Pages

Tuesday, January 31, 2012

15:40

"Naz, jumpa tak?" 

Menjengul kepala di tepi peti ais, Adyan bertanya. Kelihatan Nazreen tengah sibuk kerosek laci meja studi, masih sibuk mencari.

Anak rambutnya yang terjuntai, disisip ke telinga kanan; rimas. Tangan kiri memegang senduk. Sesekali Adyan terbatuk kecil dengan bau cili yang mula meruap, sudah hampir masak. 

"Ya, Kak. Kejap, tengah cari." 

Perahan asam jawa kemudiannya dituangkan ke dalam kuali sederhana besar. Adyan batuk lagi. Kali ini, matanya terpejam-pejam. Hidung mula terasa berair. 

"Naz! Berapa biji cili awak masukkan ni? Akak tak tahan, tolong kacau kejap!"

Adyan meluru ke sinki, Nazreen pantas menyambut senduk sambil tergelak kecil. 

"Lagi pedas, lagi sedaplah Kak." Adyan membalas sengih, sambil tangan mencapai gelas. Air dituang, lalu dia duduk dan minum. Rasa yang mencucuk kerongkong, beransur hilang. Dia menarik nafas lega. 

"Kak Adyan, tulisan Akak comel. Tapi, ni apa?" Kerusi kayu ditarik keluar, Nazreen melabuh punggung. Kertas yang dipegangnya dihulur.

Adyan sejenak melopong. Kertas lunyai kemudiannya bertukar tangan. Adyan membaca satu-satu. 

"Oh, ni check list Ramadhan tahun lepas." Adyan mengoyak bibir, senyum lagi. "Kenapa tanya?" soalnya.

"Impresif. Tapi, sukses tak? Nak ke Abang buat benda-benda remeh macam tu?" Nazreen menduga. Kali ini, keningnya terangkat. Kedua belah mata membulat, menanti jawapan. 

"Alhamdulillah.." 

Adyan bangun, mencapai balang garam. Satu sudu garam penuh kemudiannya dimasukkan ke dalam kuali. Lalu, dikacaunya rata.

"..walaupun separuh." Adyan menyambung kata. Nazreen terkekeh-kekeh, ketawa. 

"Tapi, yang separuh tulah yang manis. Sebab kekal, sampai sekarang. Macam ni." Secebis gula pula bergantian di tangan Adyan, pemanis ikan kerapu masak masam manis. 

Nazreen hanya diam, memerhatikan. 

"Naz, tomato." Mangkuk berisi potongan tomato yang dibelah empat dihulur. Sekali lagi, gerak geri Adyan diperhatikan tajam.

"Akak, Naz tertanya-tanyalah." Adyan langsung memperlahankan nyalaan api. 

"Hmm?" Ikan goreng di sebelah pula dikalih kedudukan. "Pasal apa?" 

"Macam mana nak jadi baik? Dan pengaruh orang jadi baik?" Sejak akhir-akhir ini, Nazreen banyak soalan. Berbaur kisah-kisah hidup, yang dia sendiri pun tak pasti sebabnya. 

"Jadi diri sendiri." Adyan laju menjawab.

"Kalau kita rasa, diri sendiri pun masih tak baik?" Soal dia lagi.

"Jadilah baik." Adyan membalas, yakin.

"Macam mana?"

"Kawan dengan orang yang baik, duduk dalam persekitaran yang baik. Bersedia nak jadi baik, dan belajar untuk jadi baik." 

Dalam hati, Adyan berbisik-bisik, sudah macam dalam halaqah pula. Persis! Adyan menampal senyum paling manis. Dia pantas mematikan nyalaan api. Letup-letup kecil ikan goreng masih berbunyi. Dua tiga percik terkena tangannya, pedih. Adyan mengaduh.

"Su..sah." Nazreen mengeluh. Pinggan berisi ikan goreng dua tiga ketul dibawa merapat ke meja makan. 

"Siapa kata nak jadi baik, senang? Nak bentuk tabiat, kena praktis hari-hari. Bila dah lama-lama, barulah sebati jadi akhlak kita. Waktu tu pun, belum boleh kata baik. Sebab kita belajar tiap-tiap hari. Ada banyak kelemahan lain lagi yang kita nak fix." 

Nazreen senyap, berfikir. Adyan mencapai kain putih bersih yang tersidai atas kerusi. Tangannya dilap-lap, sebelum duduk bertentangan Nazreen.

"Tapi, semua tu bergantung pada orang. Kalau dia nak, cepatlah dia belajar. Akak rasa kan Naz, yang penting kita mujahadah. Lawan hawa nafsu untuk tak berterusan dengan tabiat yang tak sepatutnya. Dan tak jemu, ubah diri jadi lebih baik."

Nazreen menyedut nafas, dalam-dalam.

"Kalaulah Naz kuat macam Akak.." Nafasnya dihembus kali kedua.

"Nope. Jadi diri sendiri, sebab Akak nak belajar dari Naz, sisi yang Akak tak ada dan tak belajar lagi. So, nanti kita boleh complete each other."

"Kak Adyan, tahu tak apa yang paling manis bila bersama dengan Akak?" 

"Ikan kerapu sweet sour tiap-tiap hari ke?" Adyan melirik anak mata.

Nazreen menggeleng, manja.

"Hmm, biarlah rahsia." Adyan tergelak.

"Eh, jumpa tak charger tadi?"

"Err, tak terjumpa pulak".

Nazreen tergaru-garu kepala. 

[15:40/homey]


_____
“My aim is to put down on paper what 'I see' and what 'I feel' in the best and simplest way.” -Ernest Hemingway

:)!

3 comments:

Umairah. said...

tambahan:

---
Bila tak ada orang, itulah diri kita yang sebenar. Apa yang kita amal, kita buat, baik atau buruk, itulah tabiat kita. Itulah akhlak kita.

Untuk bentukkan tabiat yang baik, perlu ilmu. Dengan ilmu, akan terbezalah baik atau buruk, dan betul atau tidak. Perlu banyak latihan, untuk kekal beramal. Perlu masa, untuk terbiasa. Perlu mujahadah, untuk lawan sisi jahat dalam diri. Perlu kawan dan persekitaran yang baik untuk menegur, membina dan menyokong.

Lama-lama terbiasa, tak akan ada lagi rasa penat, dan tak perlu lagi susah-susah orang lain untuk suruh buat ini atau itu. Sebab mungkin, waktu itu sudah jadi sebahagian dari akhlak dalam diri. Bila dilihat orang lain, dia pula yang akan terikut-ikut.

Sebab, action speaks louder than words, kan?

Erghh.

Harapnya sem depan ada sisi lemah yang diperbaiki.
Bersedia untuk belajar.
Optimis.

Allah, Kau dengar kan?
Aku mahu jadi lebih baik, demi mewariskan akhlak yang baik.

Hmm.
---

:')

Sidratul Muntaha said...

Selingan:

Amalan yang kita praktiskan lebih daripada 40 hari berturut-turut siang dan malam selalunya akan menjadi habit, tabiat, kerinduan dan kesukaan.Bila tidak dilakukan akan terjadilah 'Something is missing. Apa lagi yang aku tak buat hari ni?'

Jazakillah Umy. Bermakna entry ni. :')

Umairah. said...

to fatin:

jzkk jugak fatin. fatin selalu bg komen yg b'makna utk umy. :)