solusi isu 38; syurga itu benar
maka aku pun baca, setelah tertarik tengok tajuk.
maka tersebarlah cas-cas ke ruang fikir, penulis dia; azzam supardi pun boleh tahan. memang kacak betul, fikrah dan tulisannya.
maka aku pun mengetuk pintu bilik ammar, konon mahu pinjam kamera, buat tangkap satu dua untuk muatkan dalam ruang kenangan.
maka terpandanglah aku akan ammar (-usai solat Isyak) yang tengah khusyuk berdoa, sambil matanya terpejam-pejam; sungguh-sungguh dengan bibir kumat-kamit tak putus-putus.
maka perlahan-lahan, aku katupkan pintu tak mahu merencatkan bualan-bualan dan sembang-sembang mesranya dengan Sang Kekasih.
maka, tertangguhlah niat tadi. pemikiran seminit dua lalu, yang diracun penulis kacak telah sedikit goyang oleh pengemis yang walau tidak berapa kacak, kelihatannya sungguh tampan dengan tangan tertadah, merayu dalam doa.
maka aku yang sikit-sikit mula yakin, terus menulis buat pedoman:
“hmm, nampaknya lelaki lebih kacak kalau suka berdoa.”
sudahlah kacak depan manusia
kalau depan Allah, oh tampannya
agak-agak seperti apa?
bidadara Syurga?
00:12
_____
"aku tidak memiliki obsesi agar doa itu terkabul. obsesiku hanyalah keinginan untuk mengucapkan doa. kerana apabila aku terinspirasi untuk berdoa, pengabulan itu pasti datang beriringan, tatkala doa itu diucapkan." -saidina umar al-khattab
(sumber: hlmn. 43)
(sumber: hlmn. 43)
2 comments:
Assalamualaikum umy.
Lelaki dan perempuan yang taat Tuhan dan tiada malu meminta-minta pada Tuhan adalah lelaki kacak pada nilaian manusia apatah lagi Tuhan mereka.
P/S: Internet pagi lebih laju. Saya pun malas online malam. hehe...
w'salam wrt :)
subhanallah! comel sungguh ayat fatin. itu sgt betul xD
jap, umy nak edit tambah kat ayat last tu. thanks fatin, memang brilliant :]
ps: alhamdulillah, dah dpt cek result~
Post a Comment