My rating: 4 of 5 stars
DIDIKAN ALLAH UNTUK BAKAL MANUSIA HEBAT (hlmn. 28-33)
saya hampir berdiri kerana terlalu seronok mendengar kesimpulan anak muda itu. bangga dengan keupayaannya menangkap teladan.
"cuma satu saja, ustaz" ujarnya.
"apa dia?" saya mahu tahu.
"apa hikmahnya Allah beri saya terlihat dan terpandang kelemahan ayah serta ibu?" soalnya jujur.
"hmm. bagi seorang anak yang 'bahagia', apa hendak semua dapat, semuanya elok-elok belaka. kamu rasa dia sedar tak dengan satu kelemahan yang boleh berlaku pada dirinya?" saya menjawab dengan soalan.
"tidak. apa dia ustaz?" dia sedikit kebingungan.
"dia tidak biasa dengan kekurangan. dan tidak biasa menguruskan kelemahan. jika dia tidak sedar dengan hal itu, bersediakah dia untuk menghadapi kekurangan suaminya apabila dia berkahwin nanti? bersediakah dia untuk menghadapi kekurangan anak-anaknya apabila dia menjadi ibu nanti? kamu rasa bagaimana?"
"mungkin bersedia. mungkin tak bersedia. entah!" kata remaja itu.
"tapi kamu, kerana sudah belajar menerima dan menguruskan kekurangan ibu bapa, kamu bersedia tak andai kata suami kamu nanti ada kekurangan, anak-anak ada kekurangan?" saya menyambung, tanya.
"bersedia!" katanya dengan yakin.
"rupa-rupanya, kekurangan ibu dan bapa kamu itu, adalah didikan Allah untuk menjadikan kamu manusia hebat satu hari nanti. insyaAllah. kamu yakin?" saya membuat kesimpulan.
--
MEREBUT SAHAM ANAK MUDA (hlmn. 57-61)
anak muda kurang pengalaman. sedangkan pengalaman adalah guru yang berbeza berbanding ilmu. jika ilmu mengajar manusia menjadi alim (berilmu), pengalaman membentuk manusia menjadi hakim (bijaksana).
itulah kekurangan anak muda. masa belum banyak memberikan pengalaman hidup, dan ilmu yang ada belum dimatangkan dengan pengalaman yang perlu.
berbeza dengan orang tua yang lebih dewasa. mereka menempuh dan menyaksikan pelbagai kitar usia manusia. banyak peristiwa yang berlaku dan percubaan demi percubaan yang pernah diambil di sepanjang perjalanan hidup telah pun sampai kepada natijahnya. cause and effect banyak yang sudah dilangsaikan dan semua itu menajamkan pemerhatian serta pandangan orang tua.
justeru, bagi si anak muda, berdampinglah dengan orang tua. bertalaqqilah kalian menadah pengalaman mereka. minta nasihat dan bimbingan mereka, sabarkan diri dengan karenah mereka.
______
ps:
6 comments:
buku bru ke kak? hehe
~huda~
yerp
tp pinjammm~
adik punya
beli la satu, huda
best xD
Dah ada 3 edisi Aku terima Nikahnya di rumah.Juga sudah khatam. Best! :)
to fatin:
kalau macam tu, maknanya kita minat genre yg samalah :)
fatin ada akaun goodreads? nak request jd kawan xD
umy, anda adalah orang yg mengibarkan kembali semangat sy utk membaca. jazakillah dan tahniah. heh. (jangan kembang sangat, takut susah nak kuncup balik nti :P )
but seriously, lepas umy tnya pasal goodreads hari tu, sgt jeles dgn mereka yg ulat2 buku nih.. XD
rasa betapa loser bila sikit je bahan bacaan yg berjaya dihadam dan diamalkan..
Alhamdulillah, skrg dah ad smgt balik. Rasa macam masuk balik pertandingan nilam kat sekolah.. haha :D
o yeah?
hehe
alhamdulillah :')
kan?
dah join GR Malaysia tak?
kat situ lglah ramai org yg 'gila' buku
link : http://www.goodreads.com/group/show/465.Goodreads_Malaysia
tp smgt nilam umy tak macam dulu la
malas buat review
hehu~
errr, tp kan.. dulu pun tak rajen jugak. hahah xD
selamat m'baca!
Post a Comment