Pages

Tuesday, December 28, 2010

Hujan.



Tangis awan bagai memahami. Saya bukan sedih. Tak. Bukan. Bukan. 

Ya Allah. 

Saya.. memang sangat sebak. Langit memberikan saya teduhan paling nyaman. Sangat nyaman. Dan...tentunya, kuasa meneduhkan itu, datangnya dari Dia, punca segala cinta. Sumber segala kasih sayang. 

Tenang. 

Hati ini adakalanya sakit. Mahu marah. Tidak tenteram. Jiwa berkocak. Tapi, Dia hadirkan dengan rasa kecukupan. Kecukupan dengan hanya mengharap kasihNya. Dengan hanya cintaNya. Maka, Dia balut hati, jiwa, jasad ini dengan segenap kesabaran. Kesabaran yang bukan datang dari kekuatan diri, tapi dari Dia. Sesungguhnya Dia. 

Kalau diikutkan hati, saya bagai mahu mengalah dengan perasaan dan emosi sendiri. 

Memang. 
Subhanallah. 

Saya.. 

Sem ini banyak menduga. Nilai kasih sayang sesama saudara. Nilai cinta sesama makhluk. Nilai rindu yang tak berkesudah. Nilai pasrah dan redha pada takdir. Nilai yakin pada Yang Maha Memberi. Nilai ikhlas untuk memberi. 

Maha Suci Allah. 

Maha Suci Dia yang menghadiahkan anugerah terindah. Tak tergambar rasa haru. Sedalam ini. Sejujurnya, ya Allah..sesungguhnya kalian ada dalam rintihan dan doa-doa saban hari. Ada dalam hati. 

Kepenatan. Kelelahan hari ini, macam tiada apa-apa. Saya senyum dalam diam. Dan..menangis dalam senyap. 

Sesungguhnya gembira walau sengal-sengal masih ada. Terima kasih yang tolong angkatkan baju, dan keringkan pula dalam bilik. Sebab tadi, hujan. 

Terima kasih yang sudi melapangkan masa, dan ajar saya kembali sepatah demi sepatah, huruf demi huruf, perkataan demi perkataan. Dan..akhirnya apa yang kelam, mula terang. Sebab saya terpaksa "ponteng" kelas atas sebab tertentu. 

Terima kasih pada yang hantar secebis nota, disisipkan atas meja studi. Terkandung lengkap segala isi ta'lim minggu lepas. Dan.. berserta dengan nota berwarna-warni itu, ada kata-kata yang cukup menyentuh jiwa. 

"Semoga Allah menyatukan hati kita untuk berhimpun dalam naungan cintaNya. Kita bersatu dalam ketaatan dan perjuangan untuk menegakkan ISLAM." 

Terima kasih pada yang masih setia melapangkan masa. Memahami seorang kakak yang penuh kekurangan. Ikhlas mendengar sepenuh jiwa, hingga terbit tangis cinta. Terima kasih atas pelukan yang cukup erat itu. Terima kasih kerana mahu sama-sama berubah dan mencari cinta Allah. 

Subhanallah. 
Rahmat kasih Allah begitu meluas. 

Alhamdulillah. 
Jadikan aku hamba yang bersyukur! 

Uhibbukum fillah. 
Sangat-sangat sayang kerana Allah! 

Moga limpahan kasih Allah terus menerangi hati-hati kita. 
Hingga tak ada lagi cinta lain mendahului, selain cintaNya. 

Amin. Amin. Amin. 
Allahhu Allah. 

Dan..oh! 
Keyboardku kehujanan. 


_______
masih berbaju kurung. 
apakah maknanya? 
tenenenet
:D

2 comments:

jamilah said...

Assalamualaikum,

Oh, lepas kelas semalam terus tekan papan kekunci ye..

Ish...

Puteri said...

guess what? kat sini hujan pagi tadi sebelum subuh. seronok sangat dengan tap,tap,tap air hujan menimpa bumbung. sekejap je hujan. umy, rindu dah ni. banyak benda nak cerita...tapi bila berjumpa/chatting, masing2 senyap je? hehehe...allah knows, just He knows wut deep inside ^^ qowy! erm, hati manusia tu macam air menggelegak dala periuk kan? esp orang yang macam kita..hurm, apa ye yg 'macam kita' tu? ^^ smile always ya ukhti