Pages

Friday, September 2, 2016

Ogos dan kejutan-kejutannya.

bismillah


terima kasih Geng Opis Tercinta! (Abgmar & K Anfaal, K Jannah, K Una, Halim, Rizal, Edayu & Anis)

tuntas, Jumaat dua minggu yang lalu (26 Ogos), berakhir kerjaya saya sebagai editor. tuntas, Ahad di minggu yang lalu (29 Ogos), bermula dunia saya sebagai pelajar semula. tak pernah terbayangkan saya akan melalui denai ini lagi.

dengan izin-Nya, sayalah yang memilih jurusan ini, sayalah yang memilih pengajian ini, sayalah jua yang memilih tempat ini. jujur, beza rasanya apabila kita meletakkan 'kuasa' pilihan ke atas tangan sendiri. ujiannya lain, semangatnya lain, harapannya lain. ini juga merupakan antara keputusan-keputusan besar yang saya buat dalam hidup, selain memilih Faaizz sebagai suami (hahaha!).

saya bukan mahu menyedapkan hati. namun entahkan benar atau tidak laluan ini, kata-kata Allahyarham Sutung Umar yang ini, selalu saya ulang tulis;

"ORANG YANG BERANI TIDAK PERNAH MERASA KESAL KERANA MEMILIH." - MENANTI, SUTUNG UMAR RS





andai tersalah pilihan ini, saya belajar. andai ia tepat dan benar, saya juga belajar. terima kasih kepada orang-orang yang selalu meyakini saya, dan mempercayai dengan sesungguhnya bahawa saya patut ada di sini. 

anda tahu, anda siapa; bermula dari mengkhabarkan tentang kekosongan, mengisi borang permohonan, mengecop sijil-sijil berkaitan, menghadiri sesi temuduga, mengepos borang-borang, mengulang-alik ke sana sini, mendengarkan rintih curhat saya di rumah, di dalam kereta, di hangout, hinggalah hari saya mendaftar sebagai pelajar baru.

semoga Allah memberkahi kalian, dunia dan akhirat!


ii.

'udara' di Aswara lain dari udara di Irshad ataupun UIAM. dari sudut positifnya, saya suka bagaimana majoriti pelajar di sini berada di sini kerana pilihan masing-masing. bukan keterpaksaan, tetapi sememangnya kerana kemahuan peribadi. ah, passion atau kesungguhan seseorang selalu memukau mata saya! baik muzik, tari, teater, filem, dan lain-lain. nyatanya, mereka sungguh berani memilih untuk diri sendiri.

walau bagaimanapun, sejak hari pertama lagi, berulang kali pensyarah dan fasilitator menyebutkan dan mengingatkan bahawa dunia seni bukan dunia untuk melaba untung. serius, bukan! kalau itulah yang diharap-harapkan dari awal, ini bukanlah jalannya. jadi, sememangnya semua yang ada di sini telah menyedari hakikat itu. tidak kurang, tidak lebih, mereka datang hanya kerana kecenderungan dan minat.

alangkah, kalau kita (saya) sedari awal telah tersedar, atau tidak 'disogokkan' dengan 'sistem' bahawa sisi sains itu lebih unggul, hebat dan terkedepan; atau dewasa nanti mesti memilih pekerjaan yang sebegini dan sebegini. 

hari ini, saya cuma mampu berkata kepada sekian orang, "kalau kita punya bakat atau handal dalam sesuatu bidang, kenapa tidak digilap sahaja dengan sungguh-sungguh biar jadi yang terbaik di antara yang terbaik?"

walaupun saya kini sedang menelan kata-kata sendiri, dan cuba memaknakannya di usia ini, phew. 

"IN YOUTH WE LEARN; IN AGE WE UNDERSTAND." - Marie von Ebner Eschenbach

tak ada yang saya sungguh-sungguh mohonkan, melainkan Dia meletakkan saya di tempat yang Dia berkah. mohon doanya, kawan-kawan; semoga pilihan ini adalah yang terbaik dan dengannya, menjadikan saya lebih baik!


iii.

melalui salah satu sesi taklimat bersama Hal Ehwal Pelajar, kata penceramah; "bezanya kita di sini, kita dikurnia kelebihan pancaindera; dengan suara kita menghasilkan muzik, dengan hati kita melahirkan tulisan..." 

mendengarkan ini, tertiup satu lagi impian kecil saya, semoga suatu hari nanti benar-benar terbina institusi seni yang sememangnya mendidik dan meluhurkan jiwa yang Rabbani. tidak sukar, tetapi bukan mustahil. oh, alangkah indahnya!

"TO PRACTICE ANY ART, NO MATTER HOW WELL OR BADLY, IS A WAY TO MAKE YOUR SOUL GROW. SO DO IT." - KURT VONNEGUT

selamat bertabah, Umairah!


iv.

syukur, Ogos adalah suasana baru dengan kediaman baru (walaupun sebenarnya, kami masih menyewa). nah, tercipta sudah ruang baru dengan bench comel (sambil-duduk-sambil-bacalah-kononnya) ciptaan Faaizz. ruang lain, jangan tanya! meski hampir sebulan sudah berpindah, namun masih bersepah, hiks.




ergh, kekoknya lama tak update blog. sekian, catatan pendek untuk orang-orang yang merindui saya, ahaks. kbai.

6 comments:

AdinataGus said...

saya bakal mendaftar ke sana tahun 2017, sudah dua sesi asyik isi borang terlambat dan menangguh.

Umairah. said...

AdinataGus;
insyaAllah, moga dimudahkan ke tahun yang berikutnya.
usah terlepas lagi, ya! :)

Yna Sofya said...

aahh, baru baca. Menyokong sepenuhnya! All the best, umy!

Ruq. said...

Umy, kalau kita biasa dengar orang kata "Effort won't betray you", ruq nak tambah, effort and passion won't betray you, bi idznillah. Moga keberanian dan kesungguhan Umy jadi inspirasi untuk orang lain yang masih takut dan ragu untuk memilih :) Ruq sentiasa mendoakan yang terbaik :)

dr.adilahhebat :) said...

Baru baca post ni hehe,
May Allah ease your path and give you strength k.umairah ! :')

p/s : tak sabar menanti karya pertama k.umai nanti :D Bi iznillah

Jamilah said...

Wow!