Pages

Wednesday, December 30, 2015

Sebuah Catatan #Throwback (baca: ter-robek) Jiwa;

bismillah

Christoper Nolan dalam Following (1998) melalui watak Cobb mengatakan begini; 

"YOU TAKE IT AWAY, AND SHOW THEM WHAT THEY HAD."

nah, tidak seperti yang kita bayangkan, Cobb berbeza dari perompak-perompak yang kebiasaannya memecah rumah orang dan mengambil segala isi rumah yang berharga. 

uniknya, Cobb cuma menggeledah dan mengambil sekadarnya, untuk membuatkan penghuninya 'terhenyak' dan 'terkesima' seketika dengan apa yang pernah dia punya, namun tidak pernah dikenang-kenang atau disayang-sayang. 

semisal cuma memunggah kotak-kotak lama berisi surat, resit atau diari lama, atau sekadar mengambil sebentuk subang emas dan meletakkannya di tempat lain, biar terbugar semula semua kenangan-kenangan lalu; 'oh, aku pernah ada ini! oh, aku pernah beli ini! oh, aku pernah simpan ini'! dan itulah hakikatnya 'pekerjaan' Cobb.




"that's what it's all about-- interrupting someone's life, making them see all the things they took for granted.
like when they go back and buy all this stuff from the shelves with the insurance money, they'll have to think for the first time in a long time... why they wanted all this stuff, what it's for. 
you take it away, and you show them what they had."

ini filem pertama Christoper Nolan, selain yang mahsyuk tertayang di skrin dengan nama Interstellar. filem ini cuma berlatarbelakangkan warna hitam putih, dan ada juga ura-ura yang mengatakan, ini merupakan antara filem yang menggunakan bajet paling rendah! paling saya suka, watak utama dalam ini, Bill merupakan seorang penulis dan wataknya (hmm, tengok sendirilah). 

kebanyakan filem tentang penulis, seringkali menayangkan watak seorang psiko. pernah akur dan rayu Faaizz pada saya di suatu hari, "awak janganlah psiko!"

kah kah kah.
(kalau tidak psiko, macam manalah mahu jadi penulis). 

membaca dan meneliti reviu tentang filem ini, saya suka juga dengan ulasan ini;

"i found it interesting on how Christopher Nolan got inspired for writing the script for this film. he said that his house got burgled and he wondered what where they were thinking when they were robbing the house. from then on, he got inspired that from that in order to write the script. i found that so inspiring, because being an aspiring filmmaker myself makes you appreciate on how inspiration can hit you at such desperate matters." - Fuwad Abrar

masha-Allah, wow!

ii. 

semacam Cobb, sebegitulah juga yang dilakukan makhluk bernama Facebook dan Instagram; menayangkan dan memunculkan semula hal-hal terkebelakang, dengan meletakkannya di sini dan di situ untuk mewujudkan kesemua memori-memori lampau, bahawa kita pernah begini dan begitu atau kita pernah ada ini dan itu. 

ketika orang lain sibuk membuat siri #throwback di Facebook atau #bestnine di Instagram, maka moleklah juga saya berkira-kira dan membuat siri #throwback di blog kesayangan saya ini, bahawa telah tertulis cuma 40 entri termasuk entri yang ini, untuk sepanjang tahun 2015. 

ah, betapa rancunya dan kecewanya hati saya kerana terlalu sedikitnya saya menulis (dan membaca)! entah apalah yang disibuk-sibukkan seorang saya itu, hingga langsung tidak menyempatkan diri untuk menulis refleksi perbuatan dan pekerjaan harian, fuh!

sekian tertulis dan terangkum hal-hal yang ini, buat menjadi kenang-kenangan di hari esok;



tipulah kalau saya mengatakan bahawa tiada langsung hal-hal yang saya kesalkan, sebesar dan sekecil apapun. ah bukankah sesal ini klise, setiap kali melangkah ke tahun baru? namun entah, saya percaya tahun ini ada yang beda, jauh dari tahun-tahun terkebelakang di mana saya cuma berada antara persimpangan; sama ada diri dan studi atau diri dan kerjaya. 

mendepani tahun 2015-2016, prioriti seakan teralih pada hal-hal yang kononnya lebih 'matang' dan 'dewasa'; diri dan kerjaya, diri dan famili, diri dan masyarakat. 

Disember ini pula seakan 'memperlihat' dan 'menayangkan' semula turun naik dan jatuh bangun saya. entah, sama ada secara kebetulan atau tidak, saya seakan 'dijumpakan' dengan hal-hal dahulu yang saya terlalu suka dan cinta! menghadiri acara-acara puisi/buku (Dialog 3 Penyair, Malam Puisi GKLN) serta seminar/bengkel tentang penulis dan penulisan (Bengkel Mengubah Imaginasi Menjadi Kata-Kata), selain mencuba dan menemukan hal-hal yang baru, kesemua ini sepertinya membugarkan semula rasa-rasa, harapan-harapan dan mimpi-mimpi yang dahulunya saya mahu dan sesungguhnya percaya, ia 'ada'! ia adalah seakan -pra sebelum realiti 2016 muncul.

sebagaimana pernah saya katakan sebelumnya;

"I DIDN'T ALWAYS KNOW WHAT I WANTED TO DO, BUT I KNEW THE KIND OF WOMAN I WANTED TO BE." - DIANE VON FURSTENBERG

hidup kita tidak pernah sempurna. jadi definisi saya sederhana, tidak terlalu rendah dan tidak terlalu tinggi. saya cuma mahu menjadi perempuan yang 'bahagia' (jasad dan jiwa), kerana dia yang 'bahagia' sahaja akan selalu mampu membahagiakan.  

SELAMAT MAMPIR 2016!

2 comments:

atenmunirah said...

Tulah kan ! Tak melayan sangat pun untuk ber #throwback ataupun ber #bestnine walaupun majoriti orang dah terpengaruh. Banyak juga tu 40 entri untuk setahun, saya ni ceritanya banyak tapi M-A-L-A-S menaip di blog. Instagram laju pulak --' Semoga tahun 2016 nanti, kita semua bakal gigih menulis dan menyimpan memori-memori terbaik (dan mungkin juga sedih) untuk kita kenang kembali mungkin 10 tahun lagi. Thanks for the inspiration kak! btw, jealous sebab akak sangat gigih membaca. Esok dah hari last 2015 dan saya masih ada 7 buku on hold T.T p/s : maaf terpanjang komen. hiks

Umairah. said...

atenmunirah;

hihi, sebenarnya akak suka jugak tengok orang #throwback. bagi memori ke kita balik, gitu :')

selamat menulis dan (membaca) aten. thanks sebab sudi menyinggah. dah jarang orang komen di blog ni. semoganya saling menyebar inspirasi, insyaAllah.

ps: tengah baca buku apa tu. sharelah dalam blog pls! XD