demi keluasan langit
kegelapan malam
kecerahan siang
laut yang tak pernah kering
bukit yang tak pernah runtuh
daun yang gugur
iklim bermusim
bintang-bintang
mengapa tak puas-puas juga
bergantung harap pada tangan
yang tak mampu pun
menyentuh kelopak
dan menghasil
walau sekuntum bunga?
malah tak mampu pun
menyentuh batin dan membentuk
walau hati dan rasanya
sendiri
kerisauan ada, kerana kebergantungan masih pada yang lemah
dan ya, tawakal belum cukup dan kukuh
Allah, cabut hatiku dari makhluk
dan sandarkan ia padaMu
menyakitkan, tapi aku bebas
_____
"kadang-kadang kita perlu sendiri, untuk tahu letak duduk hati kita di mana. kan?"
4 comments:
ya muqallibal qulub, tsabbit tsabbit tsabbit qulubana 'ala deenik wa tho'atik. allahumma ameen.
benar,selalu bergntung pada yang lemah..
bebasknlah T_T
ameen3 ya Robbana.
~huda~
komen pertama lepas balik rumah...
tak tau knp rasa mcm ada trkn suruh jd penunggu lagi :)
Btw, I like this post.
yes,kita cuba sambil berharap. keputusan baik buruk, kita serah.
to ruqaiyyah:
amin3. t.ksh ruq! :')
to huda:
amin3. tq huda. :D
to sumaiyyah:
:') tq sbb slalu support akak menulis. terharuu~
Post a Comment