Pages

Monday, September 28, 2015

Aidil Adha dan hal-hal kecil;

bismillah
 
apa yang saya tahu, ini adalah antara hal-hal termudah dan terkecil bagi orang lain, namun inilah masanya untuk saya mengeksplorasi dan memaknakannya sendiri;


(i)

maka, ini bukanlah kali pertama berhari raya bersama Faaizz. tetapi kali pertama berhari raya tanpa keluarga di sisi; baik Umi Walid di sebelah Penang, mahupun Ibu Ayah di sebelah Johor. kami memilih untuk beraya bersama-sama jiran di ceruk dan sekitar kejiranan Masjid Shariff bersebabkan kehabisan cuti tahunan, gitu.

mendewasa kini dan belajar untuk mengurus hidup sendiri. tersedar saya bahawa apa sahaja yang kita sedang lakukan kini, tidak dapat tidak hakikatnya terbentuk oleh didikan semenjak kecil. syukur, sebab saya telah terbiasa menjalani rutin, seperti bersiap-siap di awal pagi, dan Umi tidak pernah terlupa berpesan untuk berniat mandi sunat hari raya. Walid pula akan mengingatkan tentang waktu solat sunat hari raya. 

" jangan ralit sangat, surau start semayang 8.30 pagi."

begitulah, hampir setiap tahun.

Aidil Adha yang lalu, tiada yang mengingatkan. inisiatif sendiri untuk bertanya dan mengurus semuanya sendiri. saya rasa kekok, (mungkinlah) sebab saya selalu ada ekspektasi melangit terhadap diri sendiri. pada saya, dewasa tidak mudah atau mungkinlah saya tidak terbiasa belajar mendewasa, ketika bersama Umi Walid dahulu. pendek kata, saya terlalu senang dalam zon selesa, hingga semuanya diambil mudah tanpa tersedar pun akan hal-hal kecil yang berlaku; semisal memilih ikan atau sayur di pasar atau memikirkan menu sarapan di hari yang spesial ini atau mengambil peluang menyapa jiran-jiran dan hal-hal lain yang melibatkan common sense!

ya, saya juga tak menafikan bahawa ada sesetengah hal yang kita tak perlu terlalu ideal, melainkan cuma meredah sahaja tanpa terlalu mengukur kewajarannya; 'bolehkah begini? mampukah aku? inikah caranya?'





 
saya mulai percaya bahawa ada sesetengah hal hanya semudah itu, cuma - memulakan. 



sekitar Masjid Sharif, Gombak


(ii)

satu malam, perbualan kami adalah tentang salah satu slot di BFM yang membincangkan tentang faktor utama orang-orang berhenti kerja. antara sebab terutama ialah ‘culture’ di tempat kerja atau 'culture' profesion itu sendiri, yang tidak terwujud dalam diri pekerja. contohnya, orang-orang yang terbiasa bekerja di lapangan, maka tidak akan mudah menyesuaikan diri bekerja di ofis yang tertutup dan menghadap laptop setiap masa, err macam saya. andai seseorang tidak mampu untuk menyesuaikan diri dengan ‘culture’ yang tidak sepadan dengan dirinya, maka kecenderungan dia untuk berhenti kerja itu amatlah tinggi, fuh.

maka, sebegitulah juga saya sedang belajar menanggapkan bahawa ‘culture’ tertentu bukan cuma ada dalam pekerjaan. meski sudah tahu, namun praktikalnya kini terasa lebih real. ia tetap ada juga dalam famili, masyarakat, kawasan kejiranan atau persekitaran. adakala, hal yang remeh dan mudah bagi saya, namun ia besar, penting dan utama bagi orang lain. begitulah jua, sebaliknya. maka teguran bukan bermaksud sindiran atau sinis atau benci atau tidak suka, tetapi kadang-kadang ia cuma bersebab prioriti, cara fikir, cara pandang, cara hidup, zaman dan pengalaman yang berbeza, hmm.

saat-saat inilah, saya benar-benar rindukan anis dan semua nasihatnya. suatu hari dia pernah menuliskan sesuatu, "accept advice from people, ignore judgement."
 
namun, adakalanya di sela-sela masa yang lain, kita yang terlebih-lebih; dengan menciptakan persepsi kita sendiri terhadap persepi orang lain. nah, macam kata Rumi;
 
"protect yourself from your own thoughts!"


(iii)

ada orang-orang yang kita kenal dengan cuma bertegur sapa di gerai nasi lemak, namun jodoh perkenalan masih jauh, panjang, dan kekal hingga ke hari ini.

syukur, Allah mempertemukan saya dengan orang yang terlalu baik; sudi mencetakkan resepi, mengajarkan satu persatu-satu, membelikan bahan, setulusnya dan seikhlasnya!

terima kasih Mak Cik Zie, begitu rahmahnya dia pada saya seperti selayaknya anak sendiri. maka semalam adalah hari sejarah saya memasak rendang ayam buat kali pertama, hihi! jujurnya, saya tidak pernah suka memasak, sebabnya cuma satu; saya selalu merasakan memasak akan terlalu 'merampas' masa-masa saya, walaupun (ya!) saya suka sahaja 'membuang' masa dengan hal-hal saya sendiri (hmm).
 
haha, sorry!
 
yeah!

beginilah struggle golongan kidal, lol.

oh tidak!

kita tidak jauh berbeda, sebab ada yang begitu memaknai dan menikmatkan masa-masa memancing, berlari, melukis atau sekadar mengetip foto. namun, ada yang tidak. tidaklah saya tahu ketidaksukaan ini akan berlangsung seberapa lama, namun tidak dapat tidak, menerima atau menolak; di Tanah Tumpahnya Darahku ini, di Zaman Ini dan di Masa Ini, fitrahnya orang perempuan itu harus sekali ke dapur.

hmm, begitulah.

(iv)

"hidup kita TAK REAL lagi. ada banyak lagi cabaran di hadapan."

al-hasil, inilah konklusi perbualan 'acah-acah-dewasa' semalam. seperti selalunya, saya cuma memohonkan 'sabar', baik untuk hal-hal kecil mahupun hal-hal besar, terutamanya dalam mendepani diri sendiri, menata dan mengubah sikap.




oh Umairah, mendewasalah!
 
"yes, there comes a time when we must expose our weaknesses; when our secrets can no longer remain private; when our solitude can no longer be denied; when our pain can no longer be ignored but sometimes we feel so alone that a weakness we thought we'd overcome suddenly becomes too strong to fight."  
- quoted
 

Wednesday, September 23, 2015

macam Walter Mitty;

bismillah
 
ya, saya sedang menulis sesudah mencuci pinggan mangkuk, menyapu sampah sekeliling rumah dan sekarang sambil mendengar bunyi kocak air dari mesin basuh separa automatik berjenama Pensonic. harga mesin basuh ini cuma sekitar RM3++, tahu?
 
hari-hari biasa, Faaizz akan membancuh air sambil melayan celoteh peneraju Raifa dan Ammar di Bernama.FM. adakalanya dia, adakalanya saya, adakalanya bersama-sama. meski terlibat dengan pekerjaan yang melibatkan barista, mesin kopi, kafe hipster dan beans, namun dia lebih seringkali memilih untuk minum Oligo berbanding Oldtown. ah, jangan salah tanggap sebab saya sememangnya masih penggemar kopi yang setia!
 
 
sekeping foto lama, menyambut Hari Malaysia.

di setiap pagi, beginilah rutinnya. kami akan mendengar berita-berita dalam dan luar negara, atau saling bertukar cerita. pada dia, perbualan pagi begitu termaknakan! namun pernah, ada hari-hari yang saya cuma mahu diam, dia akan begitu sabar mendengarnya sendirian atau sambil membelek-belek bacaan mingguannya. ya, saya kini sedang belajar untuk tidak terlalu 'zone out' dalam dunia saya sendiri, dengan tidak terlalu kerap mengambil kesempatan atas sifat seorang introvert yang ini;

"for introverts, most social interactions take a little out of that cup instead of filling it the way it does for extroverts. most of us like it. we're happy to give, and love to see you. when the cup is empty though, we need some time to refuel." - kate bartolotta

"solitude matters, and for some people, it is the air that they breathe." - susan cain
 
ya, saya tahu betapa alangkah kejamnya seorang saya. ya, perkahwinan tidak se-idealistik yang kita sangka. maka realistiklah, bahawa selalu sahaja ada yang beda!


The Kindness Miracle - back cover
 
wajarlah dalam The Kindness Miracle (*orang-orang yang mahu kahwin atau meski sudah kahwin, saya sangat rekemen buku ini), tulisan Jamilah Samian, ada terselit subtopik tentang ini;
 
Introverts and Extroverts: Plus Points & Challenges
Bridging The Introvert - Extrovert Gap

malah, ada beratus kajian, kesimpulan dan rumus tentang personaliti yang berbeza antara kedua pasangan ini, bukan terhad atau terletak kepada faktor 'gender' semata-mata.
 
nah, cukuplah tentang itu.
 
hari ini sunyi sepi, dia ke Penang atas urusan kerja. serasa saya, inilah masa-masa produktif seorang isteri untuk sepenuhnya melakukan hal-hal yang dia suka; semisal menulis sebebasnya di blog tanpa sekelumit sebersalah mencanak muncul.
 
Faaizz tidak pernah menghalang saya menulis sepanjang keberadaan dia di rumah atau di sisi saya atau di mana-mana sahaja dia berada. cuma, perkataan-perkataan saya sahaja yang seringkali malu-malu alah, apabila dia ada, hmm.
 
kata Tuan Haji Zabidi merangkap peluncur Majlis Pelancaran Novel Hilang & Jumpa yang lalu, "memiliki buku sendiri akan menumbuhkan yakin dan percaya dalam diri." saya sesungguhnya cukup percaya dengan kenyataan ini, sebab tidak pernah sesekali menulis menimbulkan rasa takut dalam diri saya; sebab dengan menulis, hakikatnya kita sedang menayangkan sejuta lemah dan rapuh dengan begitu jujur, dan kini saya sedang menayangkan kelemahan dan kerapuhan saya sendiri.
 
ah, suka hatilah.


 
 
macam Walter Mitty (*ergh, saya masih tidak boleh move on dari filem The Secret Life Of Walter Mitty ini) yang sedang terbina untuk menjadi berani dengan travelognya. jadi, kenapa tidak dengan saya yang kini, sedang membentuk 'berani' dengan menulis travelog dalam kepala saya sendiri?
 
jujur, saya mulai tersedar bahawa 'menjadi isteri' antara hal yang paling berani untuk seseorang perempuan (saya) lakukan. tidak, saya tidak mengatakan bahawa dengan cuma menjadi isteri, satu-satunya medan yang terunggul untuk diuji kapasiti tertentu.
 
untuk yang belum, yakinlah bahawa kita sedang di ruang dan jalur yang berbeda. namun, matlamat dan puncaknya masih sama; Allah sedang menguji untuk menjadikan kita seseorang yang lebih baik, cuma itu.  kita hakikatnya berbeza cuma pada posisi dan medan yang lain, sebab Allah lebih Maha Mengetahui setiap keperluan kita saat ini. 
 
meski cuma untuk hal-hal yang remeh, sebab struggle dan kelemahan kita berbeza. jadi, untuk setiap 'cabaran' itu, di posisi itulah kita ditempatkan, untuk Allah 'ubah' kita menjadi lebih baik, hmm. semisal berani untuk mempamerkan sejuta lemah; seperti masak tak sedap, tapi kena masak dan 'terpaksa' hidang, sebab ada orang yang nak makan (haha!). perasaan down bila masakan tidak menjadi itulah yang paling tak terkawal, fuh. belajar indipenden dengan mengendalikan hal-hal tertentu, belajar menata urus emosi yang berlebih-lebihan, belajar membina yakin dan percaya diri yang hilang, belajar membuka minda yang tertutup, belajar mengurus belanja sebab saya selalu 'suka hati' berbelanja, belajar memeta hidup, belajar mengurus mutabaah ibadah dan sebagainya. tidak, ini bukan hal yang mudah dan ah, saya sedang belajar semua ini; (masih) macam Walter Mitty, seseorang yang telah terbiasa menjalani rutin hidup tanpa cabaran, lalu 'terpaksa' keluar dari zon selesa ini. akhirnya, dia benar-benar menjadi seorang yang berani.
 
saya cuma tagih kesabaran, untuk saya 'bersabar' dengan diri sendiri, dan bukan orang lain; sebab pada saya dan teruntuk seorang saya, hakikatnya mendiamkan akal dan hati sendirilah yang paling sukar, sungguh!
 
terima kasih buddy, kerana selalu bersabar dengan seorang saya. hmm, kbai. baju sudah lama terbasuh, dan siap untuk disidai dan saya mahu gerak ke ofis!
 
 

Tuesday, September 22, 2015

SAAT HILANG DAN JUMPA;

sebulan yang kian hilang dengan perkataan. cuma ini yang terjumpa. nah;

(i)
 
bukankah hidup ini terlalu subjektif untuk dimaknakan cuma dalam definisi tertentu? lebih-lebih lagi, jika definisi itu diletakkan oleh orang-orang tertentu.
 
menjadi berani, harus begini. menjadi cantik, harus begini. menjadi tegar, harus begini. menjadi gagah, harus begini. menjadi rasional, harus begini. menjadi bahagia, harus begini. menjadi indipenden harus begini. menjadi matang, harus begini. menjadi bijak pandai, harus begini. menjadi tenang, harus begini.
 
saya sahaja yang terlalu ego dan defensif akan sikap dan perlakuan sendiri, atau telah di'hilang'kan dan didominasi oleh definisi orang lain, atau hakikatnya hidup ini sememangnya telah punya ukuran definisi tertentu?

"if you feel lost, disappointed, hesitant, or weak, return to yourself, to who you are, here and now and when you get there, you will discover yourself, like a lotus flower in full bloom, even in a muddy pond, beautiful and strong."  
- masaru emoto, secret life of water

engkaukah teratai yang hilang itu, sayang? hmm.
 
(ii)

masih terbayang kejadian di suatu malam, suatu ketika saya ke AEON Bukit Tinggi, Klang. terpandang akan saya, seorang anak kecil sedang asyik bermain pintu automatik yang terbuka dan tertutup dengan kehadiran atau ketiadaan orang yang lalu-lalang di situ.
 
saya cuma melihat keletahnya yang berdiri tegak dan mendepang luas kedua-dua tangannya di tengah-tengah pintu automatik tersebut. pintu menganga selama beberapa minit. kemudiannya, dia mengundur dua tiga tapak, dan mengulangi aksi tersebut dua tiga kali seolah-olah sedang bereksperimen.
 
sehinggalah muncul kedua ibu bapanya, dan dia pun berlalu dari situ sambil tersenyum puas (atau barangkali berbangga) setelah berhasil menjalankan aktiviti cuba jaya.
 
entah, saya cuma terfikir-fikir, adakah tangan dan fikiran saya saat ini sedang terdepang sebebas itu? ataukah saya masih 'hilang' dan 'terperangkap' seperti Walter Mitty dalam The Secret Life Of Walter Mitty?

hmm.

(iii)

"the only way to stop crying is to fight for your job." - manu (two days one night, 2014)
 
dari MC kepada Trainer (Disember, 2013) dan syukur, semalam di Hilang & Jumpa (September, 2015) saya tidak lagi menangis dan memilih untuk mencuba sekali lagi.

Tim Deen Prints - Majlis Pelancaran Novel Hilang & Jumpa

terima kasih Allah, dan kawan-kawan yang kita suka; teruntuk yang tertayang sisi lemah saya sejujur dan sepenuhnya, namun masih sudi menyapu sisa tangis dan merangkul bahu saya sekuat-kuatnya!

"someday you'll find the right person, and you'll learn to have a lot more confidence in yourself. that's what i think. so don't settle for anything less. in this world, there are things you can only do alone, and things you can only do with somebody else. it's important to combine the two in just the right amount."  
- murakami

terima kasih!