Pages

Sunday, February 2, 2014

urusan Cinta belum selesai;

bismillah

i.

belek-belek telefon pintar, pagi tadi Ummi meluahkan sesuatu. tanyanya;

"patut dak Umi keluar dari group whatsapp ni?"
"kalau Umi rasa, 'keluar' boleh lebih 'menjaga' hati Umi"

terkadang, bukan bersebabkan orang lain yang begitu dan begini, atau sifulan itu dan ini, tetapi hati kita sendiri yang belum lagi 'melepasi' tahap ujian tertentu. barah-barah hati yang penularannya, tidak mampu dikawal sebaik-baiknya. maka, mencegah itu lebih baik berbanding merawat, bukan? atau kata paling tepatnya;

 "it's not you that i'm rejecting, it's my heart that i'm protecting." 

sebagaimana mafhum hadis Rasulullah S.A.W;

"antum a'lamu bi umurid dunyakum"
"engkau lebih mengetahui tentang urusan duniamu"
(hr. Muslim)

maka, teruntuk urusan hatimu, engkau pasti lebih mafhum tentangnya. 


ii.


suku daripada buku ini, membuatkan saya merefleks banyak hal tentang manusia. tentang keinginannya, perasaannya, emosinya, baik lelaki mahupun perempuan. khususnya, tentang cinta yang selalu 'disampahkan', atau dibuat menjadi hal-hal yang cukup ringan dan mudah. paling mengecewakan, apabila ia turut dilucahkan!

terkesan dengan luahan Ummi pagi tadi, tentang bagaimana anak muridnya, seorang budak perempuan yang meluahkan perasaan 'cinta'nya pada seorang budak lelaki. tak terjangkau dek fikiran, untuk murid di tahun dua ini, melukiskan figur dan bentuk tubuh lelaki dan perempuan, dalam gambaran dan aksi yang tidak sewajarnya. untuk menuliskan secara terang-terangan pun, saya jadi malu, hmm

saya tidak merasakan untuk seorang budak perempuan secilik ini, boleh membayangkan bentuk 'hubungan' yang sejauh itu. namun mungkin, itulah kefahamannya tentang apa itu cinta. maka, dengan cara itulah dia menginterpretasikan dan menterjemahkan cintanya. 

sebagaimana 'cinta' yang dihidangkan padanya, maka itulah yang dilihatnya, difahaminya, diambilnya, dan diterjemahkan melalui perbuatan.

 "no matter which category you may or may not fall into, as a single adult, you want to feel loved by the significant people in your life. you also want to believe that others need your love. giving and receiving love is at the centre of every single adult's sense of well being. if you feel loved and needed, you can survive the pressures of life"
- gary chapman, the five love language; pg. 17
"we seem to refuse to face the obvious fact that most of us spend our lives trying to find love, trying to live in it, and dying without ever truly discovering it"
- prof leo buscaglia via gary chapman; pg. 19

namun, bukankah miskin sekali, kalau pencarian 'definisi' cinta adik kecil tadi, ditemukan kefahamannya cuma atas kertas, malah sebatas lukisan itu?

sayang sekali!

pernah saya quote kata-kata Ustaz Hasrizal di facebook, dirakam dan disimpan kemas di dalam folder buat diulang tatap oleh saya sendiri. harapnya, tiada salahnya untuk dikongsikan di sini, meskipun beliau telah menghentikan akaunnya sepenuhnya.

pendapat peribadi, saya merasakan begitu banyak manfaat dan kebenarannya dalam kata-kata ini. ulasnya; 
"apabila kita membaca, berfikir dan berbual tentang topik-topik tinggi berbentuk falsafah, ekonomi, etika dan peradaban, memang kita langsung tidak punya selera untuk memandang, apatah lagi mendengar diskusi tentang topik cinta dan rumahtangga. 
apatah lagi dalam suasana hari ini, topik cinta telah diperbodohkan dengan pelbagai konsep merapu, terutamanya di kampus-kampus, bersama penceramah-penceramah yang merimaskan. saya juga sudah bersara daripada membicarakan. 
saya berhenti bercakap tentang cinta bukan kerana saya menyesal menghasilkan buku Aku Terima Nikahnya dan menyampaikan ratusan ceramah berkaitan dengannya suatu ketika dahulu. saya berhenti kerana dosnya sudah berlebihan. 
namun nasihat saya kepada anak-anak muda yang berpemikiran canggih, jangan berlebihan mengangkuhkan diri terhadap persoalan cinta dan pengurusan rumahtangga. apabila konflik rumahtangga timbul, isteri merajuk menangis, mertua buat hal, berbalah adik beradik, anak meragam tak kena masa, semua falsafah yang kita belajar akan hanya termenung di tepi gelanggang. dan akhirnya OTOKRASI TEOKRATIK sahaja penyelesaian yang sempat dicapai tangan.
bersederhanalah dalam segalanya."

Allah itu ar-Rahman, Allah itu ar-Raheem, Allah itu al-Wadud, Allah itu ar-Rauuf, mana mungkin agama ini tidak menawarkan cinta? sedangkan Rasulullah juga diutuskan sebagai rahmatan lil 'alameen.

moga kita mampu memahami, memberi, dan menterjemahkan bahasa cinta dengan sebenar-benarnya. 

"allahhumma faqqihna fiddeen". 


iii.

"I meet singles like Robert, a senior in college, who told me; "I never understood my roomate until I read your book." - pg. 12

tahukah anda, setiap daripada kita ada bahasa cinta tersendiri? menguasainya, akan membuatkan hubungan kita dengan sesiapa sahaja akan menjadi lebih baik (insyaAllah). ibu bapa, adik-beradik, anak-anak, kawan-kawan, mutarabbi, teman serumah, kawan sepejabat, dan sebagainya. 

moga jauh dari 'menghukum', tetapi terlebih dulu 'merasional', 'memahami' dan mewujudkan 'empati'.

i.   words of affirmation
ii.  gifts
iii.  act of service
iv. quality time
v.  physical touch

jaga-jaga, saya sedang menelaah bahasa cinta ni. 
heh ;P

ps: tahukah anda, "urusan Cinta belum selesai" adalah tajuk novel? kredit tajuk entri, -Imaen. 

2 comments:

Anonymous said...

saya tak tahu..siapa penulisnya?

Umairah. said...

anon;
penulisnya, Imaen :)