"ternyata pertentangan yang wujud antara jemaah menyebabkan ia mengambil tempat dan bentuk yang sama di Malaysia. tidak banyak usaha dibuat supaya perbezaan dalam kepelbagaian menemukan titik persamaan dan seterusnya menghasilkan sinergi yang tinggi.
kelainan yang ada merupakan suatu kekuatan disebabkan terdapat sasaran yang berbeza, tetapi pada hakikatnya mereka menuju cita-cita yang sama. muzakarah dan dialog sewajarnya menyuburkan perkongsian ilmu, maklumat dan pengalaman.
ia menjadi tuntutan pada masa kini dan masa depan kerana umat Islam di rantau ini memerlukan model-model yang praktis supaya Islam tidak sahaja dianuti dan dihayati secara individu dan jemaah, tetapi akhirnya perlu diterjemahkan ke dalam sistem.
sekiranya ada muafakat yang baik dalam kalangan jemaah yang ada, ia menjadikan kekuatan umat makin terserlah. perkara yang harus kita sepakati ialah pendekatan antara jemaah dan sasaran yang dijadikan fokus mungkin berbeza, tetapi etika yang sama tetap disuburkan.
cari titik persamaan antara jemaah, dan kurangkan perbezaan yang ada. jika demikian, tenaga kerja yang berkualiti dapat dipusatkan ke arah agenda yang lebih besar."
_____
-solusi isu ramadhan; wehdah menuntun kekuatan ukhwah, prof dr. sidek baba, hlmn. 65
-quoted; ramadhan 1432 h
4 comments:
Banyak jalan,
Satu pengakhiran.
senyum. (^___^)
_________________
umy, masuk la sayembara anjuran ITBN tu. Ada kategori kumpulan puisi (30 puisi), kumpulan cerpen (10 buah) dan novel. :) boleh tengok di blog kak nisah haron.
hihi.
psst: buku apakah yang sedang dihadam?
seperti kata2 terkenal daripada IHAB: kami bersepakat atas perkara yang sama dan taa3zur pada perkara yang berbeza.
Bagi mira, yang diperlukan adalah iman yang tinggi supaya salamatus sodr mampu berdiri. Pertimbangan akal mendepani emosi. ;)
..dan satu kata2 yang juga disukai: bersepakat bukan bermaksud melebur
walaupn wadah berbeza, tp matlamat tetap sama :)
Ya Allah, berkati kami.
to jamilah:
ya, cumanya kdg kita mgkn t'salah jln atau trsilap meletak matlamat.
utk elak kita b'taqlid buta dan mengikut 'org' lain, atau skdr meniru2 'warisan' ibu bapa, iman dan ilmulah yg akan memandu utk selalu buat pilihan yg tepat.
mg Allah pelihara. :)
amin3 ya Rabb
t.ksh jamilah, utk iklan tu
ermm, murabbi cinta tak hbs lg.
umy tukar2 buku. hehe~ xD
td singgah popular kat sini, tp tak jumpalah buku jamilah, huhu =,='
to mira:
iman yg kuat; hmm itulah elemen yg umy rs kita msh sgt lacking. tmbh2 kalau pentarbiyahan tak dibenihkan secukup2nya, atau diri sendiri yg msh 'sombong'. (kpd: diri sendiri) T.T
bimbang kita b'politik (bkn semata parti) tanpa arah, dgn tujuan yg tak jelas. sbb tue lah kan, emosi selalu terlebih2, tak rasional dan kurang matang?
ya Allah, indahnya kalau kita antara 10 pemuda yg HAB harap2kan.
hmm? :)
to huda:
amin3 :')
ya Allah, luruskan niat dan jalan kami. amin3.
____
hah, bercakap mmg mudah~
Post a Comment