kita untuk bercampur dan bergaul dengan semua orang, tetapi kita pada dasarnya berbeza.

"Mukhtalithun laakin Mutamayyizun."

Berbeza yang macam mana?

Andai yang lain belajar untuk dean's list, exam oriented, kita belajar sebab kita perlukan ilmu itu untuk memberi kelak. Untuk mengajar orang lain. Untuk membentuk orang lain pada masa kini, dan masa depan. Matlamat kita, membentuk generasi Islam. Kebangkitan Islam itu sesungguhnya pasti. Kita yang memilih untuk menjadi penggerak atau pelemah.

Andai orang berkorban masanya untuk kerehatan diri semata-mata, kita juga berkorban masa untuk diri, dan orang lain juga. Mengubah diri dengan ke halaqah atau usrah, majlis-majlis ilmu, daurah, mukhayyam, belajar teknik berdakwah, banyak membaca buku-buku agama dan fikrah, bersedia membahagikan masa untuk study dan dakwah, dan sebagainya.

Andai orang lain sibuk melayan perasaan, kita juga sibuk melayan perasaan. Tapi, perasaan yang bagaimana? Perasaan malas-mengubah-diri yang perlu dilawan. Perasaan mahu berehat dan bersenang-lenang. Perasaan penat, sedih, dan kecewa kerana pembaikan diri masih belum meningkat. Perasaan disakiti, dicemuh dan sebagainya yang perlu ditentang habis-habisan.

Allahu Allah..

Andai orang lain meluangkan masa dengan menonton filem, ya.. kita juga! Cuma cara kita berbeza. Kita melihat dengan sudut Islami. Andai orang lain tiada pernah menonton iklan-iklan, kita tidak. KIta kaji iklan-iklan yang sarat dengan ghozwatul fikr atau serangan pemikiran dari Barat. Kita keluarkan, kita bincangkan!

Andai orang lain berkahwin hanya atas dasar penghalal dan penerus cinta, kita berbeza. Selain meraih sakinah, mawaddah dan rahmah yang Allah janjikan, kita ada matlamat lain. Perkahwinan sebagai medan untuk melahirkan generasi soleh dan solehah. Kita didik mereka, dan seterusnya berkembang biak lagi. Subhanallah.

Andai orang lain bekerja untuk meraih gaji dan pendapatan bulanan, merasa mewah dapat mengecap segala nikmat dunia, kita bekerja untuk Allah. Kita memberi sebanyak-banyaknya. Harta yang ada disumbangkan di jalanNya. Ya Allah..seronoknya kalau kaya, dan boleh sumbang banyak-banyak! :)

Ya Allah, sesungguhnya banyak kecacatan dan kelompongan.
Terlalu jahilnya diri ini.
Terlalu.

Mohon diperteguh langkahku dan hatiku.
Menyusuri jalan ini.
Amin.

"Tarbiyah bukanlah segala-galanya. Tapi, segala-galanya bermula dengan tarbiyah".





transform!

No comments: