bismillah
TAK KENAL, MAKA TAK CINTA
TAK KENAL, MAKA TAK CINTA
orang selalu cakap, "tak kenal, maka tak cinta".
bagaimana agaknya untuk mengadakan cinta, kalau kita belum mula berusaha untuk mengenal? dan bagaimana agaknya, untuk menumbuhkan cinta pada yang belum cinta, kalau kita sendiri belum merasakan cinta?
bagaimana agaknya untuk mengadakan cinta, kalau kita belum mula berusaha untuk mengenal? dan bagaimana agaknya, untuk menumbuhkan cinta pada yang belum cinta, kalau kita sendiri belum merasakan cinta?
hmm.
KRITIS KREATIF
waktu seminar penulisan (serumpun ii) yang dulu, banyak perkongsian ustaz salim a.fillah yang buat saya terfikir-fikir.
salah satunya, waktu beliau bercerita tentang buku cerita yang beliau akan bacakan pada anak-anak sebelum tidur. antaranya, cerita-cerita dongeng yang klisenya akan berakhir dengan; "dan mereka pun, hidup bahagia selama-lamanya".
salah satunya, waktu beliau bercerita tentang buku cerita yang beliau akan bacakan pada anak-anak sebelum tidur. antaranya, cerita-cerita dongeng yang klisenya akan berakhir dengan; "dan mereka pun, hidup bahagia selama-lamanya".
menariknya, ustaz salim akan akhirkan kisah-kisah yang beliau bacakan, dengan menggantikan; "dan mereka pun hidup bahagia selama-selamanya. bersabar bila ditimpa ujian, dan bersyukur bila dikurniakan nikmat". sebab kata beliau, mana ada hidup yang sempurna tanpa ujian. ini barulah namanya realiti kehidupan!
hmm.
HERO
sebut tentang cinta, tentang adik-adik ataupun (bakal) anak-anak, tentang membaca, tentang sirah, tentang Rabiulawwal, tentang program realiti tivi yang beraneka ragam, tentang pengalaman menonton #omarseries di waktu cuti, selain membaca buku sirah, perasaannya bermacam-macam.
banyak yang baru tahu, banyak yang belum tahu, banyak yang belum berbuat, banyak yang belum selesai. banyak yang belum kukuh dan utuh untuk satu saat nanti, 'dia', 'dia', 'dia' akan berkata pada satu dunia yang 'mencabar' iman dan fitrahnya; "hero saya Khalid Al-Walid. hero saya, Umar Al-Khattab". bukan Kpop, bukan Hollywood, bukan Bollywood, bukan Ultraman, bukan Spiderman, bukan Superman.
tapi, bagaimana agaknya kalau 'madrasah' -nya sendiri belum terbina, sebetulnya kenal, dan belum sesungguhnya cinta?
hmm.
Allahhu Musta'an!
ps: "but time growing old teaches all things" -aeschylus
:)!
5 comments:
Umairahshafei,
saya mahu tanya jika umy tahu buku sirah yang baik berkenaan cerita rasul?
Terima kasih.
# baharu teringat-ingatkan tulisa cik umairah yang manis, ada perkongsian rupanya. Terima kasih. :)
umy :) omarseries tu kisah ttg apa? mcm best
jamilah;
maaf sangat, jamilah. kalau buku khusus tentang kisah-kisah nabi dan rasul, umy belum pernah beli lagi. cuma, khusus sirah Nabi Muhammad, dan beberapa sahabat Rasulullah SAW. 'afwan katheer.
jazakillahhu khayran :)
fatin;
umy dah pm fb :D
umairahshafei,
baik. Sekadar bertanya. ;) kalau buku Sirah Nabi Muhammad, boleh saya tahu tajuk dan siapa pengaranya? (buku yang pernah umy baca)
Terima kasih.
Maaf banyak bertanya.
jamilah;
umy dah pm fb :)
Post a Comment