Pages

Tuesday, March 1, 2011

Kita..ya KITA!

Refleks dari bingkisan Makcik Zah.
Moga bermanfaat.

"Assalamualaikum.

 

Lihat apa yang dilakukan oleh orang yang masih tidak mengakui dirinya bersalah. Tidak mahu menerima hakikat bahawa rakyat sudah tidak mempercayainya. Jika Mubarak dijatuhkan dengan 100 jiwa yang terkorban, tetapi di Libya, masih baru. 


Tetapi begitu ramai yang terkorban dengan cara yang ganas, tidak berperikemanusiaan. 


Semoga Allah membuka lagi ruang-ruang kejatuhan bagi mereka yang merasakan dunia itu kekal milik mereka.




  more: click here libya-pictures

Akhawat, 
 
Ketika mana kita melihat gambar-gambar seperti ini, apakah yang terbayang dalam hati kita? Apakah perasaan atau emosi yang lahir dari jiwa kita? Apakah kita melihatnya seperti mana foto-foto yang lain...ataukah apa? 


Setiap seorang di antara kita mungkin akan terkesan. Tetapi, kesannya sejauh mana? Sebentar atau lama kesannya? Kesan yang membawa perubahan diri atau tidak? 


Perubahan diri yang sekadar mana? Yang membawa perubahan hanya pada dirinya, ataupun kepada orang lain nanti? Dan adakah amalnya ketika senang saja? Ataupun dalam saat kesulitan itu dia akan terus beramal?


Itulah persoalan yang seharusnya timbul dalam diri ketika melihat foto-foto yang menyayat hati. Meskipun mereka digelar syuhada', tetapi tetaplah yang menzalimi itu dihukum di muka keadilan.
 
 

Siapakah yang mengheret mereka untuk dihukumi?
 
 

KITA, ya..KITA!
 
++++++++


Mohon Allah ampunkan kecelaruan emosi yang berlaku.
Mohon Allah ampunkan titik-titik hitam dalam hati.
Mohon Allah ampunkan air mata tangis, yang bukan titisnya kerana penyesalan dan taubat,
tapi nilai yang langsung tak berharga.

Kerana, masih dan belum juga aku menjadi hamba yang bersyukur.
Allahhu Allah. 

Belum aku merdeka dari tuntutan dan hambatan yang mengasyikkan.
Belum aku bebas dari sangkar-sangkar yang sungguh, menjerat.
Kenikmatan. Keselesaan. Kesenangan. Kemudahan.

Malu sekali.
Malu sekali mengenang diri yang tak berbuat,
tapi sudah lelah dan tersungkur.

Mohon diberi kesempatan, lagi dan lagi.
Biar dengan medan ini, aku lali.
Hingga satu saat, langkah bukan lagi memberat,
Tapi jitu dan mampat.

Ya Allah.
Berdosanya. 
:'(

++++++++








Allah..
Allah..

No comments: