Pages

Thursday, August 22, 2013

Manguel untuk Ibu.

bismillah

selain anak-anaknya yang aktif, cerdas dan bijak, antara perkara yang menarik minat saya sewaktu berkunjung ke rumah seorang akhawat ini ialah, buku-bukunya. 

tersusun berderet di rak-rak memanjang dan meninggi. subhanallah, ini memang Syurga bagi saya. setiap rak masing-masing punya label tersendiri; tafsir hadis, perisian komputer, terapi hati, teori konspirasi, novel, rumahtangga, keibubapaan, termasuklah buku cerita kanak-kanak.

Syurga, memang Syurga!

--

kebetulan akhawat ini berprogram, dan anak-anaknya ketiadaan penjaga, maka saya di situ bersama seorang lagi sahabat yang lain. 

dan saya telah membayangkan (dengan riangnya) senario dua aktiviti dalam satu masa. menjaga anak-anak cerdik ini, sambil membaca sekurang-kurangnya satu bab dari sebuah buku di situ. 

maka 'Reclaim Your Heart' tulisan Yasmin Mogahed, saya 'cabut' dari rak. 

dengan tenangnya, topik 'Salah: Life's Forgotten Purpose' dibaca, sebelum aksi silat, rebut 'remote', perang mulut, ajak solat, main 'bingo, hamburger', pujuk masuk toilet (sebelum tidur), tutup tivi, tutup mata, dan akhirnya satu-satu terlelap.


dan bila lampu tengah dipadamkan,
lampu belakang pun terpasang. 

mungkin ini, waktu  paling masyuk untuk mana-mana 'Ibu' membaca.
fuuuuuh.

atau apa dunia ada 'menawarkan' Manguel untuk Ibu?
Syurga, memang Syurga!


_____
*wiki: "..as Borges was almost blind, he would ask others to read out loud for him, and Manguel became one of Borges' readers, several times a week from 1964 to 1968.."

No comments: