Pages

Friday, February 14, 2014

ONE WORD FROM YOU.

bismillah

dua hari lepas, usai program Seminar dan Forum Buku Perdana, anjuran YPBN (Yayasan Pembangunan Buku Negara), saya cuba-cuba mengaplikasikan apa yang didapatkan.

dalam banyak-banyak yang diperolehi, saya paling gemar dengan kata-kata Che' Det tentang penulisan. kata beliau;



"tulislah, meski sekurang-kurangnya sekitar kejadian yang berlaku pada diri kita. pada waktu ini, ia mungkin tidak penting. namun, mungkin akan digunakan pada seratus tahun akan datang. dan dengan menulis, kita hakikatnya mengekalkan pemikiran kita"

beliau akan membawa sebuah buku nota kecil ke mana-mana, untuk dituraskan semua pemerhatian, pengalaman, idea dan perasaannya. inilah yang didapatkan dari mana-mana penulis sekalipun. buku nota adalah kawan paling rapat, yang paling mafhum aduh dan keluh kesah si penulis.

maka semalam, saya menulis seberapa banyak yang saya lihat, fikir, dan rasa. saya tuliskan kesemuanya, dengan sejujur-jujur yang mungkin.

dan, apakah hasilnya?

--

rupa-rupanya menulis ini sebenarnya makhluk jembalang berwajah dua. dia bagaikan cermin yang menayangkan semula wajah kita, meski hanya untuk diri sendiri. dia memberitahu kita, kita sudah tidak serajin dahulu membelek lembaran-lembaran umat, terutamanya Syria dan Palestin. dia memberitahu kita, kita terlalu peduli tentang diri sendiri berbanding masyarakat. dia memberitahu kita, apa yang paling mendominasi jiwa dan akal kita, hingga curahannya adalah hal-hal yang itu-itu sahaja!

dia jujur sekali menayangkan apa yang kita lihat, kita baca, kita fikir, kita dengar, kita tonton, kita rasa, dan kesemuanya! dia memberitahu kita, kita sedang bersangatan tenat, sarat, dan kronik. dia malah tahu, saat-saat kita 'bercinta' dengan apa dan siapa. dia cukup maklum, dengan masalah-masalah dan halangan-halangan kita. malah, dia cukup kenal dengan fikrah, idea, falsafah, dan gagasan apa yang sedang kita junjung. 

dan dia adakalanya memberitahu kita, untuk 'diam' sekejap, berfikir dan bermuhasabah semula. betapa wajah kita ini hitam, dan hati kita kotor. dia sedang menuntut kita memenuhkan apa yang perlu dipenuhkan. mengisi apa yang seharusnya diisi. meletakkan prioriti pada yang selayaknya, dan mencintai urusan-urusan yang sewajarnya.

dia memberitahu kita, ada sesuatu yang tidak kena, dan kita perlu baiki dari dalam. agar hati yang jernih berupaya menghasilkan fikiran yang jernih, serta curahannya juga adalah hal-hal yang jernih.

dia memberitahu kita? bukan, sebetulnya dia sedang memberitahu saya.
hmm.

ah, saya benci menulis!

"..one word from you will silence me on this subject forever" - mr. darcy; pride and prejudice, jane austen

sebab, dia selalu mampu mendiamkan saya.

2 comments:

Anonymous said...

umyyyyyyy

*hantuk kepala sendiri dekat dinding*

Umairah. said...

jangannnnn
jangannnnn

:P