Tuhan
maaf, untuk terkadang kalinya aku tak mampu
menyembunyikan aib-aib yang terzahir
kerana masih juga dalam selok-belok
hidup, jahiliyah itu masih benar menghantui
jasad dan hati
Tuhan,
ini benar-benar manusiawi, bukan?
dan aku tak pedulikan penghakiman
kerana Maha Adilmu lebih berhak menentukan
namun, jadikanlah aib-aib itu ibrah
moga yang merasainya, tahu bahawa dia tak bersendiri
dan ada yang menemaninya, di jalan mujahadah pahit
peneman itu, mahu sekali; aku, Tuhan!
iringi perjalanan aku dan dia, kuatkanlah aku dan dia
setempang apapun langkah dan sekotor apapun hati
di dalam hati, sesungguhnya aku dan dia tahu
masih terwujud fitrah, masih ada Engkau
selalu, selalu, dan selalu

5 comments:
Dia..
selalu ada......
yakin!
:)
~huda~
saat virus jahiliyah kembali menyerang sedikit demi sedikit, saat itu jugalah kita makin dekat dgn futur. Jujur, futur itu sgt sakit umy. Pernah sekali menyerang diri. Peritnya hanya Allah yg tahu. T_T
Moga Allah sentiasa bagi kekuatan dan ketetapan hati utk terus istiqamah dlm jln ini. Sayang kerana Allah selalu :)
to huda:
sejak pandai komen nie, rajinnya dia komen. inspiring betul nak publish byk2.
ke, dah admire akak? heh.
to nusrah:
Rasulullah pesan, kalau kita berpegang dgn sunnahnya, insyaAllah kita akn selamat.
amin3 ya Allah.
syukran, nusrah. :)
akak yg ajar huda..
ilmu 'itu' kenal amal, ngee~. tak ke?
sory, *kena amal..
Post a Comment