semalam, aku cuba untuk letakkan engkau dalam satu-satu kata untuk menerangkan engkau. aku pilih beberapa, terbiasa terletak dalam rangkap puisi-puisi cinta.
cukuplah hujan, awan, bulan; kata-kata yang aku gemar. lalu, aku terfikir-fikir semula, bahawa tiada sepatah pun paling tepat atau sempurna mengena dengan engkau.
tersedar aku, selama ini engkau cuma menjadi engkau; yang bukan hujan; bukan awan; bukan bulan; bukan satu-satu kata yang konkrit, jitu, tepat atau tuntas dalam kamus aku. bahkan, nil; kosong dan tiada yang menyamai engkau!
engkau cuma menjadi engkau; menjelma hujan saat bumi kontang kekeringan; merubah awan saat terik mohon teduhan, menjadi bulan saat malam butuh lindungan;
ENGKAU CUMA MENJADI ENGKAU;
SAAT AKU (-SEBETULNYA) MENJADI AKU.
6 comments:
tika itu,setiap malam aku mengintai dan menanti entri terbarumu
setelah lama aku berhenti
aku terasa sepi
oh akak,bila lah kita boleh berjumpa..lagi?
:)
terima kasih, dik.
aishah ke ni? hihi.
aishah?siapakah dia?
hahahaha..osemnya akak sorang ni..memang senang cam ea..T_T
senang je, hihi :P
akak ada sixth sense, heh.
Hmmmmmmmm
Post a Comment