Pages

Thursday, February 20, 2014

TEGAR.

bismillah

ada prinsip yang harus sedia tertanam dalam diri. biar sejuta kali pun kita digoyahkan, sejuta kali juga kita tak tergugah. biar dengan siapa-siapa, kita masih kita. biar di mana-mana (luar atau dalam, zahir atau batin, nampak atau sembunyi), kita masih kita. biar dipengapa-apa, kita masih kita. 

bina prinsip-prinsip itu dalam diri; tahu salah benar. kenal jauh dekat. arif dalam cangkat. faham agama, faham diri, sedalam-dalamnya. jangan terpisah jauh dari rabbani, kerana sekular bukan fahaman kita. biar kita yang mengubah bukan diubah. biar kita yang mencorak, bukan dicorak. biar kita yang mewarna, bukan diwarna.

paling penting, dalam banyak-banyak hal, usah memaksakan hingga orang benci. biar ianya semulajadi tersibghah, kerana begitu cintanya pada kita, begitu hormatnya pada kita. itu filsuf kita.

duhai, jadilah perempuan yang lembut, terbuka, tetapi berprinsip!

No comments: