Pages

Thursday, December 9, 2010

Tempang.

Kalau sentiasa memikirkan hidup ini sentiasa sukar dan susah, rasanya sampai bila-bila pun kita tidak akan punya keyakinan untuk belajar. Hakikatnya, keberanian itu sememangnya telah ada, cuma masanya untuk menonjol hanya datang sekejap-sekejap, dan datangnya bukan selalu.

Entah. Betul ke? Heh.

Rasanya, ya lah kot. Untuk orang macam saya.

Saya rasa, bisikan dari dalam pun boleh jadi keyakinan juga. Cuma, belum sampai ke tahap maksimum, atau mungkin belum ada penyebab kukuh untuk dia betul-betul yakin dan bertindak.

Saya selalu ulang ayat yang sama. Siapa cakap mengubah diri suatu benda yang senang? Mudah? Sangat-sangat susah untuk menuju kesempurnaan. Saya rasa. Saya melaluinya. Kadang-kadang, rasa tidak sabar. Penat. Ada saja ruang yang perlu diperbaiki sebelum menuju kesempurnaan.

Macam sekarang. Macam hari ini. Masa ini. Detik ini. Ketika ini. Huu.

Nak berlawan dengan perasaan "takut", "tak reti", "susah", "payah", "apa orang kata", "penat", dan banyak hal lain yang menuntut diri untuk berkorban. Perasaan, persekitaran, pengalaman lampau, orang-orang sekeliling semuanya mainkan peranan.

Fuuuh.

Apapun, bila sama-sama belajar dalam suasana tarbiyah sebegini, saya rasa sedikit tenang. Dengan berpegang pada satu prinsip yang sama, "kita merelakan diri ditarbiyah, dan kita belajar mentarbiyah", itu buat hati rasa lapang sedikit. Tiada satu orang pun yang hebat dari semua sisi. Dia tetap memerlukan orang lain, untuk membantu dia mengubah diri. Dalam hal ini, tiada yang hebat. Tiada yang di atas, atau bawah. Kita sama-sama belajar. Kalau salah, ulang lagi, sampai berjaya. Hanya itu.

Kalaulah setiap daripada titis air sentiasa memikirkan yang dia takkan mampu jadi laut, manakan mungkin wujudnya laut saat ini. Kalaulah setiap dari butiran pasir asyik merasakan yang dia tak mampu jadi pantai, maka tiadalah pantai.

Kan?

Cumanya, harus ada keterbukaan hati untuk belajar. Lawan semua perasaan yang entah apa-apa dalam hati, lalu dengan ikhlas, reda, buka hatinya kita belajar balik, walaupun dari mula.

Jujur. Saya kagum dengan akhowat. Sungguh-sungguh.

Apa yang tak boleh, pasti boleh. Apa yang susah, pasti mudah. Cakap saja apa saja. Dari bab masak-memasak di dapur, sampailah ke bab kelantangan bersuara dalam dewan setiap kali daurah, mukhayyam dan sebagainya. Saya belajar erti pengorbanan masa, tenaga, wang ringgit. Saya belajar erti senyuman yang setiap kali singgah di bibir. Saya belajar berlapang dada setiap kali ada saja perasaan yang menyesak dada. Saya belajar bersedia untuk belajar, dan sentiasa membuka diri dan hati untuk belajar. Walaupun perlahan-lahan, sikit demi sikit.

Subhanallah.

Belajar erti hidup, belajar ubah diri, belajar apa saja, hakikatnya indah. Nikmat. Cuma, prosesnya agak berat dan menuntut pengorbanan. Perlu kuat berlawan dengan hati dan perasaan. Dengan keeogan yang mencengkam diri. Dengan rasa cukup apa yang telah termiliki.

Hermm.

Kadang-kadang, memang. Memang ada gangguan. Ada sekatan. Ada apa saja halangan yang akan membantutkan perjalanan. Tak dinafikan, dan saya mungkin antara orang yang paling kerap mengalaminya. Jatuh, bangun balik. Terduduk, berdiri balik.

Hahh.

Mohon Allah kuatkan hati, lapangkan dada, jernihkan akal untuk terus belajar tanpa henti.

Learning is fun.

Jangan takut buat silap. Hilangkan rasa malu yang tak bertempat. Yakinkan diri. Optimis.

Terima kasih pada yang tak putus-putus memberi, saat saya sedang dahaga. Tak pernah mengutuk atau mengeji, tapi dengan hati seikhlasnya terus mengajar dan mendidik. Terima kasih kerana menerima diri ini seadanya.

Terima kasih.

Saya sesungguhnya belajar. Sedang belajar. Sentiasa akan belajar.

Allah itu ada. Sentiasa ada. (Al-Ankabut: 69)
:)




mukhayyam arabi

keramat.

2 comments:

sesape jer said...

Salam.
teringat satu cerita. Yakni saat Muawiyyah bertanya kepada seorang sahabat Ali(waktu tu Ali dah meninggal), Dhirar ibn Dhamrah al-Kinani. Dia meminta Dhirar menceritakan mengenai Ali dihadapan sahabat2 yang lain pada waktu itu. Tapi Dhirar kata semoga Muawiyyah tak marah dia. Jadi Muawiyyah pun kata ok, dia takkan marah. Dhirar pun ceritalah sifat2 baik Ali dan semuanya yang baik2. Dhirar cerita sambil menangis tersedu-sedan. Muawiyyah pun waktu Dhirar cerita tu menangis tersedu-sedan sambil cakap "Demi Allah, memang benarlah apa yang engkau katakan tentang ayah si Hassan itu. Moga2 Allah merahmatinya."
Hal ini menunjukkan bahawa walaupun terjadi pergaduhan antara Ali dan Muawiyyah yang mana para ulama kata kebenaran lebih berpihak pada Ali(tapi tidak perlu dipertikaikan kenapa2 sebab keduanya ahli syurga), Muawiyyah mengajar sahabat yang ada pada waktu itu untuk melihat kepada sifat2 Ali. Maknanya, kita perlu belajar bukanlah pada orang tertentu, tapi pada semua orang. Barangkali mungkin orang itu tampak gersang akhlaknya, tapi sebenarnya kita lagi gersang sebab bergelar pelajar pada tanah yang gersang tu. Jadi, betullah, kita selamanya pelajar walau diatas atau dibawah kedudukan kita. Wallahua'lam
- :)sori terpanjang. sekdar perkongsian bersama.

Umairah. said...

salam dik.
terima kasih atas perkongsian.
panjang lagi pun takpe.
:)

take care.