Pages

Monday, April 1, 2013

"dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertaqwa" (al-furqan : 74)

bismillah


cdrhab; hlmn. 40

--

"bagaimana pandangan Islam melihat peranan ayah dalam keluarga? ini pertanyaan unik dan penting dikaji lebih mendalam. kerana ternyata sejarah hidup para ulama besar, para salafusoleh, umumnya dilatarbelakangi sentuhan pendidikan yang diberikan ayahnya. bahkan, dalam al-Quran tidak ada satu pun dialog antara anak dan ibu bapa mewakili ibu. yang ada mengenai dialog anak dengan ayahnya, hatta dalam kisah nabi yang sejak kecil diasuh oleh ibunya, iaitu Nabi Ismail a.s"

(xxi)

--

"buku ini kian menegaskan tidak ada pemisahan antara keluarga dan dakwah, sekaligus menjawab pertanyaan, "mana yang lebih penting, dakwah untuk umat ataupun membina keluarga?" sesungguhnya yang meletakkan dasar pergerakan dakwah moden seperti Hasan al-Banna telah memberikan contoh bahawa yang merasakan sentuhan pertama nilai pendidikan seseorang da'ie, justeru orang terdekatnya. jika dia seorang ayah, maka isteri dan anak-anaknyalah yang akan merasakan sentuhan pertama. begitu juga apabila dia seorang ibu"

(xiii)

--

"yang membentuk mereka semuanya, termasuk saya, adalah bapa mereka. saya hanya pelaksana sahaja. ibarat membina bangunan, suami saya yang membina kerangkanya, lalu saya mengisinya" - ibu wirianingsih

(xv)

--

"apa yang dilakukan oleh al-Banna sebagai tahap utama dalam mendidik anak-anak yang akan menjadi keturunannya, dimulai sejak proses memilih wanita yang bakal mendampingi hidupnya"

hlmn. 21

--

"ketika itu, nenek menyukai ibuku untuk dijodohkan dengan ayahku, kerana nenek melihat meskipun keadaan keluarga ibuku sangat sederhana, tetapi mereka berdikari mengadakan keperluan mereka bahkan mereka juga memasak untuk para pekerja yang ada"

hlmn. 22

--

"adanya visi yang betul dan kemampuan aplikasi sikap yang baik, adalah syarat utama dalam mendidik keluarga. apabila seseorang tidak memiliki visi dalam hidupnya, dia seperti seorang buta yang tidak memiliki petunjuk. atau, seperti musafir di tengah padang pasir tanpa memegang carta dan alat petunjuk apapun. apabila seseorang tidak mampu berperilaku yang baik, maka visi yang dimilikinya hanya bermakna ilmu teori semata-mata ataupun sekadar falsafah yang jauh dari kenyataan. dan kedua-dua keadaan itu tidak memberikan apa-apa manfaatnya"

hlmn. 29

--

"sesungguhnya tubuhmu mempunyai hak, keluargamu juga mempunyai hak"

hlmn. 30

--

"sikap pertama seorang ayah yang berjaya adalah apabila dia mempunyai carta perhatian yang menyeluruh terhadap anak-anaknya. sungguhpun begitu, sikap ini semakin hilang daripada kebanyakan para ayah. bahkan tidak sedikit para da'ie yang kurang memiliki perhatian terhadap perkembangan anak-anaknya dengan alasan sibuk dan perlu menumpukan lebih perhatiannya sepanjang hari di luar rumah untuk berdakwah"

hlmn. 31

--

"jika seorang anak merasa bahawa dirinya adalah orang nombor satu dalam hati orang tuanya, itu adalah modal utama kejayaan dalam mendidik mereka"

hlmn. 34

--

"kami begitu menyayangi ayah, sangat menyayanginya. kami mentaati keinginannya kerana kami sayang kepadanya, bukan kerana kami takut kepadanya"

hlmn. 35

--

"pendidikan dan tarbiah dihasilkan daripada berbagai-bagai cara. seperti masakan yang menggunakan sejumlah adunan dengan bahan-bahan yang baik. itu akan memberikan hasil yang bersih. yang penting, bukan pada jumlah wang belanja itu besar atau kecil, tapi yang penting adalah pola pendidikan dan pembinaan yang dilakukan di rumah"

hlmn. 39

--

"memberikan arahan dan nasihat, perintah, serta larangan, tidak menjamin kejayaan dalam mendidik anak-anak kecil. bahkan umumnya, langkah seperti itu menyebabkan mereka menolak dan jiwa mereka menjadi sempit untuk melakukan sesuatu yang mereka inginkan. cara yang baik dan benar adalah dengan menanamkan nilai dalam jiwa melalui cara yang lebih praktikal. pimpin tangan si anak untuk melakukan sesuatu sekaligus menerangkan caranya, dengan penuh kasih sayang, berhati-hati, serta latihan untuk menerapkannya"

hlmn. 41

--

selain teori, buku ini memaparkan praktikalnya juga. antaranya, method yang hasan al-banna gunakan dalam mendidik anak. contoh; merotan anak dengan hukuman paling berat baginya (menggunakan pembaris, dan mengetuk di telapak kaki tanpa sakit sedikitpun), tidak terlalu berterus-terang dalam menegur anak yang mencintai komik, bahkan mengajarkan anaknya mencintai buku yang lebih baik dengan membelikan buku sirah dan lain-lain untuk anaknya, deal dengan si anak dalam menyambut tetamu dan lain-lain. 

selain buku ini terkhusus menghurai peranan seorang ayah (yang mana, belum pernah saya jumpa dan baca di mana-mana lagi), buku ini pun kecil, nipis, tapi padat dan praktikal, mashaAllah!

cinta di rumah hasan al-banna;
selamat membaca! ;)

No comments: