Pages

Thursday, May 19, 2011

Murabbi.

 


Debar tak hilang.
Tidur tak nyenyak.
Otak asyik berfikir.
Jantung macam berlari.

Dan.. aku sungguh kalut.
Terasa sukarnya.

Memang betullah. Belanjalah harta sebanyak mana pun, duit berjuta-juta sekalipun, kemewahan melimpah-limpah, kalau Allah tak izinkan, kita tak mampu sedikitpun mencuit hati manusia. Semuanya lahir dari ketaatan kita kepada Allah. Kecintaan kita kepada Allah, dan itulah jambatan yang akan menjalin cinta antara dua makhluk. 

“Dan yang mempersatukan hati-hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, niscaya kamu tidak akan dapat mempersatukan hati-hati mereka, akan tetapi Allah S.W.T.  telah mempersatukan hati-hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (Al-Anfal: 63)

Apapun, ini learning process.  Manusia adalah makhluk yang paling kompleks. Membina manusia, tidak sama dengan membina bangunan. Membina bangunan hanya perlu kemahiran, teori, dan bahan mentah. Tapi, manusia ada emosi yang berubah-ubah. Tidak konsisten. Hari ini dan esok berbeza. 

Perlu kesabaran, ketabahan, kecekalan. Paling penting, IKHLAS. Ikhlas untuk memberi sepenuh hati. Ikhlas untuk memberi tanpa dibalas. Ikhlas untuk melihat pembaikan-pembaikan yang terbina atas kejahilan.

Bilamana, kita hanya bekerja kerana dan untuk Allah, maka apapun refleks dan respon dari manusia, kita akan terima dengan redha. Apapun tindak balas negatif dari manusia, kita tak akan sesekali terkesan, malah lebih berusaha gigih untuk bermuhasabah, dan memperbaiki hubungan dengan Allah. Kerana Dialah satu-satunya penyatu hati. Penggerak jiwa dan akal.

Lebih berusaha gigih untuk belajar dan menambahkan ilmu. Gigih untuk mengenal jiwa manusia. Gigih untuk mendalami hati manusia. Gigih untuk mengawal gopoh, dan perasaan tidak sabar. Gigih untuk merendahkan ego. Gigih untuk menjaga hati.

Ternyata kerja murabbi bukan calang-calang. 

Hati kena bersih. Fikiran harus jernih. Usaha harus perih. Wajar letih, dan doa memang wajib lebih.

Allahhu Allah.

Saat inilah, baru mula tergelak dan tersenyum sendiri.

Sebeginilah kerasnya hati aku.
Ego.
Bongkak.
Lari.
Mengelat.
Banyak alasan.

Ternyata, sabarmu lebih berbanding sabarku.
Sabarmu kusanjung, duhai Murabbiku.

Terima kasih.

Belajarlah untuk IKHLAS.
Belajarlah untuk SABAR.
Belajarlah untuk BELAJAR.

Dari hati, pasti akan sampai ke hati.

Belajar memberi bukan apa yang kita mahu,
tapi apa yang mereka perlu.

Improve!



mengenang murabbi-16 mei.

ya Allah, jadikan aku seorang murabbi.
amin3. 

:)

No comments: