2 TAHUN.
"Be a strong Muslim that have confidence, trust in Allah, and never loose hope."
***
Sem baru.Sem ini, perasaannya lain sikit. Entahlah. Banyak yang lain. Hakikatnya, saya tak berapa selesa dengan "rasa" yang lain ini. Sem yang baru, biasanya dikaitkan dengan azam dan semangat baru. Semangat untuk belajar sungguh-sungguh. Semangat dapatkan dean's list. Semangat nak libatkan diri dalam aktiviti ini, aktiviti itu dan sebagainya.
Banyak. Memang lumrah semangat membugar awal sem. Banyak perancangan. Banyak persediaan.
Saya juga. Tak ketinggalan.
Cumanya, kali ini semangat itu mungkin lebih kepada membentuk yang dalam terlebih dulu. Ya, orang selalu cakap dari mata turun ke hati. Tapi, untuk kebanyakan kes,saya rasa segalanya bermula dari hati. Dari hati, ada rasional dan pertimbangan akal. Dari hati, datangnya pergerakan jasad yang tepat dan betul. Dari hati, semuanya mendasar. Maka, yang dalam itulah harus dibina, dibina, dan dibina.
Ilmu dan Iman.
Saya sesungguhnya sangat yakin dengan itu.
Maka, hati perlu kuat untuk menguatkan yang lain-lain.
Pengendalian emosi dan sebagainya. Inner motivation memang sangat mempengaruhi kehidupan. Kehidupan saya.
Harap dengan sangat-sangat, hubungan dengan Allah makin baik. Penataan mutaba'ah ibadah makin baik.
Hmmmh.
Ulat beluncas tak pernah tahu dia akan jadi rama-rama satu hari nanti. Fasanya untuk menjadi sang rama-rama yang cantik saja sudah terlalu panjang. Tapi, ia cekal. Berubah, berubah, dan berubah lagi. Dari ulat, kemudian kepompong, kemudian jadilah rama-rama yang cantik. Sebab apa? Sebab ia sentiasa sedar yang dirinya ada potensi untuk berubah. Ia yakin dan sungguh-sungguh percaya.
Tapi, ulat tak ada pilihan untuk ia jadi singa atau tupai. Tak ada pilihan untuk ia jadi kancil atau beruang. Sebab itulah sunnatullah yang ditetapkan Yang Maha Kuasa. Ia hanya akan jadi rama-rama satu hari nanti.
Tapi, manusia lain. Manusia diberi pilihan untuk jadi baik atau jahat. Untuk jadi apa dan siapa.
Kan?
Mohon Allah sentiasa lorongkan hati, halakan langkah, gerakkan akal, hanya untuk Dia semata-mata. Di jalanNya saja.
Amin.
Allahhu Allah.
Serius!
nota: mabruk eleik yang jari dah memerah. waahh..makin berseri-seri kot. hehe. :)
2 comments:
Amin...
amin. :)
Post a Comment