cinta aku sesederhana hujan
turun lewat gerimis halus
di mulanya diam-diam
senyap-senyap
tak terkhabar
cinta aku sesederhana hujan
jatuhnya berani, ramai-ramai
muafakat hasil irama
denting kocaknya
mengindah pandang
cinta aku sesederhana hujan
tak tertuang semua dari langit
dihulurnya satu-satu, perlahan-lahan
tiada tamak, tiada kalut, tiada riuh
cinta aku sesederhana hujan
ke bumi datang dari Tuhan
jauh ingin merosakkan
niatnya hanya menyuburkan
aku mahu sederhana
dalam mencinta
Allah, Kau sebaik-baik
pemberi kurnia
_____
[18:47/sumaiyyah/disember]
5 comments:
Umy,
mesti kena terbitkan antologi puisi pula nanti. Lebih ramai yang perlu baca tulisan umy.. :) Umy punya potensi yang sangat besar dan bahasa yang baik.
t.ksh byk2 Jamilah. :') terharunya bila ada kwn yg tak jemu2 menyokong. allahhu allah.
insyaAllah, umy akan usahakan. harus lbh teguhkan niat, lbh banyak mengenal manusia, dan lbh kerap mentadabbur alam.
plg harus, mengenal Allah. :')
akak, rindu..:(
~huda~
eh?
Allah, rinduilah huda lbh dr dia rindu akak dia. :')
heh.
ps: gud, byk komen. hehe. ada pngktn. tp, tp.. akak reply kat sini je okey? xD
okeh kak :)
ameeeeeeeen..
Post a Comment