Pages

Sunday, February 23, 2014

Milestone I.

bismillah


rindu masa-masa ini di Sumaiyyah!

suatu ketika dulu, saya pernah tuliskan ini;
"bermimpi tentang yang indah-indah selalu membuat kita ‘kan punya sesuatu. abadi ter-milik-kan, selamanya!

menghafal al-Quran, contohnya.
meski sejuzuk cuma.

bermimpilah!"

sebab, nyatanya orang-orang yang kita cinta, harta benda, duit gaji, semuanya akan hilang dan lenyap. sedangkan harapan, sama ada ia membesar atau mengecil, tidak akan pernah lenyap selagi kita mahu terus bermimpi.

saya berharap untuk hal-hal yang sama. mimpi-mimpi yang sama, harapan-harapan yang sama tercantum erat, moga Tuhan sudi memeluknya satu persatu, persis kata Andrea Hirata.

dan, awak juga.


untuk Kak Ramlah.

bismillah

"umy, kita mesti selalu bercakap dan berfikir tentangnya, selalu berkorban untuknya, selalu merindukannya, selalu berbuat untuknya, barulah kita akan mencintainya!"

ini adalah jawapan kepada pertanyaan aku kepadanya suatu ketika dulu; "bagaimana untuk mencintai dakwah?"
dan tersedar aku, kau pula kini menjadi subjek yang kebelakangan, aku sering ulang sebut, ulang cakap, dan ulang fikir.
rawwrr!

IKHLAS.


"Allah, fix my heart"
ikhlas itu akan bergema ke langit-langit, menggegar arasy Allah.
sebagaimana azan Bilal bin Rabah yang terdengar ke langit, bukti penyembahan makhluk. sebagaimana tangisan para malaikat ketika roh jasad Saad bin Muadz diangkat, merapat dan mencium langit.

ikhlas itu antara ada atau tiada, malaikat pun tak tercatat, bahkan syaitan pun tak terusik. kerana urusan ikhlas, cuma milik keduanya; antara hamba dan Tuhannya.

Allah, ikhlaskan aku.

Saturday, February 22, 2014

SEORANG ESKAPIS DI HUJUNG MINGGU.



mengapa membaca itu nikmat?

nyatanya, kita boleh mencelah ke 'hidup' orang lain, menjiwai bahkan mencintai sepenuh-penuhnya, tanpa menyakiti atau disakiti.

juga bebas berlari keluar, dengan rasa yang sama!

Putih.

"entah, mungkin sebab dari belakang dengan tanpa wajah, dia tampak sangat diam, halus, senyap, sepi, sembunyi, tidak riuh, tidak kalut, rahsia, dan sangat tenang, tapi tetap, masih, -ada!"

Friday, February 21, 2014

PELABURAN DALAM CINTA

bismillah

"pesona mereka memancar dari kematangan mereka" - serial cinta, anis matta; hlmn. 79

kita tak rugi apa-apa apabila lebih mempeduli bersih kotornya hati. meski harus miskin perhatian, sekat hiburan, tahan lorong dan jalan, dan apa-apa yang membuat kita begitu keras pada pandangan, meski kita terlalu ingin mendekati bahkan mencintai!

sebab di sinilah terlihat petanda dan bukti. betapa hanya orang yang bersungguh-sungguh mencintai kita dengan nama Tuhan, dia akan melalui jalan-jalan yang benar untuk sampai ke hati.

sifirnya mudah; dia tetap akan datang, kalau dia jujur mencintai. dia tetap akan datang, kalau Allah mengkehendaki.

kita tak akan pernah rugi apa-apa. 

dan ini, sebagai jaminan.
"dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik."
(al-Ankabut: 69)

sisi al-kahfi (i)

bismillah

hormatlah dirimu, nescaya sesiapa pun akan menghormati dirimu. orang bertindak mengikut tindakan, tutur kata, cara percakapan, buah bicara, sikap, pergaulan kita.

mengulang kisah pemilik dua kebun, harga dirinya diletak cuma pada kekayaan dan kemewahan yang dimiliki. hancur kesemuanya, maka turut hancurlah harga diri. 

untuk kita-kita ini, semahal apa harga yang diletakkan pada diri? sejauh itulah juga, manusia 'membeli'nya daripadamu!

Allah, Kaulah sebaik-baik pemelihara.

jagakan hatiku, perindahkan dalamannya,
agar yang luar pun terwarna indahnya!

 ______
"only the person who has faith in himself is able to be faithful to others". - erich fromm.

 ps: jum'ah mubaarokah!

Thursday, February 20, 2014

TEGAR.

bismillah

ada prinsip yang harus sedia tertanam dalam diri. biar sejuta kali pun kita digoyahkan, sejuta kali juga kita tak tergugah. biar dengan siapa-siapa, kita masih kita. biar di mana-mana (luar atau dalam, zahir atau batin, nampak atau sembunyi), kita masih kita. biar dipengapa-apa, kita masih kita. 

bina prinsip-prinsip itu dalam diri; tahu salah benar. kenal jauh dekat. arif dalam cangkat. faham agama, faham diri, sedalam-dalamnya. jangan terpisah jauh dari rabbani, kerana sekular bukan fahaman kita. biar kita yang mengubah bukan diubah. biar kita yang mencorak, bukan dicorak. biar kita yang mewarna, bukan diwarna.

paling penting, dalam banyak-banyak hal, usah memaksakan hingga orang benci. biar ianya semulajadi tersibghah, kerana begitu cintanya pada kita, begitu hormatnya pada kita. itu filsuf kita.

duhai, jadilah perempuan yang lembut, terbuka, tetapi berprinsip!

kawan-kawan yang aku peduli;

bismillah

(i)

jujur dan berterus-terang, meski menyakitkan adalah lebih baik dari mendiamkan, tetapi tidak benar. sekurang-kurangnya 'talinya' terputus, dan dia boleh bangkit dan berdiri semula. bukan tertunggu-tunggu dengan harapan-harapan yang diterbitkannya sendiri.

tolong, duhai lelaki, jujurlah dan bertegaslah.  

"the fastest way to make me disengage or shut me down from you is to show me you dont care." - yasmin mogahed

(ii)

berhati-hati dari bersangka-sangka, berwaspada dari panjangnya angan adalah lebih baik dari mencipta ilusi-ilusi indah sendiri, tetapi tidak benar!

tolong, duhai perempuan, berwaspada dan beringatlah. 

"protect yourself from your own thoughts" - rumi


Monday, February 17, 2014

Perempuan Penentang.

bismillah

penolakan atau “rejection” dalam apa-apa hal, (temuduga, idea, soalan, permintaan) apa-apa sahaja, tidak dapat tidak pasti akan menumbuhkan “frustration” atau kekecewaan. kita akan pura-pura bahagia dan gembira, demi menutup segala kesedihan. ataupun hilang dan bersembunyi, kerana begitu takut untuk sakit dan terluka. 

namun untuk usia 24 tahun, saya belajar untuk ‘terjun’ ke dalam kesedihan, ‘berenang’, dan ‘lemas’, hinggalah saya betul-betul menghayatinya. malah, menghadapinya dengan seberani-beraninya walaupun kekuatan yang ada tidak sekencang mana. 

sebab, selagi kita tidak merasai dengan sebetul-betulnya, maka kita tidak akan pernah menemukan solusi dan ubatnya. kita tidak akan belajar mengenal ‘kekuatan’ dan ‘keupayaan’ diri, lebih-lebih lagi kita tidak akan belajar mengenal asma’ dan sifat Allah. 

bahawa dia as-Sami’ (Maha Mendengar), al-Basir (Maha Melihat), al-‘Aleem (Maha Mengetahui).

paling saya suka, rejection selalu memberikan saya ruang untuk berfikir dan merasional, serta kesempatan untuk merenung dan bermuhasabah. menguji niat di awal, semasa, dan akhir, merawat keikhlaslan dan kesungguhan hati, memperbaiki ‘syak’ (ragu) atau ‘dzhon’ (sangkaan), membuatkan saya tidak terburu-buru dan tergesa-gesa, mengajarkan sabar, dan terpaling penting, selalu menghubungkan diri dengan Pencipta. 

bahawa jika saya berniat baik di awalnya, mengikhlaskan hati setulus-tulusnya, maka urusan-urusan seterusnya Dia sahajalah yang akan memperbaiki dan menguruskannya. maka, rejection juga termasuk dalam bahagian takdir-Nya. 

harga diri bukan terletak pada penerimaan atau penolakan sesiapa atau apa-apa. bukan tertakluk pada definisi sesiapa atau apa-apa. 

hadapi saja, yang penting mencuba. kalau Dia menginginkan, maka Dia pasti akan memudahkan.

"cari perempuan mulia yang menentang sehingga mati, cari perempuan yang menentang meskipun sudah mati." - faisal tehrani, perempuan nan bercinta

..menentang 'ketakutan' sendiri!

ps: blergh, macam putus cinta sejak kebelakangan membaca tentang Hamka :P

Friday, February 14, 2014

ONE WORD FROM YOU.

bismillah

dua hari lepas, usai program Seminar dan Forum Buku Perdana, anjuran YPBN (Yayasan Pembangunan Buku Negara), saya cuba-cuba mengaplikasikan apa yang didapatkan.

dalam banyak-banyak yang diperolehi, saya paling gemar dengan kata-kata Che' Det tentang penulisan. kata beliau;



"tulislah, meski sekurang-kurangnya sekitar kejadian yang berlaku pada diri kita. pada waktu ini, ia mungkin tidak penting. namun, mungkin akan digunakan pada seratus tahun akan datang. dan dengan menulis, kita hakikatnya mengekalkan pemikiran kita"

beliau akan membawa sebuah buku nota kecil ke mana-mana, untuk dituraskan semua pemerhatian, pengalaman, idea dan perasaannya. inilah yang didapatkan dari mana-mana penulis sekalipun. buku nota adalah kawan paling rapat, yang paling mafhum aduh dan keluh kesah si penulis.

maka semalam, saya menulis seberapa banyak yang saya lihat, fikir, dan rasa. saya tuliskan kesemuanya, dengan sejujur-jujur yang mungkin.

dan, apakah hasilnya?

--

rupa-rupanya menulis ini sebenarnya makhluk jembalang berwajah dua. dia bagaikan cermin yang menayangkan semula wajah kita, meski hanya untuk diri sendiri. dia memberitahu kita, kita sudah tidak serajin dahulu membelek lembaran-lembaran umat, terutamanya Syria dan Palestin. dia memberitahu kita, kita terlalu peduli tentang diri sendiri berbanding masyarakat. dia memberitahu kita, apa yang paling mendominasi jiwa dan akal kita, hingga curahannya adalah hal-hal yang itu-itu sahaja!

dia jujur sekali menayangkan apa yang kita lihat, kita baca, kita fikir, kita dengar, kita tonton, kita rasa, dan kesemuanya! dia memberitahu kita, kita sedang bersangatan tenat, sarat, dan kronik. dia malah tahu, saat-saat kita 'bercinta' dengan apa dan siapa. dia cukup maklum, dengan masalah-masalah dan halangan-halangan kita. malah, dia cukup kenal dengan fikrah, idea, falsafah, dan gagasan apa yang sedang kita junjung. 

dan dia adakalanya memberitahu kita, untuk 'diam' sekejap, berfikir dan bermuhasabah semula. betapa wajah kita ini hitam, dan hati kita kotor. dia sedang menuntut kita memenuhkan apa yang perlu dipenuhkan. mengisi apa yang seharusnya diisi. meletakkan prioriti pada yang selayaknya, dan mencintai urusan-urusan yang sewajarnya.

dia memberitahu kita, ada sesuatu yang tidak kena, dan kita perlu baiki dari dalam. agar hati yang jernih berupaya menghasilkan fikiran yang jernih, serta curahannya juga adalah hal-hal yang jernih.

dia memberitahu kita? bukan, sebetulnya dia sedang memberitahu saya.
hmm.

ah, saya benci menulis!

"..one word from you will silence me on this subject forever" - mr. darcy; pride and prejudice, jane austen

sebab, dia selalu mampu mendiamkan saya.

Wednesday, February 12, 2014

MANUSIA-MANUSIA YANG MEMANUSIAKAN.

bismillah

pada saya, 'kecocokan' (compatibility) seseorang dengan seseorang yang lain, bukan pada tinggi rendah ilmu, atau duduk letak status dan kedudukannya, atau jauh bezanya sifat, sikap dan sebagainya. 

secara peribadi, saya selalu merasakan 'dekat' dengan seseorang yang saya 'selesa' berkomunikasi dengannya tentang apa-apa sahaja. apa-apa isu, tanpa hukuman ataupun ekspektasi. 

sederhananya, begitu. 

sebab ada sahaja yang 'biasa-biasa' sahaja ilmu dan pengetahuannya tentang sesuatu, tetapi dia mampu membuat hati saya terasa begitu rendah dan kerdil. ada sahaja yang cukup tinggi ilmunya, namun dia tidak pernah membuat saya terasa kekok, malah dengan 'izzah (bangga), saya mampu berkongsi apa sahaja yang difikirkan; idea, pengalaman, pendapat, impian, atau apa-apa sahaja!

atau paling tepatnya, orang yang membuatkan saya terasa "ya", pada setiap soalan ini, cukup dengan hanya menjadi dirinya sendiri;

"is this person really good for 'my growth' as an individual? for my mental, physical, emotional, and spiritual health and security?" source

namun, sesiapa sahaja yang kita temukan, istimewanya tetap, masih ada. saya sangat suka dengan kata-kata kahlil gibran yang satu ini;

"i have learned silence from the talkative, toleration from the intolerant, and kindness from the unkind; yet strange, i am ungrateful to these teachers."

hmm?

--

"Allah, i want to find a person that i could 'grow' together with" - sharmee
sederhananya, begitu.
ameen.

ps: i miss u(s).

Wednesday, February 5, 2014

untuk sebuah tanya dan jawab;

bismillah

pernah kita rasa kekok dan janggal untuk diam yang sangat lama? pernah kita menduga-duga dan bertanya-tanya untuk senyap yang panjang? pernah kita cuba mencari-cari isu, topik, ayat, bahkan perkataan semata-mata untuk membunuh sunyi berdua? pernah kita resah gelisah sebab untuk waktu yang lama, kita tak termampu mengeluarkan sepatah kata pun? 

pernah kita rasa mahu sekali didengarkan untuk satu-satu detik? pernah kita terlalu ingin bercerita meski segugup dan sekencang apapun? pernah kita berani bersuara dengan bebas, tanpa berfikir sedetik pun hujah-hujahnya? pernah kita meluncurkan kata tanpa sebersalah untuk dihakimi atau diduga? pernah kita dengan lancar, mengakur lemah atau kurang? bahkan saat megah dan gagah sekalipun!

tak aku temukan melainkan asbab yang paling kukuh;

kita selesa dengan orang itu, kalau kita boleh berdiam dengan sangat lama, atau bercakap dengan sangat panjang. 

pernahkah kau temukan, walau seorang?

--

iklan:
nah, kumpul duit jelajah sini. bolehlah saya tempah dua tiga buah, huu ;)

Tuesday, February 4, 2014

"and they read. and they write. and they know each other. and they were all beautiful" - quoted

bismillah 

(nah, kalau rajin baca) :)



on writing, stephen king

on writing, stephen king


bird by bird, anne lamott

bird by bird, anne lamott

bird by bird, anne lamott



note:
best books on writing and reading

Sunday, February 2, 2014

urusan Cinta belum selesai;

bismillah

i.

belek-belek telefon pintar, pagi tadi Ummi meluahkan sesuatu. tanyanya;

"patut dak Umi keluar dari group whatsapp ni?"
"kalau Umi rasa, 'keluar' boleh lebih 'menjaga' hati Umi"

terkadang, bukan bersebabkan orang lain yang begitu dan begini, atau sifulan itu dan ini, tetapi hati kita sendiri yang belum lagi 'melepasi' tahap ujian tertentu. barah-barah hati yang penularannya, tidak mampu dikawal sebaik-baiknya. maka, mencegah itu lebih baik berbanding merawat, bukan? atau kata paling tepatnya;

 "it's not you that i'm rejecting, it's my heart that i'm protecting." 

sebagaimana mafhum hadis Rasulullah S.A.W;

"antum a'lamu bi umurid dunyakum"
"engkau lebih mengetahui tentang urusan duniamu"
(hr. Muslim)

maka, teruntuk urusan hatimu, engkau pasti lebih mafhum tentangnya. 


ii.


suku daripada buku ini, membuatkan saya merefleks banyak hal tentang manusia. tentang keinginannya, perasaannya, emosinya, baik lelaki mahupun perempuan. khususnya, tentang cinta yang selalu 'disampahkan', atau dibuat menjadi hal-hal yang cukup ringan dan mudah. paling mengecewakan, apabila ia turut dilucahkan!

terkesan dengan luahan Ummi pagi tadi, tentang bagaimana anak muridnya, seorang budak perempuan yang meluahkan perasaan 'cinta'nya pada seorang budak lelaki. tak terjangkau dek fikiran, untuk murid di tahun dua ini, melukiskan figur dan bentuk tubuh lelaki dan perempuan, dalam gambaran dan aksi yang tidak sewajarnya. untuk menuliskan secara terang-terangan pun, saya jadi malu, hmm

saya tidak merasakan untuk seorang budak perempuan secilik ini, boleh membayangkan bentuk 'hubungan' yang sejauh itu. namun mungkin, itulah kefahamannya tentang apa itu cinta. maka, dengan cara itulah dia menginterpretasikan dan menterjemahkan cintanya. 

sebagaimana 'cinta' yang dihidangkan padanya, maka itulah yang dilihatnya, difahaminya, diambilnya, dan diterjemahkan melalui perbuatan.

 "no matter which category you may or may not fall into, as a single adult, you want to feel loved by the significant people in your life. you also want to believe that others need your love. giving and receiving love is at the centre of every single adult's sense of well being. if you feel loved and needed, you can survive the pressures of life"
- gary chapman, the five love language; pg. 17
"we seem to refuse to face the obvious fact that most of us spend our lives trying to find love, trying to live in it, and dying without ever truly discovering it"
- prof leo buscaglia via gary chapman; pg. 19

namun, bukankah miskin sekali, kalau pencarian 'definisi' cinta adik kecil tadi, ditemukan kefahamannya cuma atas kertas, malah sebatas lukisan itu?

sayang sekali!

pernah saya quote kata-kata Ustaz Hasrizal di facebook, dirakam dan disimpan kemas di dalam folder buat diulang tatap oleh saya sendiri. harapnya, tiada salahnya untuk dikongsikan di sini, meskipun beliau telah menghentikan akaunnya sepenuhnya.

pendapat peribadi, saya merasakan begitu banyak manfaat dan kebenarannya dalam kata-kata ini. ulasnya; 
"apabila kita membaca, berfikir dan berbual tentang topik-topik tinggi berbentuk falsafah, ekonomi, etika dan peradaban, memang kita langsung tidak punya selera untuk memandang, apatah lagi mendengar diskusi tentang topik cinta dan rumahtangga. 
apatah lagi dalam suasana hari ini, topik cinta telah diperbodohkan dengan pelbagai konsep merapu, terutamanya di kampus-kampus, bersama penceramah-penceramah yang merimaskan. saya juga sudah bersara daripada membicarakan. 
saya berhenti bercakap tentang cinta bukan kerana saya menyesal menghasilkan buku Aku Terima Nikahnya dan menyampaikan ratusan ceramah berkaitan dengannya suatu ketika dahulu. saya berhenti kerana dosnya sudah berlebihan. 
namun nasihat saya kepada anak-anak muda yang berpemikiran canggih, jangan berlebihan mengangkuhkan diri terhadap persoalan cinta dan pengurusan rumahtangga. apabila konflik rumahtangga timbul, isteri merajuk menangis, mertua buat hal, berbalah adik beradik, anak meragam tak kena masa, semua falsafah yang kita belajar akan hanya termenung di tepi gelanggang. dan akhirnya OTOKRASI TEOKRATIK sahaja penyelesaian yang sempat dicapai tangan.
bersederhanalah dalam segalanya."

Allah itu ar-Rahman, Allah itu ar-Raheem, Allah itu al-Wadud, Allah itu ar-Rauuf, mana mungkin agama ini tidak menawarkan cinta? sedangkan Rasulullah juga diutuskan sebagai rahmatan lil 'alameen.

moga kita mampu memahami, memberi, dan menterjemahkan bahasa cinta dengan sebenar-benarnya. 

"allahhumma faqqihna fiddeen". 


iii.

"I meet singles like Robert, a senior in college, who told me; "I never understood my roomate until I read your book." - pg. 12

tahukah anda, setiap daripada kita ada bahasa cinta tersendiri? menguasainya, akan membuatkan hubungan kita dengan sesiapa sahaja akan menjadi lebih baik (insyaAllah). ibu bapa, adik-beradik, anak-anak, kawan-kawan, mutarabbi, teman serumah, kawan sepejabat, dan sebagainya. 

moga jauh dari 'menghukum', tetapi terlebih dulu 'merasional', 'memahami' dan mewujudkan 'empati'.

i.   words of affirmation
ii.  gifts
iii.  act of service
iv. quality time
v.  physical touch

jaga-jaga, saya sedang menelaah bahasa cinta ni. 
heh ;P

ps: tahukah anda, "urusan Cinta belum selesai" adalah tajuk novel? kredit tajuk entri, -Imaen.