malam selalu merayap dengan ingatan,
memori, kenangan dan peristiwa lampau. kita disogokkan dengan pertanyaan
demi pertanyaan dan jawapan demi jawapan. kita diputarkan dengan jarak
dan masa lalu tentang kita yang sebelumnya.
kita
kembali menjejak bekas tinggalan berupa alamat, kata-kata bahkan foto
untuk menemukan diri yang sekian lama ditinggalkan. ah, kita langsung
dipegunkan dengan sebuah rindu yang sesungguhnya!
dan
aku tiba-tiba sahaja tersedar bahawa meromantiskan masa lalu,
berlama-lamaan dengan kenangan tidak akan mendatangkan keberhasilan atau menguntungkan apa-apa. cukuplah
sekadar menjejak untuk mengimbau apakah masih berdiri kaki, adakah
masih berteguh hati untuk perjalanan yang lebih jauh dan panjang?
"pulang itu bukan soal berkemas dan kembali ke rumah, sayang. pulang berarti merevisi keputusan dan menata ulang." - alivia sasa.
4 comments:
atau masa lalu itu fungsinya untuk menguatkan.
(teruskan menulis ukhti :)
http://offer.gearevo.com//ref/Yx21475636
Semoga dimurahkan rezeki selalu
Hi Admin! Tumpang iklan jap ya. KUALITI YANG MEMUKAU MATA ANDA DARI Al Aqsa Carpets. Boleh klik link bawah untuk lihat produk yang ada dan serta promosi sepanjang bulan ramadhan.
Barang Berkualiti Dengan Harga Kilang!
https://www.alaqsacarpets.com/
Post a Comment