Pages

Friday, December 10, 2010

Rasa.

Perasaan ini. Rasa ini.

Entahlah.

Bila datang menghuni jiwa, rasa tenang yang amat. Walaupun hati sedang sarat dengan gelisah, letih, terbeban dan segala rasa lain. Termasuk dengan rasa-rasa mazmumah, bisikan syaitan atau hawa nafsu yang meliar.

Rasa kehambaan yang dalam, saat jiwa sedang berperang. Berperang dengan segala macam benda yang mengganggu supaya hati melakukan maksiat. Bila kita sesungguhnya berperang, meskipun tewas beberapa kali, tetapi nikmatnya tetap terasa.

Entahlah. Saya rasa tenang bila dapat menangis. Dapat mengadu sepenuh-penuhnya. Rasa Dia amat dekat di hati. Amat-amat dekat. Sesungguhnya, rasa ini bukan datang sentiasa. Setiap masa. Payah benar menghuni hati. Sukar benar mendidik jiwa.

Allahhu Allah.

Hanya doa jadi sandaran. Lirih hati, pengaduan jiwa yang terus berbisik tanpa henti. Merintih tanpa pernah puas. Walaupun saat itu, jiwa bergelumang dengan dosa. Bilamana jiwa sedang menyesak dengan dosa-dosa, ke mana lagi hendak dihamparkan segala kegelisahan dan kecurangan itu melainkan kepadaNya?

Hanya Dia yang memahami gerak hati. Tingkah laku. Kelemahan. Ketewasan. Kekalahan. 

Biar setitik, seseni apapun. 

Hermm.

Saya benar-benar tak tahu. Tak tahu hendak diperbuat apa, melainkan terus melawan. Mujahadah tak kira masa. Biarlah kalah berulang kali pun. Tewas sebanyak mana pun. Usaha lagi, dan lagi dan lagi. Bukan kerana diri ini alim, atau warak setinggi mana. Hanya kerana dari itu ketenangan datang. Hanya kerana Dialah yang paling Maha Tahu segala.

Dia sesungguhnya tempat mengadu. Tempat meluahkan kekesalan dan segalanya.
Mohon Dia tumbuhkan minat, cita-cita, harapan, hanya untukNya. Gerakkan langkah kaki hanya untukNya. Pasangkan niat apapun hanya untukNya. Cinta, kasih, rindu, untuk sesiapapun, apapun, hanya dariNya, dan kembali kepadaNya.

Segala-galanya untukNya.

Sesukar apapun menumbuhkan “rasa untukNya” itu, mohon Dia ajar. Dia didik. Dia halakan diri, hati, fikrah, semuanya ke arahNya. Lambat-lambat pun tak apa, asalkan bergerak ke arah Dia.

Ya Allah.

Saya takut. Sungguh-sungguh takut.

Bantulah aku untuk faham lagi dan lagi. Beramal lagi dan lagi. Sampai bila-bila pun.

Tetapkan hati.

Amin.



ansor.
keramat.

No comments: