bismillah
(i)
kalau kata Confucius, "choose a job you love and you will never have to work a day in your life," maka adakah saya masih mencari, atau apakah sebenarnya kita akan menemukan ketika memulakan? hmm.
'Allah, pimpinlah hatiku selalu.'
______
(i)
"selalu bila orang tulis ulasan filem, dia sebenarnya bukan tulis ulasan. dia hanya tulis sinopsis semata-mata." - status fb Kak Eja
inilah sebabnya mungkin, saya tertarik membaca ulasan-ulasan Kak Eja tentang filem, antaranya JAGAT. babak yang paling saya suka ialah sewaktu Apoi (watak utama) mempersoalkan tindakan guru seninya yang memberikan gred C pada lukisannya. padahal padanya, itulah yang terpaling unik dan cantik, berbanding lukisan rakan-rakannya yang lain.
ya, Apoi digambarkan seorang budak darjah 6 yang bersungguhan minatnya terhadap seni. dia mampu menuliskan karangan dengan daya imaginasi yang luar biasa, bertajuk 'the flying pen'. sayangnya, dia dimarahi ayahnya kerana ia setentang dengan logik dan rasional. dia juga mampu membayangkan sesuatu yang di luar kotak dengan melukiskan corak batik. malangnya, lukisannya digredkan C.
saat ditanya, gurunya akur pada keindahan lukisan tersebut. namun pada si guru, Apoi tidak menurut arahan. ketika diberikan sudu dan gelas untuk dilukis, Apoi malah 'melukiskan' dentingan bunyinya. ini salah! (fuh, saya tergamam menonton babak analogi ini)
"Apoi sekali lagi tidak mendapat A untuk subjek lukisan sedangkan idea yang dibawa olehnya adalah idea luar kotak. Apoi tidak melihat sesuatu secara zahir tetapi melihat kepada subteks sesuatu perkara. hal ini disebut oleh gurunya - spoon and glass. but you draw the clink. sudu dan gelas hadir secara zahir. dentingan bersifat batiniah." - Saiyidah Muizzah, BukanAmigoBiasa
saya teringat Einstein dalam salah satu kuotnya;
selebihnya adalah tentang perjalanan hidup Apoi, terbelenggu oleh dunia JAGAT (jahat). kepuasan diri yang tak tertunai, kehendak diri yang tak terpuas, menemukan puntung rokok dan longgokan sampah di akhir cerita. kesudahannya, pada nilaian masing-masing. pendek kata, saya mahu tonton kali kedua untuk menaip semula dialog-dialognya!
"everybody is a genius. but if you judge a fish by its ability to climb a tree, it will live its whole life believing that it is stupid." the question I have for you at this point of our journey together is, "what is your genius?"
selebihnya adalah tentang perjalanan hidup Apoi, terbelenggu oleh dunia JAGAT (jahat). kepuasan diri yang tak tertunai, kehendak diri yang tak terpuas, menemukan puntung rokok dan longgokan sampah di akhir cerita. kesudahannya, pada nilaian masing-masing. pendek kata, saya mahu tonton kali kedua untuk menaip semula dialog-dialognya!
(ii)
sayang sekali untuk saya habiskan Black Milk: On Motherhood and Writing. maka, saya memilih untuk membacanya perlahan-lahan, halaman demi halaman setiap hari. tentang perjalanan Elif Shafak, berbelah bahagi antara dunia karier atau parenting/motherhood, antara perempuan yang indipenden, intelek, moden atau perempuan yang 'perempuan' (di rumah; jaga makan pakai suami, jaga anak, dibelenggu kerja-kerja rumah; memasak, membasuh dan sebagainya).
ringkasnya, buku ini adalah persoalan-persoalan hidupnya, sebuah perjalanan dalam menemukan suara-suara yang asli dalam dirinya. tentang kesangsiannya, tentang keraguannya, tentang keinginannya, tentang pengharapannya, tentang ekspektasinya, yang secara tidak langsung menemukan 'saya' dalam Elif Shafak.
saya suka bagaimana Elif menonjolkan suara-suara (The Choir of Discordant Voices) dalam dirinya dengan jelmaan/figura finger women. setiap satunya punya personaliti, watak malah nama sendiri; Miss Ambitious Chekhovian, Miss Highbrowed Cynic, Little Miss Practical, Dame Dervish, Mama Rice Pudding, Blue Bell Bovary dan lain-lain.
