Pages

Monday, February 17, 2014

Perempuan Penentang.

bismillah

penolakan atau “rejection” dalam apa-apa hal, (temuduga, idea, soalan, permintaan) apa-apa sahaja, tidak dapat tidak pasti akan menumbuhkan “frustration” atau kekecewaan. kita akan pura-pura bahagia dan gembira, demi menutup segala kesedihan. ataupun hilang dan bersembunyi, kerana begitu takut untuk sakit dan terluka. 

namun untuk usia 24 tahun, saya belajar untuk ‘terjun’ ke dalam kesedihan, ‘berenang’, dan ‘lemas’, hinggalah saya betul-betul menghayatinya. malah, menghadapinya dengan seberani-beraninya walaupun kekuatan yang ada tidak sekencang mana. 

sebab, selagi kita tidak merasai dengan sebetul-betulnya, maka kita tidak akan pernah menemukan solusi dan ubatnya. kita tidak akan belajar mengenal ‘kekuatan’ dan ‘keupayaan’ diri, lebih-lebih lagi kita tidak akan belajar mengenal asma’ dan sifat Allah. 

bahawa dia as-Sami’ (Maha Mendengar), al-Basir (Maha Melihat), al-‘Aleem (Maha Mengetahui).

paling saya suka, rejection selalu memberikan saya ruang untuk berfikir dan merasional, serta kesempatan untuk merenung dan bermuhasabah. menguji niat di awal, semasa, dan akhir, merawat keikhlaslan dan kesungguhan hati, memperbaiki ‘syak’ (ragu) atau ‘dzhon’ (sangkaan), membuatkan saya tidak terburu-buru dan tergesa-gesa, mengajarkan sabar, dan terpaling penting, selalu menghubungkan diri dengan Pencipta. 

bahawa jika saya berniat baik di awalnya, mengikhlaskan hati setulus-tulusnya, maka urusan-urusan seterusnya Dia sahajalah yang akan memperbaiki dan menguruskannya. maka, rejection juga termasuk dalam bahagian takdir-Nya. 

harga diri bukan terletak pada penerimaan atau penolakan sesiapa atau apa-apa. bukan tertakluk pada definisi sesiapa atau apa-apa. 

hadapi saja, yang penting mencuba. kalau Dia menginginkan, maka Dia pasti akan memudahkan.

"cari perempuan mulia yang menentang sehingga mati, cari perempuan yang menentang meskipun sudah mati." - faisal tehrani, perempuan nan bercinta

..menentang 'ketakutan' sendiri!

ps: blergh, macam putus cinta sejak kebelakangan membaca tentang Hamka :P

1 comment:

Anonymous said...

ya, kan akak. kita kene uruskan.