al-fath
"apabila tentera islam memasuki sesuatu negara, maka itu tidak dinamakan dengan penaklukan atau penjajahan. sebaliknya dipanggil al-fath iaitu pembukaan seperti fath al-makkah yang bermaksud pembukaan makkah.
maka gerakan umat islam pada zaman kegemilangannya apabila memasuki sesebuah wilayah dinamakan al-futuhat al-islamiyyah iaitu pembukaan islami.
ini bermaksud kedatangan umat islam kepada sesuatu wilayah atau negara bertujuan memberikan kemerdekaan jiwa daripada penindasan, kehinaan, dan kekejaman kepada satu sistem yang adil, yang berteraskan akidah benar."
- mengemudi bahtera perubahan minda, dr maza, hlmn. 176
--
maratibul 'amal
"kita akan menempa diri, sehingga setiap kita menjadi seorang muslim sejati. kita akan membina rumah tangga-rumah tangga kaum muslimin menuju terbangunnya rumah tangga islami.
setelah itu, kita akan menempa bangsa kita menjadi bangsa yang muslim, tertegak di dalamnya kehidupan masyarakat yang islami. kita akan meniti langkah-langkah yang sudah pasti dari awal hingga akhir perjalanan.
kita akan mencapai sasaran yang telah Allah gariskan bagi kita, bukan yang kita paksakan untuk diri kita. Allah tidak menghendaki kecuali menyempurnakan cahayaNya, meski orang-orang kafir tidak menyukainya."
- rpim i, hasan al-banna, hlmn. 135
pics: #omarseries
No comments:
Post a Comment