bismillah
Syawal menghimpunkan manusia yang
pelbagai dalam satu bumbung. masing-masing dengan gaya hidup dan prioriti
tersendiri. ada yang akan bertanya kita tentang kerjaya, tentang cita, tentang
fesyen, tentang pendidikan, tentang keluarga, tentang jodoh, tentang itu dan ini mengikut
kecenderungan masing-masing.
percayalah, kita tidak akan mampu
mengawal kepetahan lidah manusia, tetapi kita mampu mengawal kelincahan hati kita sendiri. ajarkan diri jangan merasa kerdil, terhina, tersisih, terkebelakang.
apatah lagi menumbuh benci, hasad, dengki dan sebagainya. inilah pada saya, orang yang tenang; kerana dia jelas dan tahu dengan apa yang dia pegang. dia arif di mana
letak duduknya. dia sedar di mana harus
dia berpijak. paling penting, dia kenal dirinya sendiri dengan sebenar-benarnya.
sungguh, tak ada yang lebih damai
dari hati yang merasa bebas dan tenteram dengan pilihannya sendiri, - tanpa rasa terbanding-banding atau terkejar-kejar.
alangkah kalau kita setenang itu. chillax!
alangkah kalau kita setenang itu. chillax!
No comments:
Post a Comment