Pages

Thursday, December 16, 2010

Baik.




Uhh.

Bila ustaz kata, perempuan itu punca segala masalah, saya rasa dihargai. Rasa haru yang dalam. Betul-betul dan sungguh-sungguh. Ustaz, bicaranya dari hati. Mata dia pun tak menipu. Saya tenung lama-lama, agar saya dapat rasa "kasih sayang" yang cuba dialirkan dalam perasaan sedalam itu.

Dan..memang sama sekali tak mengecewakan.

Ustaz memang mendidik. Bukan mengajar semata-mata.

Bila ustaz kata, entah apa, dalam spelling arabnya saya tak dapat tangkap, tapi, tak pula nak tanya. Tapi, dalam hati nak saja tanya. Tapi, akhirnya saya tak tanya juga. Huhu.

Cumanya, saya hanya dapat tangkap beberapa butir. Butir yang ada bunyi lebih kurang "fat- tish..", huruf fa', ta' yang bertasyhdid, dan huruf syim yang kesemuanya bersambung. Entahlah, saya tak pasti apa betul yang saya tulis, atau tidak.

Ustaz kata, "fat-tish 'anil mar-ah". Atau apa yang saya faham dari penjelasan ustaz, maksudnya lebih kurang, “dari perempuanlah timbul segala masalah”.

Mahu tak terkejut.
Mestilah terpana seketika.

Ustaz?
Ustaz mengata kami, si kaum perempuan?
Sudahlah dalam kelas saja semua perempuan.
Biar betul, ustaz?

Tak.

Ustaz cakap dengan nada lembut lagi terbuka.
Macam seorang ayah yang sedang memberi nasihat pada anak-anak perempuannya.
Lembut, lembut, dan lembut. Tapi, ada ketegasan di dalam setiap patah katanya.

Kata ustaz, perempuan itulah yang akan melahirkan. Perempuan itu juga yang akan duduk di rumah, dan menjaga suami dan anak-anaknya. Perempuan itu juga yang akan memberi kasih sayang. Bukankah dari rahim perempuan itu juga, akan dikandungnya seorang anak? 


Dijaganya, dan dibelai sepenuh-penuh kasih dan perhatian.


Kuasa Allah itu Maha Agung. Perasaan halus yang kita sama sekali tak nampak, dan mendapnya dalam hati itu, hakikatnya mampu dialirkan pada anak yang dikandung. Sangat ajaib, bukan? Sebab itu, bayi rasa damai dan tenang dengan ibunya. Maka, kalaulah perasaan itu datangnya dari hati yang kotor, dan mani yang tidak baik, maka.. ermm..

Uhh. Memang terlentok seketika mendengar luahan perasaan Ustaz dari Libya ini. Maka, perempuan memang berperanan besar. Kalau rosak perempuan tadi, rosak segalanya. Rosak anaknya. Binasa rumahnya yang harusnya tadi ada kasih sayang, cinta dan semuanya.Hermm. 



Ustaz tambah lagi, tanggungjawab seorang lelaki untuk memilih "mani" yang baik. Macam pesan Rasulullah s.a.w. Hakikatnya, saya tak berapa ingat juga. Tapi, setakat yang saya mampu tangkap:"Takhaiyyaruu Nuthafak", atau maksud asalnya, "Pilihlah Manimu." 


Yang pertama, dan harus jadi pilihan bukan cantik. Bukan jua keturunan. Bukan juga harta yang banyak. Tapi, agamanya. Tiba-tiba rasa sebak pula. Huuu. Dan..mulalah cepat-cepat memasang azam,"Sesungguhnya saya belum jadi perempuan yang cukup baik. Dan..saya mahu berusaha jadi perempuan yang baik. Hati, akal dan jasad." :) 


Amin ya Allah.






5 comments:

Wan Collection's said...

Amin, yang memilih itu harus tekad dan kukuh jiwanya. demi hasil mani yg baik, dan demi umat Muhammad s.a.w yg baik..

Jamilah Mohd Norddin said...

Assalamualaikum,

Maaf mengganggu Umy.. Hm, nak tanya, kelas 'arud tu okey tak? Sebenarnya dah add tapi macam takut je nak ambil. Jadi kalau Umy kata okey macam teringin je nak add esok.

Hm.

maaf ganggu lagi.

Amirah Shaharom said...

terkesan.

Umairah. said...

to wan:
terima kasih wan, atas perkongsian..
saya suka sungguh-sungguh bab "tekad" dan "kukuh" itu.
:)

to jamilah:
mana ada ganggunya. :)
hmm..sebenarnya tak start pn kelas lg.
ustaz xdtg lg. selasa mnggu dpn pn, klu tak slh, mmg ustaz takda lg.
jangan risau..kita kan ramai. boleh saling brbincang nnt. kan?
umy pn mana pandai pun. belajar arudh pun tak penah. lagilah pulak..
:)

apapun, jamilah dah add kan?
umy ada bg no jamilah kt sorang adik nie, semalam..
maaf sangat, tak bagitau jamilah dulu.
sebabnya, dia pun nak add juga. jd, alang2 umy bagi no jamilah sekali.
mana tau, boleh bincang dan pakat sekali.
takpe kan?

kita jumpa nanti.
:D

to amirah shaharom:
segala puji bagi Allah, yang melembutkan hati sesiapa sj yg dikehendakiNya.
subhanallah.
:)

Jamilah Mohd Norddin said...

Umy,

Baru add tadi 'arud tu...

Saya add online je tadi. Dia kata tak boleh nak add online...