Pages

Saturday, January 5, 2013

22:14.


bismillah

(i)
banyaknya bicara, 
kadangkala cuma-cuma defensif, 
yang langsung tak 
menumbuhkan percaya

sebab itu mungkin, 
diam adalah cara, 
sesetengah pilihan, 
orang yang lebih 
bijaksana

-- 
(ii)

sibuk adalah terjemahan 
pada percaya dan yakin, 
ilustrasi pada mimpi, 
pada tujuan, pada hasrat, 
pada keinginan, pada apa 
yang paling engkau mahukan

oh, apa yang engkau 
sedang sibukkan? 

-- 
(iii)

cinta boleh buat dua benda; 
sama ada menghilangkan 
diri kita, atau kembali 
menemukan; siapa kita? 

--
(iv)

ada hal-hal yang perlu 
bersih, halus, senyap, 
dan sembunyi 

hinggakan darah daging 
yang bersuara, 

malah orang-orang 
yang akan berkata; 
“dia ada”. 

catatan himm; (v) / januari 

--

adik mesti tertanya-tanya; "apa akak merepek dalam blog tu? tak pahamlah" 
dan akak pun jawab“the best listeners listen between the lines.” - nina malkin

hoho :P

ps: malas nak tukar font. yeay! (alhamdulillah) lagi satu paper iaitu pada 12hb januari. seminggu untuk khatam buku southeast asia dari kulit ke kulit, ewah- (insyaAllah) :S

7 comments:

NA. said...

all the best untuk exam umairah :)

Umairah. said...

amie;
jazakillahhu khayran.
doakan ye ;D

ismisyahida. said...

umy,

akak suka font tu. ahah.

dan,
selamat berusaha sungguh sungguh buat adik adik akak sekalian.
moga yang terbaik iringi setiap antara kamu.

:)

ukasyah shafei . said...

ahah! mmg pun. tak faham langsung apa yg dimerepekkan. mohon penjelasan :)

Umairah. said...

kaksyida;

tulah, macam cantik pulak.
umy kopipes dari word.
pastu, terus publish. ahah ;D
insyaAllah, untuk akak jugek!

adik;

iyolah, budak puresains katakan
:D

A.N said...

Salam.

Akak, mohon izin kopipasta ayat cinta menemukan dua benda tu, boleh? :)

Nak tanya, akak pergi ke pelancaran IS 19/1 ni? :)

Selamat memanfaat cuti pendek! ^^

Umairah. said...

anis;
wa'alaikummussalam wrt

tafaddhali bi kulli surur! ;D oh, tak sayang. anis pegi? untuk anis jugak, insyaAllah. selamat bercuti! :)