Pages

Wednesday, September 23, 2015

macam Walter Mitty;

bismillah
 
ya, saya sedang menulis sesudah mencuci pinggan mangkuk, menyapu sampah sekeliling rumah dan sekarang sambil mendengar bunyi kocak air dari mesin basuh separa automatik berjenama Pensonic. harga mesin basuh ini cuma sekitar RM3++, tahu?
 
hari-hari biasa, Faaizz akan membancuh air sambil melayan celoteh peneraju Raifa dan Ammar di Bernama.FM. adakalanya dia, adakalanya saya, adakalanya bersama-sama. meski terlibat dengan pekerjaan yang melibatkan barista, mesin kopi, kafe hipster dan beans, namun dia lebih seringkali memilih untuk minum Oligo berbanding Oldtown. ah, jangan salah tanggap sebab saya sememangnya masih penggemar kopi yang setia!
 
 
sekeping foto lama, menyambut Hari Malaysia.

di setiap pagi, beginilah rutinnya. kami akan mendengar berita-berita dalam dan luar negara, atau saling bertukar cerita. pada dia, perbualan pagi begitu termaknakan! namun pernah, ada hari-hari yang saya cuma mahu diam, dia akan begitu sabar mendengarnya sendirian atau sambil membelek-belek bacaan mingguannya. ya, saya kini sedang belajar untuk tidak terlalu 'zone out' dalam dunia saya sendiri, dengan tidak terlalu kerap mengambil kesempatan atas sifat seorang introvert yang ini;

"for introverts, most social interactions take a little out of that cup instead of filling it the way it does for extroverts. most of us like it. we're happy to give, and love to see you. when the cup is empty though, we need some time to refuel." - kate bartolotta

"solitude matters, and for some people, it is the air that they breathe." - susan cain
 
ya, saya tahu betapa alangkah kejamnya seorang saya. ya, perkahwinan tidak se-idealistik yang kita sangka. maka realistiklah, bahawa selalu sahaja ada yang beda!


The Kindness Miracle - back cover
 
wajarlah dalam The Kindness Miracle (*orang-orang yang mahu kahwin atau meski sudah kahwin, saya sangat rekemen buku ini), tulisan Jamilah Samian, ada terselit subtopik tentang ini;
 
Introverts and Extroverts: Plus Points & Challenges
Bridging The Introvert - Extrovert Gap

malah, ada beratus kajian, kesimpulan dan rumus tentang personaliti yang berbeza antara kedua pasangan ini, bukan terhad atau terletak kepada faktor 'gender' semata-mata.
 
nah, cukuplah tentang itu.
 
hari ini sunyi sepi, dia ke Penang atas urusan kerja. serasa saya, inilah masa-masa produktif seorang isteri untuk sepenuhnya melakukan hal-hal yang dia suka; semisal menulis sebebasnya di blog tanpa sekelumit sebersalah mencanak muncul.
 
Faaizz tidak pernah menghalang saya menulis sepanjang keberadaan dia di rumah atau di sisi saya atau di mana-mana sahaja dia berada. cuma, perkataan-perkataan saya sahaja yang seringkali malu-malu alah, apabila dia ada, hmm.
 
kata Tuan Haji Zabidi merangkap peluncur Majlis Pelancaran Novel Hilang & Jumpa yang lalu, "memiliki buku sendiri akan menumbuhkan yakin dan percaya dalam diri." saya sesungguhnya cukup percaya dengan kenyataan ini, sebab tidak pernah sesekali menulis menimbulkan rasa takut dalam diri saya; sebab dengan menulis, hakikatnya kita sedang menayangkan sejuta lemah dan rapuh dengan begitu jujur, dan kini saya sedang menayangkan kelemahan dan kerapuhan saya sendiri.
 
ah, suka hatilah.


 
 
macam Walter Mitty (*ergh, saya masih tidak boleh move on dari filem The Secret Life Of Walter Mitty ini) yang sedang terbina untuk menjadi berani dengan travelognya. jadi, kenapa tidak dengan saya yang kini, sedang membentuk 'berani' dengan menulis travelog dalam kepala saya sendiri?
 
jujur, saya mulai tersedar bahawa 'menjadi isteri' antara hal yang paling berani untuk seseorang perempuan (saya) lakukan. tidak, saya tidak mengatakan bahawa dengan cuma menjadi isteri, satu-satunya medan yang terunggul untuk diuji kapasiti tertentu.
 
untuk yang belum, yakinlah bahawa kita sedang di ruang dan jalur yang berbeda. namun, matlamat dan puncaknya masih sama; Allah sedang menguji untuk menjadikan kita seseorang yang lebih baik, cuma itu.  kita hakikatnya berbeza cuma pada posisi dan medan yang lain, sebab Allah lebih Maha Mengetahui setiap keperluan kita saat ini. 
 
meski cuma untuk hal-hal yang remeh, sebab struggle dan kelemahan kita berbeza. jadi, untuk setiap 'cabaran' itu, di posisi itulah kita ditempatkan, untuk Allah 'ubah' kita menjadi lebih baik, hmm. semisal berani untuk mempamerkan sejuta lemah; seperti masak tak sedap, tapi kena masak dan 'terpaksa' hidang, sebab ada orang yang nak makan (haha!). perasaan down bila masakan tidak menjadi itulah yang paling tak terkawal, fuh. belajar indipenden dengan mengendalikan hal-hal tertentu, belajar menata urus emosi yang berlebih-lebihan, belajar membina yakin dan percaya diri yang hilang, belajar membuka minda yang tertutup, belajar mengurus belanja sebab saya selalu 'suka hati' berbelanja, belajar memeta hidup, belajar mengurus mutabaah ibadah dan sebagainya. tidak, ini bukan hal yang mudah dan ah, saya sedang belajar semua ini; (masih) macam Walter Mitty, seseorang yang telah terbiasa menjalani rutin hidup tanpa cabaran, lalu 'terpaksa' keluar dari zon selesa ini. akhirnya, dia benar-benar menjadi seorang yang berani.
 
saya cuma tagih kesabaran, untuk saya 'bersabar' dengan diri sendiri, dan bukan orang lain; sebab pada saya dan teruntuk seorang saya, hakikatnya mendiamkan akal dan hati sendirilah yang paling sukar, sungguh!
 
terima kasih buddy, kerana selalu bersabar dengan seorang saya. hmm, kbai. baju sudah lama terbasuh, dan siap untuk disidai dan saya mahu gerak ke ofis!
 
 

No comments: