bismillah
--
QUO VADIS MAHASISWA
“persoalannya, apakah hebatnya menjadi seorang mahasiswa pada pandangan pelajar ini? adakah untuk membolehkan mereka menjawat jawatan tinggi dan berpendapatan lumayan apabila memasuki alam pekerjaan kelak? atau adakah kerana status mereka menjadi lebih tinggi apabila bergelar mahasiswa? atau kerana menjadi mahasiswa adalah suatu kemestian untuk membuktikan tahap kecerdikan mereka dan tidak dipandang rendah?”
--
“tidak dinafikan juga bahawa terdapat sesetengah pelajar yang berebut-rebut untuk mengisi tempat di universiti sebenarnya didorong oleh keinginan mendapatkan ijazah, seterusnya memasuki alam pekerjaan yang mungkin menjanjikan pendapatan lumayan. oleh itu, perkara yang sering terbayang di fikiran mereka adalah untuk menamatkan pengajian secepat mungkin dan terus masuk ke alam pekerjaan serta hidup dalam kesenangan dan kemewahan”
--
“memiliki tasawur beginilah, menyebabkan lahirnya satu generasi mahasiswa yang cetek intelektualnya. satu ketika dulu, mahasiswa dilihat mempunyai pemikiran yang kritis dan analitikal terhadap sebarang pembaharuan yang berlaku dalam masyarakat. namun, kini senario sebegitu jarang dapat dilihat. malah ada yang hanya bersikap diam diri dan terpinga-pinga apabila pensyarah memintanya memberikan pandangan tentang sesuatu isu yang berlaku”
--
“tahap pemikiran sesetengah mereka semakin tandus dan jauh daripada budaya ilmu. tidak ramai mahasiswa yang peka terhadap perkara yang berlaku dalam dunia hari ini. sensitiviti mereka seolah-olah hilang dalam dunia materialistik. mereka seakan-akan lupa matlamat akhir hidup, iaitu untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT. tidak mendapat pangkat dan kedudukan terbaik di dunia tidak bermakna akan gagal di akhirat kelak.
--
“mereka hanya menjadi ‘hero’ dan ‘heroin’ di kampus serta hanya mampu bergelumang dalam pengkhususan ilmu yang dipelajari dan tidak berdaya lagi untuk menjangkau lebih daripada itu. akibatnya, segala permasalahan yang berlaku dan fenomena masa kini yang semakin kompleks tidak dihiraukan dan dibiarkan begitu saja. mungkin juga mereka beranggapan pasti akan ada orang lain yang berusaha memikir dan menyelesaikannya”
hlmn. 49; millennia muslim november’12
*quo vadis - ke manakah perginya?
--
artikel ini seolah-olah sedang bertanya pada diri;
"bekerja, berkhidmat, dan beramal nanti, semata-mata untuk 'menghidupkan' dan 'menyara' kehidupan diri sendiri, atau berusaha 'berbuat sesuatu' (walau kecil) untuk ummah keseluruhannya?"
..yang mana jawapannya;
"sebenarnya, banyak lagi yang harus, kita (aku) belajar."
hmm.
"sebenarnya, banyak lagi yang harus, kita (aku) belajar."
hmm.
No comments:
Post a Comment