Pages

Wednesday, February 1, 2012

10:16

kawan, jujur. 

aku tak ada masalah dengan lelaki, akh, atau ikhwah. aku diajar menghormati mereka. aku dididik mengenal mereka sebagai ketua dan pemimpin. aku hormat idea, sikap, dan kemampuan pengendalian emosi yang hakikatnya lebih baik dari kita; -andai mereka taat Allah dan Rasul.

jujur, aku tak ada masalah dengan mereka. 
yang bermasalahnya, -aku. 

bagaimana ingin betul-betul 'menyamakan' sikap dan emosi aku, bila berhadapan dengan mereka, secara realiti dan maya?

akankah aku diam dan bercakap yang perlu saja? atau sememangnya aku tak ada masalah untuk memulakan, dan bercakap apa saja?

jujur, kawan. aku memang bermasalah! 
kau rasa? -hah, aku tahu, kau sudah lama mengangguk dan menggeleng dari tadi.



'menyamakan' kita yang 'maya' dan 'realiti', kerja susah kan?
tapi, mereka-mereka kata tidak, kalau aku punya taqwa.

harmmm; -mengeluh sebab 'aku gagal', lebih banyak dari 'aku sukses'.
kau rasa? -ah, kau pasti sedang kata, 'kerana Allah, usahalah lagi sampai sukses'.




_____
"..taqwa bererti pemeliharaan, penjagaan atau perlindungan. ertinya, taqwa itu adalah rasa di dalam hati yang menggerakkan seseorang memelihara dirinya daripada melakukan perkara-perkara dosa sama ada besar atau kecil yang boleh memudaratkan agama.." pesan taqwa, ustaz pahrol mohd juoi.