Black Milk, Elif Shafak; pg. 31 |

nah, meski ia bercerita tentang dia dan hidupnya, temanya jelas, padat, dan spesifik, namun ia membuatkan saya lebih bertanya tentang saya dan bukan dia. entah, buku yang baik (pada saya) selalu begitu; ia tidak menyuguhkan arahan, tetapi menawarkan pilihan. ia tidak terus-terusan memberi sebelum mengajak kita terlebih dahulu berfikir.
passion Elif dalam dunia penulis dan penulisan tak terbelah bahagi, hinggakan marriage dan motherhood menjadi antara pertimbangannya. dunianya sepenuhnya dengan buku, kajian dan tesis, sebelum dia bertemu Eyup dan suara-suara asli dalam dirinya sendiri. saya suka alur ceritanya yang diselitkan dengan kehidupan peribadi penulis-penulis lampau; Leo Tolstoy, Sylvia Plath, Jane Austen, Fitzgerald, Ayn Rand dan sebagainya.
serius, penulis memang psycho, ahah! lagi-lagi kes penulis bertemu penulis, kemudian bercinta dan berkahwin. kegilaan apakah apabila saling menyaingi di pentas sastera, siapa paling handal? macam Zelda dan Scott Fitzgerald. ada dalam salah satu catatannya, Zelda menuliskan;
jadi apakah kesudahan Elif Shafak? entah, saya masih (mahu) membaca.
(iii)
saya cemburu dengan Apoi, cemburu dengan Elif, cemburu dengan orang-orang yang bertemu dengan sebenar-benar passion dalam jalur hidup mereka. ada yang menulis, ada yang berbisnes, ada yang melukis, ada yang beraktivisme, ada yang menubuhkan itu dan ini, baik passion ukhrawi mahupun duniawi.

Black Milk; Elif Shafak; pg. 133 |
jadi apakah kesudahan Elif Shafak? entah, saya masih (mahu) membaca.
(iii)
saya cemburu dengan Apoi, cemburu dengan Elif, cemburu dengan orang-orang yang bertemu dengan sebenar-benar passion dalam jalur hidup mereka. ada yang menulis, ada yang berbisnes, ada yang melukis, ada yang beraktivisme, ada yang menubuhkan itu dan ini, baik passion ukhrawi mahupun duniawi.
kalau kata Confucius, "choose a job you love and you will never have to work a day in your life," maka adakah saya masih mencari, atau apakah sebenarnya kita akan menemukan ketika memulakan? hmm.
"I WANT YOU TO STOP THINKING. STOP EXAMINING, STOP ANALYZING AND START LIVING THE EXPERIENCE." - Dame Dervish
'Allah, pimpinlah hatiku selalu.'
______
*menulis ketika ketiadaan Faaizz di rumah Ahad lalu, kemudian terhenti dek aktiviti memasak sambal-sotong-yang-sekian-lama-baru-terasa-macam-sambal. akhirnya, terpublish jugalah entri ini di hari ini. (ya, bajet macam ahli politik anak sepuluh, bukan? lol)
4 comments:
Faaizz tu memang sejenis yang selalu takde kat rumah ke?
anon;
hmm, dia ni berjenis orangnya. ada takda dia unpredictable XD
hmmmm...
alhamdulillah saya masih mampu membaca entri ini.
kah!
ala tersipu pula membaca di bilik guru
hmmm... (sambil menjeling buku yang belum (ingin) dibaca)
p.s: that book is interesting. I need (must) find some time to read. hmmm...
alyaa;
alyaaaaaaaaaaa, amboi lamanya tak komen kat blog ittew. jomlah kita mulakan balik hobi kita dedulu, saling berkunjung dan menyedekah komen, hahaha. i miss u dear!
ps: super duper interesting level dia, serius. beli kat kino, rm 49.50.
Post a Comment