terjumpa soalan provokasi, yang terjawab jiwa rendah |
hari kelima, kopi pertama |
warna dakwah |
tempat escape paling nyaman |
sini, lagi |
writing-block; inspiree: rosemarie urquico |
melayan kantuk |
bosan |
keluar rumah, bau asap |
ummi |
mencerah jiwa! |
--
bekerja vs belajar
dan aku semakin mengerti.
dua minggu bekerja, suasana belajar dan bekerja ketara berbeza.
paling ketaranya, belajar sebenarnya lebih bebas. hari-hari kita adalah hari yang baru. ke kelas yang sama, kedudukannya mungkin berbeza. waktu yang sama, yang kita jumpa di laluan, adalah orang-orang yang berbeza. ustaz ustazah yang sama, nasihat, tunjuk ajar, malah kata-kata mereka sehari-harian berbeza-beza.
perbezaan ini sebenarnya yang mewarna-warnikan hari-hari. tanpa sedar, dari kesedihan, kegagalan, dan perjalanan sehari-hari itu sebenarnya yang menyumbang inspirasi, ilham, pengalaman, hingga menjadikan hidup ini terasa, sangatlah indah!
rasakan, dan nikmatkan momennya!
..walaupun mungkin, andalah itu yang kini sedang tersedu-sedan di pojok adm lr9, tepi masjid, dalam tandas, sepanjang laluan tasik Maryam, dan paling biasa, tepi tingkap dalam bilik.
bertabahlah, oh!
ps: pun, boleh ponteng juga sekali-sekala. kerja mana boleh ponteng. err
axion
waktu tengah mencuci pinggan di dapur, tanya kak umi;
"awak suka bersihkan kotoran dulu, atau terus sabun atas kotoran?"
"erm, bersihkan dulu"
"macam hati kan? bila kotoran dah tanggal, baru senang nak cuci".
bersihkan hati,
bersihkan hati,
bersihkan hati.
ahlan Julai,
Ramadhan, bulan suci.
2 comments:
kakak :')
Alhamdulillah, dapat baca perkembangan kamu dengan gambar-gambar itu..
"bagi saya, dunia kerja sangat menarik. Belajar dalam dunia sebenar. setiap orang berbezalah... Dapat rasa walaupun seakan hari-hari mengulang rutin,setiap hari baru bekerja, ada sesuatu yang baharu."
all the best, umairah shafei.
eh, ada nak keluar buku? (soalan sengaja)
Post a Comment