Pages

Thursday, March 3, 2011

Perempuan.

"al-hayah bidunil mar'ah, kamal hayah fil qobr." 
[Prof. Dr. Ahmed Omran A. Ben Salim, 2011]


"Bertuah sungguh-sungguh isteri ustaz." 

Saya bisik pada Khadijah, teman di sebelah. Ustaz macam biasa, dengan ekspresi yang sungguh-sungguh bila bercerita. Tambah-tambah saat menerangkan perkataan demi perkataan dalam bait-bait syair. Minggu ini belajar syair rumansiyy- syair romantis. Karya Khalil Jubran.

Bila sebut pasal syair rumansiyy, automatik ada babak wanita.

Dan, atas sebab inilah ustaz menguntai kata-kata tersebut. 

"al-hayah bidunil marah kamal hayah fil qobr."
"hidup tanpa perempuan, ibarat hidup dalam kubur."

Cara ustaz, bukanlah mengagungkan kewujudan seorang perempuan. Cuma, menghargai sebagaimana yang dituntut dalam Islam. 

Dia terlalu menghargai seorang perempuan dalam hidup. Kerana perempuan di dunia itu baginya; dialah isteri, dialah ibu, dialah anak perempuan, dialah nenek, dialah segalanya. Menakjubkan.

Subhanallah.


Saya akui, isteri ustaz bertuah memiliki suami sebegini.

Namun, saya lebih-lebih mengakui bahawa, di sebalik suami yang hebat sebegini, Allah itu sesungguhnya Maha Adil. Tentunya, isteri ini sama hebat. Sama baik. Sama cerdik. Sama padan. Sama kesolehannya. 

Kalau dalam kelas Ustazah Rawda, selalu terfikir, "Suami ustazah mesti hebat."
Dan, kalau dalam kelas Ustaz Omran, selalu terasa, "Isteri ustaz mesti hebat."


Baraka allahu lakuma
Wa baraka alaikuma
Wa jama’a bainakuma fi khair.


+++++++


Hmmm..

Hebat tak hebat,
Suami milik Allah.
Isteri juga milik Allah.

Bukan milik kita. 

Dan, mencintai suami atau isteri,
hanyalah wasilah (medium)
menuju mardhatillah (redha Allah),
dan menggapai cintaNya.

Bukan tujuan,
Bukan juga matlamat.

Cinta Allah itulah destinasinya.

Wallahhua'lam.







0203
tamat syair Khalil Jubran.
serius, best.

:)



No comments: