Pages

Monday, December 27, 2010

Rindu.




Saya cuma rasa selamat. Bila bersama-sama dengan dia dalam kelas itu, cukup "tenang" gambaran hati. Tiada rasa-rasa lain. Tambah-tambah bila dia sering kali guna perkataan, "ya banati-wahai anakku".

Subhanallah. 

Lembut dan memikat hati.
Halus dan menyentuh jiwa.

Kalau dalam kelas dia, kadang-kadang saya macam nak menangis saja. Perasaan kasih dia, sayang dia, cinta dia, pada kaum hawa begitu hangat. Serius. Walaupun dia sepenuhnya menggunakan bahasa yang bukan bahasa ibunda, tapi kata-kata itu begitu memikat hati. Entah kenapa. Walaupun adakalanya perkataan dia, saya tak faham. Walaupun kadangkala, saya hanya faham bicaranya dari senyum manis seulas itu. Dari anak mata yang dalam, dan penuh kasih sayang.

Subhanallah.

Nasihat dia, buat saya rasa sayang. Sangat-sangat. Kalaulah tak ditahan dengan sungguh-sungguh, saya rasa air mata mampu menitis. Betulkan, orang selalu kata, bila kita mengajar dengan hati, akan sampai ke hati jua. Dia benar seorang murabbi. Seorang pendidik, dan bukan seorang pengajar semata-mata.

Anugerah terindah mana lagi, pada kaum wanita, melainkan kasih sayang sedalam ini? Saya tak nampak bahawa kekayaan, material, emas, kereta mewah, ketampanan seorang lelaki, melainkan cinta yang hangat dan ikhlas. Menyayangi sepenuh jiwa, menerima kehadiran wanita dan menghargainya sepenuh jiwa.

Tulus. Hanya itu.

Ustaz memang baik. Saya benar-benar tak tahu nak gambarkan macam mana.

Tapi, sungguh. Saya akui, saya jatuh cinta dengan didikan ustaz.

Kalau dunia ini penuh dengan lelaki seperti ini, tak mustahil wanita akan lebih menghargai dirinya, dan sentiasa percaya, bahawa dia adalah benar-benar seorang anak perempuan. Seorang isteri. Seorang ibu. Seorang kekasih. Dan..saya yakin, wanita itu akan berusaha menjadi yang sebaik-baiknya.

Hmmmh.

Dan..saya wonder. Tertanya-tanya.

Saya rindu.
Macam mana agaknya Rasulullah layan anak perempuan baginda? Isterinya? Kaum hawa?
Mesti lagi-lagi indah. Dan..tentunya sangat menakjubkan, kan?

Allahhumma Solli 'Ala Saidina Muhammad.

Saya..rindu kasih dan cinta itu.
:'(

Barokallahhulak.
Ent fi 'amiqil qalbi.


No comments: