babak I:
_____
babak II
puteri gunung ledang: dayang, bacakan aku firmanNya lagi. aku jadi rindu.dayang: (baca)puteri gunung ledang: kau menangis?dayang: ayat ini, sungguh indah, serba haru.puteri gunung ledang: ajarkan aku lagi, apa kata Dia.dayang: sekalipun kau isteri Nabi, itu tak menjanjikan kau di Syurga. sekalipun kau isteri Firaun, itu tak menjanjikan kau di Neraka. (at-tahrim:10-12)puteri gunung ledang: dayang, bukankah kau tahu Sultan Mahmud sudah aku tolak jauh-jauh. ah, dan bukankah kau maklum, aku belum jadi isteri?dayang: (senyum) subhanallah, indah! Allah iringkan juga dengan kisah Maryam buatmu, di hujung ayat-ayat ini. dan dia juga antara yang taat pada Allah.--
babak III
puteri gunung ledang: kita jauh. kau langit, dan aku bumi. kita tak sama.dayang: aku tak faham. kenapa langit dan bumi dikatakan jauh.puteri gunung ledang: salahkah?dayang: sedangkan bumi sudi menyedekahkan laut, dan langit setia menumpahkan hujan. di manakah jauhnya? dan jangan kau lupa, kita mencintai Pencipta yang sama.puteri gunung ledang: ahah (tergelak). kedatangan hang tuahkah yang telah mengubahmu sebegini?dayang: (senyum simpul) ya, hang tuah punya Tuhan. dan dakwah tarbiyah nenek kebayan!--
tanpa dayang dan puteri gunung ledang tahu, hang tuah sendiri sedang melalui *tarbiyah dzatiyah; *mujahadah solat subuh tiap-tiap hari di masjid.
babak IV
he he he--
untuk diari tarbiyah hari ini, dayang tuliskan sejarah baru:"andai aku, kau anggap 'langit'mu, dan kau adalah 'bumi'ku, ajarkan aku tentang kerendahanmu. dan tunjukkan aku, sebagaimana bumi pernah mengajar langit mencintainya. aku mahu mencintai kau seperti itu."
--babak V
hujung 2011; hang tuah dah mula serius *berhalaqah. xD
2012; erk hang tuah..dayang? itu cerita tahun depan!
_____
"isteri Nabi sekalipun, kalau dia tak nak berubah, TAK JADI jugak! isteri Firaun sekalipun, kalau dia nak berubah, JADI! orang BUJANG? haa, Allah sambung pulak dengan kisah Maryam kat hujung ayat ni (at-tahrim:10-12)" -ustaz muhaimin, seminar dis/2011
kamus:
*tarbiyah dzatiyah: latihan tarbiyah diri kepada diri sendiri
*mujahadah: berjuang melawan hawa nafsu
*halaqah: usrah