Pages

Wednesday, May 18, 2011

Saya tak sempurna!




Sem ini terlalu banyak mengajar diri. Meski hanya satu subjek, tapi masa-masa dan detik-detik adalah ruang paling berharga untuk saya makin kenal diri sendiri. Saya banyak buat salah. Saya banyak kekurangan. Saya kaya kejahilan. Saya lemas dalam alpa. Saya tak beringat. Saya attach pada orang dan perasaan yang salah.

Dan.. bukan pada Allah! 
Saya..saya..dan saya.  

Makin banyak merenung, makin terasa banyak yang perlu diperbaiki. Dan, kadang-kadang, saya lost. Tak tahu nak melangkah dengan gerak dan cara yang macam mana. Saya pernah terfikir nak delete dan deactivate facebook, sebab kadang-kadang diri merasakan tak mampu nak mengawal "kealpaan" yang timbulnya dari situ. Saya tak boleh nak selalu menjaga "taqwa" supaya sentiasa mengeluarkan perkataan yang baik-baik.

Hanya Allah yang tahu. Kalaulah dosa ini dikumpulkan menggunung, membusuklah dunia. Sayalah bangkai itu! Ya Allah.

Terfikir juga untuk delete blog, biar saya menjauh seketika. Adanya rasa malu menjengah, bila diri sekadar melontarkan luahan hati yang entah apa-apa, melekakan pembaca dan sebagainya. Main-main, tak serius, dan entah diri ini dicampakkan ke dalam golongan yang mana? Saya tak mampu mengawal hati dan perasaan supaya cenderung untuk menjaga mata, hati dan lain-lain. Lemah! Totally!

Hmm.

Bila akhlak tak terjaga, iman pun perlahan-lahan akan jatuh. Kesannya pada amal. Seruan kebaikan kita tak diendahkan, kata-kata kita tak dirasai ke hati, gerak kerja lambat, solat tak khusyuk, qiyam tak konsisten, zikir tak terasa, dan sebagainya.

Sedangkan makin dekat seseorang dengan Allah, makin dia jaga taqwanya. Berhati-hati dan sensitif agar tak mengeluarkan sesuatu yang tak bermanfaat. Dia jaga hatinya. Mujahadah ini ternyata perlukan pengorbanan luar biasa. Makin hari, makin rasa sukar. Makin rasa payah, dan payah.. 

Allahhu Allah.

Dan, saya mulai sedar proses ini ada tingkatan atau level.

Sungguh-sungguh, banyak sangat kelemahan diri. Kadang-kadang, sampai tak tahu nak betulkan yang mana satu dulu. Berlawan dengan kehendak hati, dan sungguh proses memperbaiki diri sangat menyakitkan. Pedih. Kena lawan yang sungguh-sungguh! Harus kuat. Cekal. Paling penting, berani untuk berbuat.

Saya cemburu. Cemburu pada mereka yang kuat.
Sungguh-sungguh!
Pada anda yang berbuat.
Pada anda yang jujur dengan diri sendiri.
Pada anda yang ikhlas.

Pada anda yang cekal. 

Kuatkanlah aku dengan kekuatanmu. 
Tampunglah kelemahanku, dengan segenap kelebihanmu.  

Yakinkan aku, kita sentiasa ada Allah.
Doa kita dimakbulkan, tapi dengan cara Dia yang terindah.

Saya perlu.
Perlukan awak.

Selalu!
Untuk mencintai saya, supaya mencintai Allah! 

Menelusuri ketidaksempurnaan bersama-sama itu, INDAH..!
hujan.

Gombak.

 

3 comments:

mira aziz said...

siapa pun kita, kita takkan dari dari kealpaan.. cuma yg membezakan kita adalah cara kita meguruskan kealpaan itu... jgn terlalu memandang negatif diri, kerana itu akan meghalang unsur positif mendekati... awk tahu awk boleh, saya tahu awk boleh. awk tahu awk kuat, sy tahu awk kuat. mintalah padnya lebih lagi, dan bertawakallah...

الفاضلة الدّكتورة نور الخديجة بنت محمد said...

whi sahabt y kucintai...
lama xdgr kabar..
huhuhuhu...
sesungguhnya setiap insan memiliki kelemahan dan kekurangan....
diri kita sendiri y perlu menyelesaikannya dgn cara y baik...
dijah tau Umy blh wat k!!!!!!!!!!!!!!
dan....doakan kita wat y terbaik u hidup ni ekk... ;-)

intan syahidah said...

saling menguatkan ye syg. makhluk bernama manusia memang sifatnya selalu futur.
tetapi kita boleh sentiasa berusaha, dan Allah pandang usaha kan?
jom mujahadah sama-sama ye, bantu kite juga ye umy...
:)