bismillah
saya sungguh lemah meresensikan halaman demi halaman, sebab pancingan dari yang membaca, bagi saya, tak akan pernah sama dengan penulis sendiri.
nah, cebis babak teristimewa dari yang istimewa dalam buku di hamparan Shamrock, kuseru namaMu; ustaz hasrizal abdul jamil.
moga terinspirasi untuk membacanya, dan kita bersama-sama, beroleh manfaatnya! insyaAllah :)
--
berminat dengan manusia
"saya suka menelaah kelakukan manusia, mengkaji kecenderungan yang mencorakkan kehidupan manusia malah meyakini bahawa warna-warna alam sekitar hari ini adalah terjemahan kepada kemanusiaan manusia" hlmn. 29--
unsur emosi
"anta pernah dengar tentang novel emile, or on education oleh jean-jacques rousseau?" saya bertanya.
"tidak", katanya.
"novel itu mencetuskan fenomena dalam sejarah eropah moden. ia adalah contoh bagaimana fakta disampaikan melalui sastera. melalui bahasa romanticism. bukan sahaja faktanya diterima, malah ia menyuntik fikiran kepada orang eropah ketika itu bahawa hidup bukan beralaskan logik semata-mata. unsur emosi juga boleh memandu manusia ntuk membuat penilaian dan pertimbangan dalam kehidupan," saya sekadar berkongsi apa yang saya tahu.
"maksud ustaz, tsummahtadaitu melakukan benda yang sama ke atas diri saya?" soal shah.
"ya, mencapai akal melalui jendela emosi," saya membuat rumusan.
-hlmn. 31
--
misteri rezeki
"Allah, selama ini aku menanti rezeki datang kepadaku. mungkin aku harus menjadi seperti burung yang tidak kalah dengan misteri rezeki setiap hari" -hlmn. 69
--
lompong dalam diri
"saya seorang imam di masjid, tetapi ada lompong dalam diri lantaran sudah lama tidak mendengar laungan azan dari luar masjid. bagaimana pula dengan mereka yang memencilkan diri dari rumah Allah ini? tenggelam dalam kesibukan memboloskan diri daripada agama, semata-mata mahu diterima oleh rakan dan taulan?" -hlmn. 161--
wanita berjiwa tinggi
"marilah wahai wanita berjiwa tinggi, muliakanlah dirimu dengan dirimu yang sebenar. dirimu adalah akhlakmu, hikmahmu, kebijaksanaanmu, hati budimu, yang semua itu hasil daripada imanmu. didiklah manusia di sekitarmu agar menilai dirimu sama seperti Tuhan menilaimu. lantas segala penampilanmu adalah mesejmu kepada manusia, bahawa keluhuran erti hidup ini adalah pada melihat kehidupan daripada pandangan Pencipta kehidupan" -hlmn. 187--
pseudoreligion
"kita hari ini banyak diselubungi oleh pseudoreligion. susah nak bezakan antara ajaran agama yang asal dengan interpretasi pengikutnya" -hlmn. 237--
dua subjek berasingan
"sister bagaimana?" saya bertanya kepada Laura.
"Islam dan Muslim adalah dua subjek yang perlu saya pelajari secara berasingan. kita doakanlah yang terbaik untuk budak itu!" jawab Laura.
"terima kasih!" kata Ali kepada isterinya.
"kenapa?" Laura kehairanan.
"kalau semua berfikir seperti awak, kuranglah fitnah Muslim ke atas Islam!" tegas Ali
-hlmn. 248--
ahli sihir firaun dan kita
"jika ahli sihir firaun kufur pada pagi, beriman pada tengahari dan syahid menjelang petang, bagaimana pula dengan umat Islam? paginya beriman, tengaharinya tersasar, dan ketika dunia ini merangkak ke senja umur, ramai pula yang berbondong membuang agama" -hlmn. 273--
bahasa dan jati diri
"apabila anak-anak ini hilang bahasa ibunda mereka, maka mereka menjadi generasi yang terputus. terputus dari sejarah silam, daripada asal-usul mereka, dan semua ini akumulatif menyumbang kepada krisis jati diri" -hlmn. 277--
tersendiri dan beridentiti
"Islam mementingkan proses memelihara jati diri penganutnya. tersendiri dan beridentiti" -hlmn. 300--
jimat
"berapakah penjimatan yang boleh dilakukan apabila kita tidak menjadi manusia yang sentiasa mengikut trend, buat apa yang orang lain buat, beli apa yang orang lain beli, pakai apa yang orang lain pakai? -hlmn. 303--
pendakwah dan kebersihan
"saya sebenarnya kesal melihat rumah rakan-rakan yang aktif dengan dakwah tetapi gagal terhadap kebersihan. saya tidak pasti bagaimana kita boleh bercakap tentang Islam dalam keadaan diri yang pengotor, atau menghalalkan kekotoran di dalam kehidupan. bukankah Allah sendiri telah menggabungkan kerja dakwah dengan imej yang bersih? (al-mudassir: 1-5) hlmn. 326--
cahaya lampu jalan
"malah ada di bandar Ireland yang tidak membenarkan lampu jalan dipasang dalam keadaan cahayanya terlepas ke atas. Fingal Country Council menerima kenyataan bahawa cahaya yang terlalu silau daripada lampu jalan di bandar-bandar menyebabkan langit sukar dilihat. akibatnya, keindahan bulan dan bintang tidak dapat dinikmati oleh generasi hari ini dan ia dianggap sebagai merampas hak manusia untuk memanfaatkan langit yang membumbungi kehidupannya" -hlmn. 327--
tharah dan nazhafah
"Islam adalah thaharah dan nazhafah. jika nazhafah yang fizikal tidak diendahkan, bagaimana pula dengan thaharah yang maknawi." -hlmn. 330
wallahhua'lam-
1 comment:
Post a Comment