Pages

Monday, December 30, 2013

randomisasi hujung Disember;

bismillah

hajat di hati, terlalu banyak yang ingin dituliskan. pun begitu, tidak tahu yang mana harus saya mulakan dahulu. paling penting, saya mahu tulis sebebasnya, tanpa terlebih dulu menjadi hakim, atau editor kepada tulisan sendiri.

atau dengan bahasa tingginya (ehems), tanpa terangkat pena dari kertas (baca: jari dari papan kekunci).

nah, randomisasi (contengan) hujung tahun;

(i)

kadang-kadang saya merasakan seorang penyair itu sebenarnya sungguh suka 'berlagak pandai'. sebab saban waktu; di dalam bas, di stesen LRT, dalam tren, di perhentian bas, di tengah kotaraya, di Jalan Petaling, di kafe HS, di dalam pejabat Deen Prints, di pasaraya KK, 7 Eleven, di blok G Sumaiyyah, di semua tempat, sungguh suka sekali dia cuba-cuba mentafsir atau menterjemah kehidupan orang lain, menjadi sebahagian hidupnya.

lalu menjadi bahagian inspirasi yang tertuliskan, indah. bak kata a. samad said; "bagi setiap penyair gundah, daun gugur pun dirasakan indah"

untuk seorang 'saya', maka 'double'-lah 'berlagak pandai'-nya. sudahlah bukan seorang penyair, ada hati pula mentafsir dan menterjemah kehidupan orang lain, lalu dikemaskan menjadi sisi-sisi hidupnya.

oh! saya bukan penyair, saya penulis (triple berlagak pandai)
"if you are a writer, or want to be a writer, this is how you spend your days; listening, observing, storing things away, making your isolation pay off. you take home all you've taken in, all that you've overheard, and you turn it into gold. (or at least you try.)"
― anne lamott

(ii)

walid ummi dalam perjalanan menghantar iman ke sbpi kubang pasu. esok, giliran insyirah pula ke gombak. adik saya kedua-duanya sudah enam belas dan tujuh belas tahun! senang cerita, yang seorang tingkatan empat, dan yang seorang lagi tingkatan lima. menganga, bagaikan tidak percaya.

apabila diluahkan ketidakpercayaan saya itu, mereka lebih terkekeh-kekehkan saya, termasuklah ummi di meja makan. "kakak dua puluh lima, okay? tuanya!". dan seperti kebiasaannya, bermulalah topik-topik hangat di usia 'emas' sebegini. 

menyebut tentang itu, saya tidak pasti, kalau cinta itu sebenar-benarnya wujud. sememangnya ada, tapi kabur, atau cuma tercipta selepas akad; "sakinah, mawaddah wa rahmah", sebagaimana firman-Nya. bagaimana seseorang boleh yakin dia sememangnya telah jatuh cinta, atau cuma mainan perasaan? atau seseorang sebenarnya hanya pertama-tama kali jatuh cinta, setelah kesemuanya menjadi halal?

'fresh' dan 'alive'! (woah, hiperbola!).

entah. 
andai dia sabar menunggu hingga sampai waktunya. tidak mudah memporak-perandakan gundah-gulana, resah-gelisah, mabuk-rindu jiwanya, demi memposisikannya ke letak duduk yang lebih tinggi, itu berarti dia mencintai Tuhannya, lebih daripada mencintaimu.

dikhuatirkan apa, kalau dia memberikan cintanya padamu, terlebih kepada yang lebih layak menjaganya.
itu suatu penghormatan buatmu, adik! maka, men-cintalah, ber-cintalah, dengan paling terhormat!
ha, sudah!

kenapa pula saya tiba-tiba bercakap tentang ini? hmm, lebih baik daripada menjadi seorang 'pseudo-intellectual' apabila cuba-cuba bercakap tentang kenaikan harga, turun, dan yang sewaktu dengannya. jujur, bukan kepakaran walaupun sesekali tersangatlah teringin menulis tentangnya.

oh, selamat bercinta, adikku! (sobs T.T - hiperbola)

(iii)

serasa-rasa saya, mereka-mereka yang terdekat, tahu saja saya ini terlalu 'random', dan 'unplanned', hinggakan saya dihadiahkan beberapa planner sebagai hadiah hari jadi.

anda semua memang 'Eva Wu' saya! dan dua tiga hal, telah terencana dalam perancangan. sebab, kebiasaannya (sejak dulu), apabila saya mula menuliskan sesuatu impian atau harapan, ia pasti akan tertunai baik dengan sangat cepat mahupun dengan sangat lambat. mungkin sebab, telah tertulis menjadi niat, lalu Allah permudahkan jalannya, subhanallah!

jadi, tulislah apa-apa saja yang menjadi keinginan, meskipun tidak ternampak ruang-ruang keberhasilannya. tapi, kalau difikir-fikirkan, siapa lagi yang lebih hebat dari 'kun fa ya kun'-Nya, bukan? hmm.

terutamanya, moga makin disayang Tuhan, Umairah! mohon lebih ter-ikhlas dan ter-arah dalam beramal. juga, saya mahu jadi setegar dan setabah ini, dan selalu mampu menginspirasi orang-orang sekeliling;

"she stood up. something inside her had changed. "it was finally time," she thought. it was finally time to leave the past in the past. and move on. she took her first step. it felt like walking for the first time. it was strange to not be chained anymore. it felt like life. like hope. like happiness." 
- yasmin mogahed
indah!

(iv)


"the way home should be. warm and golden" - daphne gottlieb

tiada yang ternikmat melainkan duduk-duduk dan bersenang-santai di rumah. bahagia!

mungkin inilah yang dirasakan Handzalah sewaktu jujur mengaku; "nafaqa Handzalah! nafaqa Handzalah! (Handzalah telah munafik! Handzalah telah munafik!)", pada Saidina Abu Bakar.

terkejut Abu Bakar R.A mendengar pengakuannya, lalu dilanjutkannya lagi; "jika bersama Rasulullah S.A.W, aku seolah-olah melihat Syurga dan Neraka. namun, sekembalinya aku ke rumah bersama isteri dan anak-anak, aku seolah-olah telah melupakan itu."

subhanallah!
sungguh sensitif dengan iman, dan proaktif dalam amal.

moga cuti di penghujung Disember ini, lebih termaknakan, buat merenung dan bermuhasabah agar lebih sensitif dan proaktif dalam beramal.

"Ya Allah, tempatkan aku di tempat yang berkah, dan Engkau adalah sebaik‐baik pemberi tempat" (al-Mukminun: 29)

ameen.

(sekianlah sudah, tulisan yang triple 'berlagak pandai', huhs!)

 ps: jemput baca ini, Majalah JOM! Isu #22 :)

No comments: