Kisah hidup sepasang suami isteri.
Si suami jenis yang sangat cool dan rileks. Rojul ‘athifi wa rumansiyy wa hua hadi’ jiddan. Sangat-sangat.
Si isteri jenis yang lincah, kasar, dan petah berkata-kata. La taskutu ‘ala syaik. Infi’aliyyah jiddan. Sangat-sangat juga.
Mereka sangat bertentangan.
Tetapi, hakikat cinta telah menyatukan mereka, dan akhirnya mereka mengikat tali pernikahan.
Dipendekkan cerita, satu hari, setelah beberapa tahun, si suami mengajak si isteri untuk berbulan madu, menjelajah negara demi negara.
Lalu, belayarlah keduanya di atas kapal bersama penumpang-penumpang yang lain.
Sampai satu malam, tanpa di duga, berlakulah bencana yang maha dahsyat. Hujan turut dengan sangat-sangat lebat. Kapal mereka terumbang-ambing. Penumpang mulai cemas, takut, dan mula sibuk mencari pasangan masing-masing. Suasana jadi kalut dan sangat riuh. Termasuklah si isteri yang petah berkata-kata tadi. Cemas yang tak terhingga. Dia mula sibuk mencari suaminya yang entah ke mana menghilangnya.
Betapa berangnya si isteri apabila mendapati si suami masih tenang di biliknya. Masih duduk bersahaja, dan ralit mengupas kulit epal.
Lalu dengan marah, dia membentak keras.
“Abang nie bukan manusia! Abang nie tak ada perasaan! Tau tak kita akan mati? Abang nie bodoh! Kalaulah ada masa lagi , saya memang sama sekali takkan pernah kahwin dengan abang!”
Suaranya nyaring sekali.
Si suami terkejut. Dia yang selama ini diam, mempamerkan keberangannya. Tapak demi tapak dilurukan pantas ke arah isterinya. Pisau yang tadi dipegang, diajukan pula ke perut si isteri.
“Abang ingin membunuh saya?” Kata si isteri terpinga-pinga. Dan wajahnya berubah.
“Awak takut?” Soal si suami pula.

“Tak. Saya tak takut. Cuma takjub. Bagaimana abang boleh berubah sebegini rupa?” Tanya si isteri dengan nada yang penuh takjub.
“Mengapa kau tidak takut denganku? Apa sebabnya?” Si suami menyoal lagi. Pisau masih setia di tangannya.
“Tak mengapa. Kerana sesungguhnya pisau ini, berada di tangan kekasihku. Di tangan seseorang yang aku cinta. Dan, mustahil sekali abang akan menyeksaku.” Lalu dengan tenang, suaminya membalas.
“Ya Hamqa’, tahukah kau bahawa aku, dirimu, dan orang yang berada di atas kapal ini sesungguhnya berada di tangan Kekasihku. Maka, mengapa perlu kau cemas dan takut? Andailah kau mengatakan tidak takut dibunuh olehku, hanya kerana pisau ini berada di tangan orang yang kau cintai, maka mengapa kau mendesakku untuk punya perasaan takut, jika Allah mahu mematikanku? Jika Dia mematikan kita, maka kita kembali pada orang yang kita cintai. Dia perbuat apa yang Dia inginkan. Dan apa saja yang menimpaku, maka aku akan menerimanya. Kerana aku dan dirimu sesungguhnya berada di tangan Kekasihku.”
Subhanallah.
Haza hual iman, wa hazihi tsiqati billah.
Inilah iman, dan inilah kepercayaan pada Allah.
Menangis.
--
Maka,
Mengapa perlu kau merungut andai diuji?
Mengapa perlu kau sedih andai disakiti?
Mengapa perlu kau takut andai diancam?
Mengapa perlu kau lari andai dikecam?
Mengapa?
Kau sesungguhnya ditangan Dia yang kau cintai.
Dan sesungguhnya Dia mencintaimu, lebih dari apapun.
Hilangkan gusarmu, padamkanlah dukamu.
Yakinlah, Dia ada untukmu.
Wallahhua'lam.
_____
ps: maaf, terjemahan masih tak menyeluruh. arabic version tetap lebih baik, dan menyentuh hati.
*kredit video; hilal asyraf

2 comments:
salam.
akak, save x vdeo tuu?adek xleh tgk.nnt balek, adk nk tgk k!tq.
btw, cter nie bez n membina :)
okey.
:)
Post a Comment