bismillah
buku boleh jadi antara objek paling fleksibel.
fleksibel untuk dibawa jalan-jalan, dijadi peneman lelap sampai pagi. dibaca kerana bosan menunggu orang, bas, atau giliran. dibuat hadiah hari lahir, hari tunang, hari kahwin. dijadikan alat pencetus bual-bual ringan mahupun serius, atau boleh jadi juga alat 'cover' sewaktu bersendirian (sekurang-kurangnya, ada juga kawan), atau waktu-waktu mahu diam-sediamnya.
atau mungkin, peneman waktu lelah, sempit, tertekan, dan mahukan 'sesuatu' yang boleh menyentak minda dan menyapu semua galau, resah, gelisah, tanpa sedikit pun menyentuhnya. siapa lagi, kalau bukan buku?
atau dia yang boleh mengatakan "kau cantik", "kau pandai", "kau hebat", "kau mampu", "kau stail", "kau salah", "kau ego", "kau sombong", "kau jahat" dalam diam dan senyap, tapi jujur-sejujurnya terdengar.
tapi, dalam banyak-banyak fleksibiliti buku, aku paling suka yang ini;
momen bila kita sepahkan buku merata-rata (gara-gara belum habis baca, tapi ada saja orang ganggu, orang panggil, dan sebagainya); di ruang tamu, di depan tivi, di atas meja, di dalam bilik, di tepi katil, di atas sofa, dan di mana-mana saja. dan secara tak tersengajakan, orang-orang yang sedang bosan pun pegang, belek, dan baca, kemudian esok-esoknya;
"..best la buku akak tu..
diselang tambah;
..ammar (refer pada seorang lelaki) patut baca"
kata ummi di suatu hari. kemudiannya, lebih kurang sepuluh minit juga bercerita seputar isi yang sudah terbaca. perasaannya; like a boss. weehu! (alhamdulillah)
______
ps: sepah-sepahkanlah buku anda. untung-untung, menjadi objek dakwah. ameen! :)
1 comment:
betul2! books are magic :)
Post a Comment