Pages

Tuesday, January 31, 2012

15:40

"Naz, jumpa tak?" 

Menjengul kepala di tepi peti ais, Adyan bertanya. Kelihatan Nazreen tengah sibuk kerosek laci meja studi, masih sibuk mencari.

Anak rambutnya yang terjuntai, disisip ke telinga kanan; rimas. Tangan kiri memegang senduk. Sesekali Adyan terbatuk kecil dengan bau cili yang mula meruap, sudah hampir masak. 

"Ya, Kak. Kejap, tengah cari." 

Perahan asam jawa kemudiannya dituangkan ke dalam kuali sederhana besar. Adyan batuk lagi. Kali ini, matanya terpejam-pejam. Hidung mula terasa berair. 

"Naz! Berapa biji cili awak masukkan ni? Akak tak tahan, tolong kacau kejap!"

Adyan meluru ke sinki, Nazreen pantas menyambut senduk sambil tergelak kecil. 

"Lagi pedas, lagi sedaplah Kak." Adyan membalas sengih, sambil tangan mencapai gelas. Air dituang, lalu dia duduk dan minum. Rasa yang mencucuk kerongkong, beransur hilang. Dia menarik nafas lega. 

"Kak Adyan, tulisan Akak comel. Tapi, ni apa?" Kerusi kayu ditarik keluar, Nazreen melabuh punggung. Kertas yang dipegangnya dihulur.

Adyan sejenak melopong. Kertas lunyai kemudiannya bertukar tangan. Adyan membaca satu-satu. 

"Oh, ni check list Ramadhan tahun lepas." Adyan mengoyak bibir, senyum lagi. "Kenapa tanya?" soalnya.

"Impresif. Tapi, sukses tak? Nak ke Abang buat benda-benda remeh macam tu?" Nazreen menduga. Kali ini, keningnya terangkat. Kedua belah mata membulat, menanti jawapan. 

"Alhamdulillah.." 

Adyan bangun, mencapai balang garam. Satu sudu garam penuh kemudiannya dimasukkan ke dalam kuali. Lalu, dikacaunya rata.

"..walaupun separuh." Adyan menyambung kata. Nazreen terkekeh-kekeh, ketawa. 

"Tapi, yang separuh tulah yang manis. Sebab kekal, sampai sekarang. Macam ni." Secebis gula pula bergantian di tangan Adyan, pemanis ikan kerapu masak masam manis. 

Nazreen hanya diam, memerhatikan. 

"Naz, tomato." Mangkuk berisi potongan tomato yang dibelah empat dihulur. Sekali lagi, gerak geri Adyan diperhatikan tajam.

"Akak, Naz tertanya-tanyalah." Adyan langsung memperlahankan nyalaan api. 

"Hmm?" Ikan goreng di sebelah pula dikalih kedudukan. "Pasal apa?" 

"Macam mana nak jadi baik? Dan pengaruh orang jadi baik?" Sejak akhir-akhir ini, Nazreen banyak soalan. Berbaur kisah-kisah hidup, yang dia sendiri pun tak pasti sebabnya. 

"Jadi diri sendiri." Adyan laju menjawab.

"Kalau kita rasa, diri sendiri pun masih tak baik?" Soal dia lagi.

"Jadilah baik." Adyan membalas, yakin.

"Macam mana?"

"Kawan dengan orang yang baik, duduk dalam persekitaran yang baik. Bersedia nak jadi baik, dan belajar untuk jadi baik." 

Dalam hati, Adyan berbisik-bisik, sudah macam dalam halaqah pula. Persis! Adyan menampal senyum paling manis. Dia pantas mematikan nyalaan api. Letup-letup kecil ikan goreng masih berbunyi. Dua tiga percik terkena tangannya, pedih. Adyan mengaduh.

"Su..sah." Nazreen mengeluh. Pinggan berisi ikan goreng dua tiga ketul dibawa merapat ke meja makan. 

"Siapa kata nak jadi baik, senang? Nak bentuk tabiat, kena praktis hari-hari. Bila dah lama-lama, barulah sebati jadi akhlak kita. Waktu tu pun, belum boleh kata baik. Sebab kita belajar tiap-tiap hari. Ada banyak kelemahan lain lagi yang kita nak fix." 

Nazreen senyap, berfikir. Adyan mencapai kain putih bersih yang tersidai atas kerusi. Tangannya dilap-lap, sebelum duduk bertentangan Nazreen.

"Tapi, semua tu bergantung pada orang. Kalau dia nak, cepatlah dia belajar. Akak rasa kan Naz, yang penting kita mujahadah. Lawan hawa nafsu untuk tak berterusan dengan tabiat yang tak sepatutnya. Dan tak jemu, ubah diri jadi lebih baik."

Nazreen menyedut nafas, dalam-dalam.

"Kalaulah Naz kuat macam Akak.." Nafasnya dihembus kali kedua.

"Nope. Jadi diri sendiri, sebab Akak nak belajar dari Naz, sisi yang Akak tak ada dan tak belajar lagi. So, nanti kita boleh complete each other."

"Kak Adyan, tahu tak apa yang paling manis bila bersama dengan Akak?" 

"Ikan kerapu sweet sour tiap-tiap hari ke?" Adyan melirik anak mata.

Nazreen menggeleng, manja.

"Hmm, biarlah rahsia." Adyan tergelak.

"Eh, jumpa tak charger tadi?"

"Err, tak terjumpa pulak".

Nazreen tergaru-garu kepala. 

[15:40/homey]


_____
“My aim is to put down on paper what 'I see' and what 'I feel' in the best and simplest way.” -Ernest Hemingway

:)!

lelaki kacak.

solusi isu 38; syurga itu benar


maka aku pun baca, setelah tertarik tengok tajuk.

maka tersebarlah cas-cas ke ruang fikir, penulis dia; azzam supardi pun boleh tahan. memang kacak betul, fikrah dan tulisannya.

maka aku pun mengetuk pintu bilik ammar, konon mahu pinjam kamera, buat tangkap satu dua untuk muatkan dalam ruang kenangan. 

maka terpandanglah aku akan ammar (-usai solat Isyak) yang tengah khusyuk berdoa, sambil matanya terpejam-pejam; sungguh-sungguh dengan bibir kumat-kamit tak putus-putus.

maka perlahan-lahan, aku katupkan pintu tak mahu merencatkan bualan-bualan dan sembang-sembang mesranya dengan Sang Kekasih.

maka, tertangguhlah niat tadi. pemikiran seminit dua lalu, yang diracun penulis kacak telah sedikit goyang oleh pengemis yang walau tidak berapa kacak, kelihatannya sungguh tampan dengan tangan tertadah, merayu dalam doa.

maka aku yang sikit-sikit mula yakin, terus menulis buat pedoman:
“hmm, nampaknya lelaki lebih kacak kalau suka berdoa.”

sudahlah kacak depan manusia
kalau depan Allah, oh tampannya 
agak-agak seperti apa?
bidadara Syurga?

00:12

_____
"aku tidak memiliki obsesi agar doa itu terkabul. obsesiku hanyalah keinginan untuk mengucapkan doa. kerana apabila aku terinspirasi untuk berdoa, pengabulan itu pasti datang beriringan, tatkala doa itu diucapkan." -saidina umar al-khattab

(sumber: hlmn. 43)

Monday, January 30, 2012

20:12



waktu terbaca ayat ini:
"oh, yang mencenderungkan hati kepada iman itu ialah Dia, Allah S.W.T!"

"tetapi Allah menjadikan kamu cinta kepada keimanan dan menjadikan iman itu indah dalam hatimu serta menjadikan kamu benci kepada kekafiran, kefasikan dan kedurhakaan." -al-hujurat: 7

sedang dalam jiwa lalu berperang senyap, langsung ada tanda tanya maha besar:
"pernahkah kau rasakan imanmu semanis ini?"

atau sekurang-kurangnya:
"sekali dua, bukan kerana manusia tapi semata cinta demi Dia?"

senyap, tak ketahuan.
tapi terdengar lirih, hati aku sedang sungguh menangis.

"kalau pernah kau rasakan manisnya iman,
bolehkah kau bimbing aku, kawan?
ajarkan aku terbang ke langit Tuhan?"

_____

Sunday, January 29, 2012

22:02


ajarkan hati, tak meragui saat terdengar seseorang yang tak terduga, bercakap tentang cinta Allah. saat itu mungkin hatinya sedang kembali kepada fitrah, dan dia sedang sungguh-sungguh merindui TuhanNya! 

dengarkanlah,
dia sedang dekat dengan Penciptanya.

09:15


"sepi atau riuh,
ada cerita yang tak pernah kita tahu,
tinggalkan menghukum."



______
jan/12
terminal butterworth
kredit pic: crowded

Friday, January 27, 2012

Aku Romeo.


untuk sisi gelap bulan berkawah yang tak ternampak
kita lihat sinar terang cahayanya sempurna,
malah termaktub dalam syair-syair pemuisi, indah
dan demi bulan juga, sering pula Juliet ditipu Romeo

untuk sisi gelap aku yang Kau selindungkan
dan terang cahaya aku yang dipertonton
jangan Kau biar aku tenggelam dalam
penipuan, yang boleh jadi
akulah, Romeonya!

_____
"she was like the moon, part of her was always hidden away." -anon

menatap matamu.

keterujaan mencuba-cuba mp sony merah kehitaman Syirah yang baru, maka kedengaranlah lagu 'menatap matamu' yang agak slow di telinga. paras volume lalu sengaja dikuatkan sedikit.

"..ku ingin dirimu 
dekat di hatiku 
berdua kita kan raih bahagia 
ku ingin dirimu turut merasa 
rasa rindu untuk menatap matamu 
menatap matamu.."

--

buku masih di tangan, dan mata masih tak lepas menatap bait-bait indah salim a.fillah, hinggalah sampai ke part ini;

"pada engkau yang belum menikah, katakan padaku saat kau rasa nikmatnya pandangan pertama, apa yang terbit di ufuk hatimu? sudahkah engkau bersegera menunjuk dada dan bertanya, "akankah ada barakah dalam pernikahan kita?"

hmm? (terkelu)

dan untuk buku ini, saya rasa Rosemarie Urquico patut tulis, 
"..or better yet, date marry a girl man who writes.."

"menatap matamu", 
kebetulan yang sungguh mengesankan, bukan? 

:') 


Thursday, January 26, 2012

16:34 p.m


"orang terdekat kita, selalu punya kata paling tepat buat kita, bukankah? 
alangkah, kalau jiwa ini pun selalu merasakan kedekatanNya."


Wednesday, January 25, 2012

kopi pagi ini: "matlamat kita, sama".


"ternyata pertentangan yang wujud antara jemaah menyebabkan ia mengambil tempat dan bentuk yang sama di Malaysia. tidak banyak usaha dibuat supaya perbezaan dalam kepelbagaian menemukan titik persamaan dan seterusnya menghasilkan sinergi yang tinggi.

kelainan yang ada merupakan suatu kekuatan disebabkan terdapat sasaran yang berbeza, tetapi pada hakikatnya mereka menuju cita-cita yang sama. muzakarah dan dialog sewajarnya menyuburkan perkongsian ilmu, maklumat dan pengalaman.

ia menjadi tuntutan pada masa kini dan masa depan kerana umat Islam di rantau ini memerlukan model-model yang praktis supaya Islam tidak sahaja dianuti dan dihayati secara individu dan jemaah, tetapi akhirnya perlu diterjemahkan ke dalam sistem.

sekiranya ada muafakat yang baik dalam kalangan jemaah yang ada, ia menjadikan kekuatan umat makin terserlah. perkara yang harus kita sepakati ialah pendekatan antara jemaah dan sasaran yang dijadikan fokus mungkin berbeza, tetapi etika yang sama tetap disuburkan.

cari titik persamaan antara jemaah, dan kurangkan perbezaan yang ada. jika demikian, tenaga kerja yang berkualiti dapat dipusatkan ke arah agenda yang lebih besar."


_____
-solusi isu ramadhan; wehdah menuntun kekuatan ukhwah, prof dr. sidek baba, hlmn. 65

-quoted; ramadhan 1432 h

Tuesday, January 24, 2012

(iii).


kau seperti titis-titis air
jatuh dari pili, di penghabis
tak ternampak si tangan tadi

kalau boleh aku tanya,
terlewatkah memberi
atau ikhlaskah,
kau sembunyi?


_____
(how i met myself; iii)
sinki/ basuh pinggan |=,=|'

himm; i
himm; ii

14:41 p.m


My rating: 4 of 5 stars








DIDIKAN ALLAH UNTUK BAKAL MANUSIA HEBAT (hlmn. 28-33)

saya hampir berdiri kerana terlalu seronok mendengar kesimpulan anak muda itu. bangga dengan keupayaannya menangkap teladan.

"cuma satu saja, ustaz" ujarnya.

"apa dia?" saya mahu tahu.

"apa hikmahnya Allah beri saya terlihat dan terpandang kelemahan ayah serta ibu?" soalnya jujur.

"hmm. bagi seorang anak yang 'bahagia', apa hendak semua dapat, semuanya elok-elok belaka. kamu rasa dia sedar tak dengan satu kelemahan yang boleh berlaku pada dirinya?" saya menjawab dengan soalan.

"tidak. apa dia ustaz?" dia sedikit kebingungan. 

"dia tidak biasa dengan kekurangan. dan tidak biasa menguruskan kelemahan. jika dia tidak sedar dengan hal itu, bersediakah dia untuk menghadapi kekurangan suaminya apabila dia berkahwin nanti? bersediakah dia untuk menghadapi kekurangan anak-anaknya apabila dia menjadi ibu nanti? kamu rasa bagaimana?"

"mungkin bersedia. mungkin tak bersedia. entah!" kata remaja itu.

"tapi kamu, kerana sudah belajar menerima dan menguruskan kekurangan ibu bapa, kamu bersedia tak andai kata suami kamu nanti ada kekurangan, anak-anak ada kekurangan?" saya menyambung, tanya.

"bersedia!" katanya dengan yakin.

"rupa-rupanya, kekurangan ibu dan bapa kamu itu, adalah didikan Allah untuk menjadikan kamu manusia hebat satu hari nanti. insyaAllah. kamu yakin?" saya membuat kesimpulan.

--

MEREBUT SAHAM ANAK MUDA (hlmn. 57-61)

anak muda kurang pengalaman. sedangkan pengalaman adalah guru yang berbeza berbanding ilmu. jika ilmu mengajar manusia menjadi alim (berilmu), pengalaman membentuk manusia menjadi hakim (bijaksana). 

itulah kekurangan anak muda. masa belum banyak memberikan pengalaman hidup, dan ilmu yang ada belum dimatangkan dengan pengalaman yang perlu. 

berbeza dengan orang tua yang lebih dewasa. mereka menempuh dan menyaksikan pelbagai kitar usia manusia. banyak peristiwa yang berlaku dan percubaan demi percubaan yang pernah diambil di sepanjang perjalanan hidup telah pun sampai kepada natijahnya. cause and effect banyak yang sudah dilangsaikan dan semua itu menajamkan pemerhatian serta pandangan orang tua. 

justeru, bagi si anak muda, berdampinglah dengan orang tua. bertalaqqilah kalian menadah pengalaman mereka. minta nasihat dan bimbingan mereka, sabarkan diri dengan karenah mereka. 


______
ps:

we're never too old to keep learning.
peace yaww. :')


Sunday, January 22, 2012

kadang-kadang kita hanya perlu diam; rasakan manisnya kurnia pagi, dan..



... syukur!

Uban.




Tuhan, 'tuk setiap detik
memutihnya rambut hitam dia,
dari pangkal ke hujung
kerana -ku

tanggapkanlah ia seperti memutihnya
dosa-dosa hitam dia
demi mendiami
SyurgaMu!


_____
cc: ummi walid 
ps: nah, untuk ummi. walid juga! :)

Friday, January 20, 2012

Makanan.

pride and prejudice


tipu!

ia hanya sebahagian dari makanan cinta. sebab makanan cinta bagi Muslim, ialah cinta kepada Allah. sebab kataNya, kalau Dia cinta, seluruh makhluk langit bumi pun akan turut mencintai hamba yang dicintai. bukankah ini, baru dinamakan makanan cinta?

dalam satu sesi kelas translation semester lepas, pernah Ustaz Akmal berkata, "penyair adalah se 'pembohong-pembohong' manusia."

tapi.. tapi..
aku suka je!

heh heh

_____
“sesungguhnya Allah SWT jika mencintai seorang hamba, maka Dia memanggil malaikat Jibril dan berkata: “wahai Jibril, aku mencintai orang ini maka cintailah dia!” maka Jibril pun mencintainya, lalu Jibril mengumumkannya kepada seluruh penduduk langit dan berkata: “wahai penduduk langit, sesungguhnya Allah mencintai orang ini, maka cintai dia.” maka seluruh penduduk langit pun mencintainya. kemudian orang itu pun dicintai oleh segenap makhluk Allah di muka bumi ini.” (hr bukhari)

Harga Karya Hidup.


jangan kau gantungkan senyummu
pada Mona Lisa, pinjamkan dia
demi ribuan memuja lukisan mati

letakkan penuh di bibirmu
supaya alam pun menikmati
manis wajah pada karya hidup

subhanallah 

_____
ps: awak cantik, bila awak senyum. hai si cantik :)

Thursday, January 19, 2012

Tolong, jangan pergi.


andaikan kau Pahit, datang ke
hati, memualkan maksiatku
mahu saja aku, kau di situ
berlama-lama atau
tolong, jangan pergi

Wednesday, January 18, 2012

Tinggi.


"tempat yang 'tinggi' selalunya mahal"



_____
kredit pic: rapunzel tower

jatuh cinta sekali lagi.

bismillah.

satu hari, mungkin. mungkin kau akan mempersoalkan cinta pertamaku. 

dan aku akan membalasmu dengan pertanyaan.

"cinta pertama dari jenis yang mana? nafsu atau Allah? kalau nafsu, cinta aku terbahagi-bahagi banyaknya. kalau kerana Allah, selain dirimu, sesungguhnya pernah ada yang lain."

cemburumu takkan mematikan cintaku. dan aku akan terus jatuh cinta, tanpa pernah henti. cuma sikit atau banyak, terukur pada sedalam mana imanku pada Allah.

dia mengajar aku tentang cinta. bahawa cinta itu harus diupayakan. kita yang mencari dan membinanya, bukan diam sendiri-sendiri tak mempedulikan, tertunggu-tunggu terbitnya sendiri ke hati. menunggu cinta itu, aku perlu bungkuskan dalam doa saban hari. walau tak setangkas yang lain, dia tak pernah putus asa menyapa, dan menyambut aku hari demi hari. walau kelibat aku sekali sekala, dan gerak aku lambat-lambat dan payah. oh Tuhan, payah sekali!

dia mengajarku bahawa tiada redha dalam kelemahan. kerana Allah ciptakan manusia itu sebaik-baik ciptaan. dia percaya bahawa akal, hati dan jasad manusia itu bisa bergerak tanpa batas asalkan ada mahu, azam, dan usaha. kelemahan dan keaiban dikurangkan, potensi dan kelebihan dicambah-cambahkankan demi agama. hanya agama.


ah, dan mahukah kau tahu? jahitan pada langsir, cadar, sarung kusyen, bantal di rumah kita bermula dari jelujur, sembat, silang pangkah senget dan hodoh, yang tak pernah aku mahir dan err..tak pernah aku minat juga! 

dan dia takkan pernah mematikan semangatku. dia akan terus bersabar, belajar bersamaku. menegurku, membimbingku, mencintaiku sepenuh hatinya. dia akan meletakkan dirinya di tempatku, menunjukkan aku ke jalan yang benar. 

paling mengesankan, dia bawa aku kepada cinta pertama. dia mengajarku tentang hidup yang Allah redha. dia tak pernah cemburu, kalau aku ada cinta yang lain. kata dia, kita saling mencintai di atas jalan ini. malah dia mendidik aku teknik memikat hati, bercinta, dan mengekalkan cinta! malah dia mengajar aku supaya mencari dan membentuk cinta! bukankah dia unik? 

katanya, dia mahu aku ada di Syurga. bersamanya dengan yang lain, memetik buah-buah manis dari amal-amal di dunia. 

dia hanya aku mahu jadi baik. perempuan yang baik pada pandangan Allah. lebih baik dari hari ke hari. dia selalu mengulang-ulang kata Hasan Al-Banna: 

"Islam ialah sistem yang syamil merangkumi seluruh aspek kehidupan. Islam adalah negara dan watan atau pemerintahan dan ummat, akhlak dan kekuatan atau rahmat dan keadilan, kebudayaan dan undang-undang atau ilmu dan kehakiman, material dan harta benda atau usaha dan kekayaan, jihad dan dakwah atau tentera dan fikrah, sebagaimana ia juga adalah aqidah yang benar dan ibadah yang sah."

dia sangat mengharapkan dalam diriku, ada kesemua itu! dan dia mendidikku ke arah itu, tanpa pernah jemu. membentuk peribadiku, menyampaikan ilmu, menggalakkan pembacaan, mengasah kemahiran, dan lain-lain. dia mahu aku mencintai, dan mengamalkan Islam secara total. dan menunjukkan hal yang sama pada yang lain. hanya itu.

dan bila kau tanyakan siapa, aku pasti diam, senyum, dan membalasmu jujur dan yakin: 

"akhawat."

dan aku, pasti akan jatuh cinta;
sekali lagi.

_____
"ah, dan mahukah kau tahu? jahitan pada langsir, cadar, sarung kusyen, bantal di rumah kita bermula dari jelujur, sembat, silang pangkah senget dan hodoh, yang tak pernah aku mahir dan err..tak pernah aku minat juga!" -harapnya dialog nie jadi kenyataan. amin.

Allah, aku mahu belajar dan jadi lebih baik. hmm T.T

Thursday, January 12, 2012

untuk kesemua Kerna.

kerna

kau adalah bahagian roh agungNya (al-hijr:29)
dan muliamu tertancap, saat tanpa ragu
Dia membangga-bangga tentangmu di kalian 
ahlul yang taat-setaatnya (al-baqarah:34)

kerna

demi hancur lebur gunung (al-hasyr:21)
yang berpasak teguh, kukuh
diam lemahmu tetap berani 
menggonggong seketul amanah 
dari tujuh langit berlapis-lapis

kerna 

dari magis lorek pena agung Maha Tinggi
Dia ukirkan namamu indah,
sebaik-baik ciptaan (at-tiin:4)
dan karya alam ditundukkan untuk 
kau nikmati bebas, istimewa 

kerna

kau bahagian dari umat
Muhammad, pemuda agung
kekasih Allah, langsung imam
nabi-nabi mulia di medan suci
Al-Aqsa!

kerna 

padamu perempuanku
rusuk pilihan tangan Pencipta
khusus, tak terbahagi-bahagi
khusus, tak bercampur-campur

kerna

padamu perempuanku
terletak ar-Rahimnya
memenuhi jiwa baru
bersih lagi persih

kerna

demi basah liur 
di khutbah wida' Rasul
yang darahnya suci
yang peluhnya wangi
tentangmu perempuanku
diulang-ulang
disebut-sebut

dan untuk kesemua 
kerna yang termiliki
jujur cetek akal
dan gelap hati pun
sudi, malah tak
kalah akurnya;

kita sesungguhnya
lebih damba
penghormatan, 
jauh dari
perhatian


_____
"too much girls want attention, not enough want respect." (anon) T.T

"Allah, tundukkanlah emosi, arahkanlah kelembutan, cenderungkanlah keistimewaan, lorongkanlah fitrah dan betulkanlah langkah pesong atau sasar dengan IMAN, IMAN, IMAN,IMAN.." 

Wednesday, January 11, 2012

12:08 p.m


"..belajarlah dari kekuatan Yusuf A.S meneguhkan prinsip dan memapankan hati. pada ketika isteri Al-Aziz mengunci pintu-pintu istana kejap-rapat-mati, untuk pemuda berjiwa rabbani, pada Allahlah harapan memuncak dan meninggi. dan bila kaki meluru pantas merapati, mampir pertolongan 'Dia', terbukalah pintu, dan terselamatlah diri.." 
ah, betapa setiap HARAPAN, doa dan tawakal dalam sesuatu (mendekati kebaikan atau meninggalkan kemungkaran), perlu LANGKAH AWAL dari kita! sebagaimana Yusuf meletakkan harapan pada Allah, (Yusuf: 23) dan berlari pantas meninggalkan kemungkaran (Yusuf: 25), walau dengan logik akal, mana mungkin pintu terbuka. 


______
ps: ayat ini, macam agak related dengan ayat semalam. :)

*wastabaqa dalam ayat ni, kata Sheikh Abd Nasir Jangda; sprinted atau berlari pantas. subhanallah, bahasa Arab ada makna yang sangat daqiq (precise) untuk setiap perkataan.

Tuesday, January 10, 2012

09:31 p.m


sesuatu yang terasa BERAT untuk ditinggakan, hakikatnya BUKAN datang dari hasutan syaitan atau bisikan nafsu, tapi dari KEMAHUAN diri yang TAK bersungguh-sungguh. (Taha: 115) 
"mencintai Allah, sangat sukar kan? padanlah SyurgaNya sangat mahal. hmm."

______
ps: struggle!

Gerabak.


kalau dakwah dan tarbiyah itu gerabak, perlahan tapi bergerak, aku tetap mahu menunggumu. hingga klimaksnya; kelibatmu dari hujung gerabak melambai-lambai padaku. dan aku pasti akan menangis haru! 
sekalipun tak ternampak, aku akan tetap yakin, kau ada di stesen seterusnya. dan aku takkan pernah berhenti menunggu dan mengharap untuk itu. 
Allah, kabulkan!







 _____
#sebijikmacamfilemhindustan, tapi better kot sebab matlamat kita menuju Allah, bukan akhir-akhirnya orang jahat mati. =,=' shall WE LEARN.. together? :')


*kredit: train

Sunday, January 8, 2012

06:55 a.m

"saya selalu mengharapkan perubahan dalam diri orang yang saya sayang. sangat sayang! dan tiap-tiap hari saya berdoa untuk tu. tapi, dalam doa hari ni, baru saya realize, yang saya tak boleh berdoa semata. tak cukup! tapi, saya harus cari, koreksi dan tulis setiap kesalahan, kejahilan, dosa-dosa kecil atau besar yang masih ada dalam diri, untuk diubah, diperbaiki, dan dibersihkan satu persatu. barulah mungkin, Allah akan makbulkan, dan akan ternampak perubahan-perubahan yang sama, dalam diri orang yang saya sayang. sangat sayang! hmm." 

Saturday, January 7, 2012

“duduk dengan senyap, lihat kita dalam dunia."

kita simpankan cebis hujung malam buat berbicara. tentang kau dan aku, tentang duduk jatuh bangun kita dalam permusafiran bertemu Tuhan. 

dan kita sama menyemak, kertas-kertas dalam halaman kuning penuh tercatat, dosa noda. tak terlupa, bukti kasih tulus cinta, yang kita rangkum dalam amal-amal hari ini, buat Dia. 

dan aku mahu kau katakan dengan jujur, setulusnya: 

"masih penuh lagi dosa kita. masih kurang lagi amal kita
pegang tangan aku, dan kita akan cepatkan langkah,
bersama; menujuNya!" 


_____
i just love being a life long learner. 
shall WE learn,
.. together? :')

10:01 a.m


'keramahan' di luar, selalu memalingkan sedar aku, tentang 'keriuhan' yang bersangatan di dalam  
dan aku mula belajar;
adakalanya, kita butuh waktu buat 'lari' sekejap
demi menyepikan, kepikukan dalam hati 
antara kita,
dan Allah!

Friday, January 6, 2012

Promise Yourself.

“Promise Yourself 
To be so strong that nothing 
can disturb your peace of mind. 
To talk health, happiness, and prosperity 
to every person you meet. 

To make all your friends feel 
that there is something in them 
To look at the sunny side of everything 
and make your optimism come true. 

To think only the best, to work only for the best, 
and to expect only the best. 
To be just as enthusiastic about the success of others 
as you are about your own. 

To forget the mistakes of the past 
and press on to the greater achievements of the future. 
To wear a cheerful countenance at all times 
and give every living creature you meet a smile. 

To give so much time to the improvement of yourself 
that you have no time to criticize others. 
To be too large for worry, too noble for anger, too strong for fear, 
and too happy to permit the presence of trouble. 

To think well of yourself and to proclaim this fact to the world, 
not in loud words but great deeds. 
To live in faith that the whole world is on your side 
so long as you are true to the best that is in you. ” 


― Christian D. Larson

"I can't ruin my relationship with Allah for a few moment of pleasure."

"I can't disappoint Allah".  
"I can't disobey Allah".  
"I can't ruin my relationship with Allah for a few moment of pleasure." 
"I can't.."
-Sheikh Abd. Nasir Jangda; Fighting Temptation



07:15 a.m

kalau wanita itu rumah, maka yang paling aku takuti adalah tanganku sendiri. yang dengan tanpa sengaja atau tidak tersedar, membuka pintu kepada laluan-laluan fitnah. paling malang, pada diri aku sendiri.
"..jagalah Allah. Allah akan menjagamu.." 




_____
"tidak aku tinggalkan fitnah selepasku, yang lebih boleh membawa mudarat kepada lelaki, selain wanita." 
(hr riwayat al-bukhari)

Thursday, January 5, 2012

Blanques.


bila bercakap, walau ketika hati ingin menipu, kita takkan mampu menahan mata yang akan selalu jujur membenarkan. 
dan bila cuba-cuba menyembunyikan, kita akan mula gelabah dan teragak-agak, dan akhirnya akan termalu-malu sendiri mengenangkan. 
--

bila tulis, kita boleh menyisihkan sebahagian dari rasa-rasa yang kita mahu, hanya Dia dan kita saja yang tahu!   
syukur aku, pada tangan yang Kau pinjamkan untuk aku sorokkan rasa-rasa lain; hanya Engkau dan aku.   
hanya Kita.



______
blanc- wiktionary

Adjective

blanc m (feminine blancamasculine plural blancsfeminine plural blanques)
  1. white

*hmm lapaq lah! =,=

dia yang Dia catatkan untuk aku.



pada perkiraan alam,  pertemuan kita lumrah
antara dua makhluk bumi

pada takdir langit, kau mungkin merah, atau ungu
atau coklat atau kuning yang mewarnakan lukisan hidup aku

pada 'tulisan' Penguasa, kau sesungguhnya sebahagian dari 'akan' dan 'pernah'
 yang tercatatkan dalam kitab hidup aku


bukankah wajar aku katakan? 
kau istimewa,

birdy-boo!



_____
ps: syukur, dan hargai nikmat alam! :')
satu pagi-iium

Wednesday, January 4, 2012

Dia takkan berkata begini..

"..bilakah ingatanmu padaKu adalah semata kerinduan dan bukan pengaduan?
dan bilakah yang dilagukan hanya cerita-cerita Kita, dan bukan dia, dia?.."
..tapi, leluhur hati, dan suara cinta kita 
yang akan mengatakannya begini.

hmm.

Tuesday, January 3, 2012

lima belas minit sebelum; "please stop writing".



meriah senyum pandang
yang kau hidang dengan hangat
nafas-nafas Fusha, lulus
mengkagumkan

tapi, tapi maaf
kertas-kertas aku belum
cukup ramah untuk dikagumkan

hmm, sorry ustad T.T





______
"Allah tak tengok 'A' pun kakak, tapi itu ke yang terbaik, kakak dah buat?" -anis
ok, usaha lagi

Monday, January 2, 2012

"i don't love studying. i hate studying. i like learning. learning is beautiful." -natalie portman

cukup-cukuplah teori-teori, nota-nota, hukum-hukum, rumus-rumus menghentam, menyepak, memukul dan memecahkan dinding otakmu. giliran kau, melumat-lumatnya jadi akhlak dalam peribadi. lagi pula, siapa kata Islam itu sempit? siapa kata Al-Quran untuk semata dihafal? jangan-jangan, kau sendiri?






______
"..dengannya (Islam) mereka berhukum, demi kejayaannya mereka berjihad, di atas kaidah-kaidahnya mereka bergaul dan berinteraksi, serta pada batas-batasnya mereka mengatur setiap urusan dari urusan-urusan kehidupan dunia yang operasional, sebelum nantinya akhirat yang spiritual. semoga Allah berkenan memberi rahmat kepada sang khalifah perdana tatkala beliau berkata, "seandainya tali untaku hilang, tentu aku akan mendapatkannya dalam kitabullah.." hasan al-banna, rpim II, hlmn. 67

masakan apa yang aku belajar ni, tak relate langsung dengan Islam? Allah, mintak maaf; aku tak betul-betul study. T.T hmm

Sunday, January 1, 2012

"siapa bilang lelaki saja?"


ketika kesedihan terasa menyala-nyala terangnya, kekecewaan termengah-mengah mengejar, kebongkakan cuba menawan, dan aku hilang arah, kabur, kacau, dan silau dengan terang; diam-diam sembunyiku di gua. nyata kesedihan tenggelam gelap. kekecewaan, ketakutan malah kebongkakan tak menemukan. dan bila sepatah hairanmu menanyakan, "di mana?" sepatah yakinku menjawab, "sujud!"


______
"when a man is stressed, he will withdraw into the CAVE of his mind and focus on solving a problem.." -john gray, chapter 3: "men go to their caves, and women talk" pg.29

khabar dari Cairo.


dan bila deras bibir Nil
sampai pada Tuhan
terkucup hatiku
mata pun basah






hey si gadis, yang manis!


mengapa dilihat buruknya dia, sedang Allah mencipta manusia dengan keistimewaan yang berbeza-beza? bukankah dengan kelebihannya kita belajar sesuatu yang baru, untuk lebih mendekati SyurgaNya? itu kan lebih manis?   
Allah, ajarkan hati menelan yang pahit. 
Allah, ajarkan hati menikmati yang manis.



_____
"hey si gadis yang manis,
senyum di bibir terlukis.."
-black dog bone, 80 -an.

wewwr. :')