Pages

Monday, September 28, 2015

Aidil Adha dan hal-hal kecil;

bismillah
 
apa yang saya tahu, ini adalah antara hal-hal termudah dan terkecil bagi orang lain, namun inilah masanya untuk saya mengeksplorasi dan memaknakannya sendiri;


(i)

maka, ini bukanlah kali pertama berhari raya bersama Faaizz. tetapi kali pertama berhari raya tanpa keluarga di sisi; baik Umi Walid di sebelah Penang, mahupun Ibu Ayah di sebelah Johor. kami memilih untuk beraya bersama-sama jiran di ceruk dan sekitar kejiranan Masjid Shariff bersebabkan kehabisan cuti tahunan, gitu.

mendewasa kini dan belajar untuk mengurus hidup sendiri. tersedar saya bahawa apa sahaja yang kita sedang lakukan kini, tidak dapat tidak hakikatnya terbentuk oleh didikan semenjak kecil. syukur, sebab saya telah terbiasa menjalani rutin, seperti bersiap-siap di awal pagi, dan Umi tidak pernah terlupa berpesan untuk berniat mandi sunat hari raya. Walid pula akan mengingatkan tentang waktu solat sunat hari raya. 

" jangan ralit sangat, surau start semayang 8.30 pagi."

begitulah, hampir setiap tahun.

Aidil Adha yang lalu, tiada yang mengingatkan. inisiatif sendiri untuk bertanya dan mengurus semuanya sendiri. saya rasa kekok, (mungkinlah) sebab saya selalu ada ekspektasi melangit terhadap diri sendiri. pada saya, dewasa tidak mudah atau mungkinlah saya tidak terbiasa belajar mendewasa, ketika bersama Umi Walid dahulu. pendek kata, saya terlalu senang dalam zon selesa, hingga semuanya diambil mudah tanpa tersedar pun akan hal-hal kecil yang berlaku; semisal memilih ikan atau sayur di pasar atau memikirkan menu sarapan di hari yang spesial ini atau mengambil peluang menyapa jiran-jiran dan hal-hal lain yang melibatkan common sense!

ya, saya juga tak menafikan bahawa ada sesetengah hal yang kita tak perlu terlalu ideal, melainkan cuma meredah sahaja tanpa terlalu mengukur kewajarannya; 'bolehkah begini? mampukah aku? inikah caranya?'





 
saya mulai percaya bahawa ada sesetengah hal hanya semudah itu, cuma - memulakan. 



sekitar Masjid Sharif, Gombak


(ii)

satu malam, perbualan kami adalah tentang salah satu slot di BFM yang membincangkan tentang faktor utama orang-orang berhenti kerja. antara sebab terutama ialah ‘culture’ di tempat kerja atau 'culture' profesion itu sendiri, yang tidak terwujud dalam diri pekerja. contohnya, orang-orang yang terbiasa bekerja di lapangan, maka tidak akan mudah menyesuaikan diri bekerja di ofis yang tertutup dan menghadap laptop setiap masa, err macam saya. andai seseorang tidak mampu untuk menyesuaikan diri dengan ‘culture’ yang tidak sepadan dengan dirinya, maka kecenderungan dia untuk berhenti kerja itu amatlah tinggi, fuh.

maka, sebegitulah juga saya sedang belajar menanggapkan bahawa ‘culture’ tertentu bukan cuma ada dalam pekerjaan. meski sudah tahu, namun praktikalnya kini terasa lebih real. ia tetap ada juga dalam famili, masyarakat, kawasan kejiranan atau persekitaran. adakala, hal yang remeh dan mudah bagi saya, namun ia besar, penting dan utama bagi orang lain. begitulah jua, sebaliknya. maka teguran bukan bermaksud sindiran atau sinis atau benci atau tidak suka, tetapi kadang-kadang ia cuma bersebab prioriti, cara fikir, cara pandang, cara hidup, zaman dan pengalaman yang berbeza, hmm.

saat-saat inilah, saya benar-benar rindukan anis dan semua nasihatnya. suatu hari dia pernah menuliskan sesuatu, "accept advice from people, ignore judgement."
 
namun, adakalanya di sela-sela masa yang lain, kita yang terlebih-lebih; dengan menciptakan persepsi kita sendiri terhadap persepi orang lain. nah, macam kata Rumi;
 
"protect yourself from your own thoughts!"


(iii)

ada orang-orang yang kita kenal dengan cuma bertegur sapa di gerai nasi lemak, namun jodoh perkenalan masih jauh, panjang, dan kekal hingga ke hari ini.

syukur, Allah mempertemukan saya dengan orang yang terlalu baik; sudi mencetakkan resepi, mengajarkan satu persatu-satu, membelikan bahan, setulusnya dan seikhlasnya!

terima kasih Mak Cik Zie, begitu rahmahnya dia pada saya seperti selayaknya anak sendiri. maka semalam adalah hari sejarah saya memasak rendang ayam buat kali pertama, hihi! jujurnya, saya tidak pernah suka memasak, sebabnya cuma satu; saya selalu merasakan memasak akan terlalu 'merampas' masa-masa saya, walaupun (ya!) saya suka sahaja 'membuang' masa dengan hal-hal saya sendiri (hmm).
 
haha, sorry!
 
yeah!

beginilah struggle golongan kidal, lol.

oh tidak!

kita tidak jauh berbeda, sebab ada yang begitu memaknai dan menikmatkan masa-masa memancing, berlari, melukis atau sekadar mengetip foto. namun, ada yang tidak. tidaklah saya tahu ketidaksukaan ini akan berlangsung seberapa lama, namun tidak dapat tidak, menerima atau menolak; di Tanah Tumpahnya Darahku ini, di Zaman Ini dan di Masa Ini, fitrahnya orang perempuan itu harus sekali ke dapur.

hmm, begitulah.

(iv)

"hidup kita TAK REAL lagi. ada banyak lagi cabaran di hadapan."

al-hasil, inilah konklusi perbualan 'acah-acah-dewasa' semalam. seperti selalunya, saya cuma memohonkan 'sabar', baik untuk hal-hal kecil mahupun hal-hal besar, terutamanya dalam mendepani diri sendiri, menata dan mengubah sikap.




oh Umairah, mendewasalah!
 
"yes, there comes a time when we must expose our weaknesses; when our secrets can no longer remain private; when our solitude can no longer be denied; when our pain can no longer be ignored but sometimes we feel so alone that a weakness we thought we'd overcome suddenly becomes too strong to fight."  
- quoted
 

No comments: